Makin Berseri Laman Rumah Bila Adanya Pokok Bunga Matahari. Begini Cara Tanamnya!

Share

Menjadikan laman di rumah nampak berseri pastinya berhasil bila adanya pokok-pokok bunga menghiasi ruang laman yang dijaga sempurna.

Sebut sahaja pokok bunga jenis apa sekali pun andai  ditanam, pasti ada keistimewaaannya yang tersendiri. Contohnya seperti pokok bunga matahari ini.

Pokoknya berukuran agak tinggi dan bunganya pula bersaiz  besar dan berwarna terang,  akan mampu mencuri tumpuan mata yang memandang.

Jadi untuk anda yang pertama kali ini mencuba menanam pokok bunga matahari ini, dikongsikan tip dan info yang perlu anda tahu agar tanaman dapat hidup subur dan berbunga.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Donis De Donnis. Jom baca.


Tu dia , Bunga MATAHARI , mekar di laman saudara kita. Cantik dan menawan, anda nak tanam juga, ni saya kongsikan tip nya. Mudah je tanam ni. Tanam untuk raya nanti. Berseri- seri rumah.

TIP TANAM BUNGA MATAHARI :

Langkah 1 :

Dapatkan biji benih bunga matahari . Pilih lah benih yang di jual bermutu tinggi yang siap di gaul racun kulat. Jika anda dapat dari kawan pastikan benih dijemur kering.Tujuannya ialah untuk membunuh kulat dan bakteria yang ada pada biji bunga matahari.

Langkah 2 :

Gambar hiasan

Untuk penyemaian pula, memerlukan tanah sebagai media tanaman. Pilih tanah yang gembur dan sebaik-baiknya yang telah dicampur dengan baja kompos. Seperti tanah organik. Siram tanah sebelum semai.

Benih boleh di semai terus dalam pasu, polybeg,bekas . Untuk lebih mudah dikendalikan. Semai benih dalam tray semaian atau bekas. Tekan benih yg hujung tajam nya menghadap ke bawah. Tekan sehingga benih tengelam.

Langkah 3 :

Setelah anak benih tumbuh setinggi sekitar 4cm hingga 6cm dengan 6 helai daun, barulah dipindahkan ke dalam pasu besar yang mengandungi tanah gembur tadi atau boleh juga ditanam terus ka atas tanah.

Jika ditanam di atas batas,jarakkan satu anak benih dengan anak benih yang lain.Tujuannya supaya anak-anak pokok tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk tumbuh dengan subur.

Langkah 4 :
Selepas alih anak pokok ke dalam pasu. Letak tempat redup sementara waktu untuk pokok pulih dari kejutan semasa dipindahkan. Selepas itu letak anak pokok di bawah sinaran matahari. Baja 2minggu sekali. Siram 2kali sehari pagi dan petang.

Langkah 5:
Kawalan perosak. Belalang ,beluncas dan siput merupakan musuh utama pokok bunga matahari. Jika ada serangan. Boleh guna racun brogard untuk atasi serangan belalang dan beluncas. Guna racun sipu jika ada serangan.

Langkah 6:

Bunga matahari biasanya berbunga ketika sudah mencapai usia lebih kurang dua bulan.Benih yang kami jual 50hari sudah mula berbunga.

BESARNYA CIPTAAN ALLAH semua pokok bunga matahari akan menghadap ke arah sumber cahaya matahari pagi ketika berbunga.

Selepas kira-kira 3 bulan pula, biasanya tunas cabang bunga baru mulai tumbuh pada pokok.

Langkah 7 :
Selepas bunga menjadi kering. Boleh lah cantas dan asingkan benih dari bunganya. Beratus benih baru sedia untuk di simpan dan di tanam. Pastikan benih di keringkan sebelum di simpan.

Sumber : Donis De Donnis

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club