Ternyata, menyiram tanaman juga tidak boleh diambil ringan. Ada waktu-waktu yang tertentu yang harus diikuti supaya tanaman boleh hidup subur.
Namun menyiram secara berlebihan atau menyiram pokok ketika panas terik supaya tanaman terus terlihat segar dan tidak layu, itu pula tidak bagus untuk tumbuhan.
Memahami lebih lagi berkenaan siraman pokok, ayuh kita baca perkongsian daripada Tok Serama. Semoga bermanfaat.
Cara Siram Pokok Di Waktu Pagi, Petang, Malam, Waktu Yang Mana Lebih Ideal?
Musim cuaca tak menentu ni, ramai kengkawan mengalami masalah tiba-tiba tanaman layu walupun telah disiram. Bila terlebih siram kononya nak bekalkan air yang mencukupi untuk tanaman ketika panas memuncak, ada pula masalah lain yang datang iaitu serangan kulat sebab medium terlalu basah. Pening kepala dibuatnya. Sebenarnya, nak menyiram pun ada tekniknya. Bukan boleh sebarang siram je.. kalau tak tanaman tak cukup air ada yang mati sebab terlebih air.
Jadi, yang memainkan peranan adalah pilihan waktu yang tepat untuk menyiram.
Ads
Kebiasaanya, waktu ideal untuk menyiram tanaman adalah di awal pagi sebelum pukul 10am. Jadi, air yang dibekalkan dapat diserap sepenuhnya oleh tanaman sebelum menjelang tengah hari. Jadi, air dalam badan tanaman telah cukup sepenuhnya sebelum terima kepanasan yang memuncak. Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dalam menyiram pokok. Antaranya:
Memilih waktu yang tepat
Seperti yang dinyatakan di atas, siraman paling ideal dilakukan sebelum pukul 10 pagi.
Ads
Sirkulasi atau kitaran hidup tanaman paling aktif pada awal pagi. Jadi, air yang dibekalkan dan di gunakan sepenuhnya untuk kitaran fotosintesis menghasilkan makanan mengikut keperluan tanaman.
Jika tanaman disiram ketika wakti matahari telah terik memuncak. Ia dikhuatiri dapat membakar tanaman. Ia akan menyebabkan kerosakkan pada tisu dan sel tanaman.
Tidak sempat siram di pagi hari
Jika anda tidak berkesempatan melakukan siraman di pagi hari di sebabkan hal yang lain perlu di selesaikan terlebih dahulu atau bekerja, lakukan siraman lewat petang.
Ads
Lewat pun takda lah lewat sangat, siraman petang perlu dilakukan selepas pukul 4 sebelum tibanya 6 petang.
Jika siraman dilakukan selepas 6, khuatir air yang disiram akan bertakung di dalam medium dan celah tanaman. Hal ini lebih bahaya kerana bahagian yang menakung air akan menjadi habitat serangga atau bakteria perosak tanaman. Namun, penyiraman di waktu petang tidak digalakkan untuk dilakukan setiap hari.
Jangan siram di malam hari
Proses tanaman akn terhenti di malam hari. Ini bermakna sebarnag air yang disiram tidak dapat diserap dan diproses oleh tanaman. Lebih mudah difahami, pokok tidur di malam hari. Ini akan menyebabkan tanaman tidak dapat nutrisi yang diperlukan sepenuhnya untuk tumbesaran. Disamping itu juga, air yang disiram tidak kering dan terperangkap pada bahagian tanaman tertentu akan mengundang potensi ancaman perosak dan penyakit.
Menyiram di malam hari hanya boleh dilakukan jika keadaan amat terdesak dan penyiraman dilakukan pada kadar kuantiti air yang sangat minima. Cukup sekadar membasahi medium tanaman dan siraman terus dilakukan pada permukaan medium
Sumber : Tok Serama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dulu-dulu memang susah untuk kita lihat dengan mata kepala sendiri pokok epal andai tidak ke luar negara. Namun sekarang ini, bukan perkara asing lagi untuk menanam pokok epal di laman rumah sendiri.
Ini pastinya membuatkan ada antara kita teruja untuk mencuba teknik tanaman pokok epal dengan menggunakan semaian biji benih. Jadi bolehlah selain dapat merasa sendiri hasil tuaianya nanti bila berbuah dan secara tidak langsung anak-anak juga dapat mengenal pokok epal dengan lebih dekat lagi. Pasti ianya akan menjadi pengalaman yang istimewa buat mereka.
Apatah lagi cara untuk mendapatkan biji benih tersebut cukup mudah, jadi boleh sangatlah untuk dicuba menanam pokok epal ini.
Nak tahu lanjut proses seterusnya ayuh ikuti perkongsian daripada Zubir Bin Ali Zubir ini.
Salam pagi Jumaat penghulu segala hari.Saya baru join KBJTS ni…Harap semuanya sudi menerima saya berkongsi ilmu di ruangan ini.
Siapa yang berminat menanam pokok epal melalui semaian biji benih?
Kita biasa makan buah epal dan terjumpa bijinya yang telah cambah tetapi kita terus buang kerana kita fikir pokok epal tidak boleh tumbuh di tanah rendah dengan cuaca yang panas.Sebenarnya dari biji benih itulah boleh disemai menjadi pokok epal.
Cara-cara penyemaiannya:
1. Jika terjumpa biji benih yang telah cambah dalam buah epal janganlah di buang…simpan dalam tisu yang dilembabkan bagi memastikan biji benih tersebut kekal segar sementara kita menyediakan medium untuk tapak semaian.
2. Apabila medium telah disediakan bolehlah kita semaikan biji epal tersebut.Kalau banyak biji yang kita dapat tanamlah 4 ke 5 ulas biji dalam satu bekas kerana kita tidak pasti yang mana satu yang boleh tumbuh.Pastikan tanah yang kita gunakan tanah campuran yang agah gembur dan kering.Jangan buat siraman air pada biji benih tersebut.
3. Selesai biji benih disemai buat sungkupan dengan plastik.Pastikan plastik tersebut tidak tembuk untuk mewujudkan wap air pada bahagian dalam sungkupan itu.Ikat dengan tali agak kemas supaya tiada ruang yang terbuka yang boleh mengeringkan wap air di dalamnya.Semasa proses semaian ini tidak perlu buat siraman.Memadailah wap air ini mengawal suhu di dalam sungkupan tersebut.
4. Apabila terlihat anak pokok epal telah tumbuh sebaik-baiknya jangan dibuka sungkupan tersebut.Jika dibuka dan terdedah dengan udara luar yang panas anak pokok ini boleh mati.Sabarlah menunggu anak pokok ini agak matang barulah dibuka sungkupan plastik tersebut.
5.Anak pokok epal yang agak matang ini bolehlah diasuh dengan disiram mengikut keadaan tanah tapak semaiannya.Jangan terlalu lembab.Masa ini kita boleh membaja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok tersebut.
6. Apabila pokok telah tinggi melebihi 2 kaki bolehlah dipindahkan ke tanah untuk pokok ini terus membesar.
Bagi yang minat membuat laman ala Inggeris pastinya seronok jika di halaman rumahnya ada pokok epal.Tapi tak tahulah sama ada mahu berbuah ataupun tidak.Itu semua kuasa Allah.Kita hanya mampu berusaha mendapatkannya.Selamat mencuba.
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu,ibu tunggal,pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.
Kalau saluran paip tersumbat,ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar.
Jom baca perkongsian dari saudara Ben Safwan menerusi page Tukang Apa Hari Ini.
JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah,banyak kerja dan kos tinggi.
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk.
Dah masuk,putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.
Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna,putar je manual pakai tangan.
Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok,tarik wayar naik.
Siap.
Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.
Rumah tangga yang bahagia bila mana pasangan saling membantu dan bekerjasama dalam apa jua kerja. Lebih-lebih lagi jika si isteri juga bekerja.Usah meletakkan semua urusan di bahu isteri, ringan-ringanlah membantu mana yang patut.
Apa gunanya kalau berkahwin hanya seorang yang menguruskan segalanya. Kena ada ‘give and take’, barulah sesebuah rumah tangga itu penuh dengan kasih sayang. Nasihat dari saudara Firdaus Shakirin nampak biasa namun mendalam maknanya.
“Kalau nak jadi suami, maka tanya diri sendiri, dah bersediakah kita JIKA…”
Kita balik setelah seharian bekerja, buka pintu umah tp isteri tak sempat nk masak sebab anak buat perangai, anak merap, nak melekat berdukung ja dgn isteri smpai dia tak bleh nk buat keje…baju bertimbun, rumah bersepah, anak-anak yg lain tak mandi lagi…
Adakah kita mampu mempamerkan senyuman lalu terus ke dapur utk memasak atau keluar membeli & membungkus makanan?
Adakah kita akan menyinsing lengan baju kita lalu memandikan anak2 kita? Adakah kita akan mengemas rumah, mengutip satu persatu mainan anak2 kita dan meletakkan ditempat yg sepatutnya? Adakah kita akan membasuh baju dan menggantungkannya di ampaian? Adakah kita akan melipat pakaian2 yg telah siap dicuci?
Atau kita biarkan sahaja dgn menganggap bahawa itu kerja isteri? Atau nanti dia dah free, baru dia buat? Atau kita tanya,
“Kenapa tak masak lagi, kenapa tak kemas rumah, kenapa baju tak basuh lagi, kenapa anak2 tak mandi lagi, apa yg awk buat kat rumah?”
Jika kita tidak bersedia utk bersama2 “berperang” menguruskan rumahtangga, menguruskan anak2, maka JANGAN KAWIN LAGI…sbb hnya org yg tahu apa itu tanggungjawab, apa itu tolak ansur, apa itu keperluan utk saling memahami dan melengkapi sahaja yg layak utk MENDIRIKAN RUMAHTANGGA dan rumahtangga yg didirikan akan bahagia…
Yg set dlm otak, itu ini keje isteri, itu dia kena buat sendiri, segala serbi letak atas isteri, biar dia tanggung dan hadap sorang2, maka TOLONG KEKAL MEMBUJANG…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.