
Siapa ada kerusi lagend ni? Jika balik kampung rumah mak ayah tentu kerusi jenis rotan atau kayu warna hitam jadi tempat berkumpul adik beradi. Jika dah lama tentu lusuh catnya. Namun masih utuh!
Tentu sayang nak beli perabot baru kan. Lagipun kerusi ini tentu menyimpan kenangan manis masa kita kecil-kecil. Sayang pulak.
Jika ada yang memilik perabot lagend ni, apa kata buat makeover sikit. Baru nampak baru ceria sikit rumah. Tak adalah suram aje. Boleh idea yang dikongsi oleh Neesa Aneese.
Bagi yang mencuba boleh buat dah. Langkah nak makeover memang mudah. Hasil memang superb! Terus kerusi lagend ni nampak mewah!
MAKE OVER KERUSI LAGEND
Hanya guna spary aje! Biasanya kena gosok dengan kertas pasir, tetapi cara wanita ini tidak. Terus spary aje. Ok je hasilnya. Cantik!
___________________________________
Konsep vogue klasik untuk rumah kmpung yg xbpenghuni.. tak leh banyak benda sangat,tkot jadi lauk anai..sbelum,semasa,selepas..order tikar mengkuang tp lom smpai lg.so,guna carpet yg ada dlu..beli krusi kt fb marketplace rm200..susah nk jumpa tp alhamdulillah rzeki sbb org tu nk pindah umah..ilmu nk cantikkan kerusi n buat frame tu dpt dr fb..trima kasih buat insan yg bkongsi ilmu.


Wow! Kilauan emas!
Dah siap!
Kredit: Neesa Aneese
Rai Merdeka, Keluarga Ni Tanak 18kg Pulut & Siapkan Pulut Berhias Jalur Gemilang!

Meraikan sambutan Hari Kebangsaan tentunya kita semua ada cara yang tersendiri. Apatah lagi sekiranya seseorang itu berkongsi tarikh yang sama dengan Hari Lahirnya, pasti berganda keistimewaan yang dirasa.
Berkongsi kisah tentang anak merdeka, Rafiqa Rizqin binti Roslan punya kisah menarik tentang kek berhias yang dibuat oleh ibunya.
Ini perkongsiannya.
Saya anak merdeka, lahir pada 31/08/1990. Jadi semangat kemerdekaan tu lagi bertambah-tambah untuk meraikan sambutan kemerdekaan dan tahun ini sambutannya cukup istimewa!
Ibu saya iaitu puan Rosmawati Nakim, 57, buatkan kek pulut berhias. 18kg beras pulut digunakan untuk menghasilkan pulut hiasan berbentuk jalur gemilang ini.
Mahukan keunikan
Idea timbul apabila ayah saya, merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR berbincang dengan AJK lain untuk membuat majlis Sambutan Hari Kemerdekaan di tempat Pasar Malam Jalan TAR.
Dan kebetulan kami mahukan keunikan selain dari menggunakan kek, kami mencadangkan pulut berhias ini.
7 Jam Lamanya
Masak beras pulut bermula dari jam 2 petang seterusnya proses membentuk pulut jalur gemilang dan tamat dalam jam 9.15 malam.
Tujuannya adalah untuk memberi keunikan serta kelainan dari yang lain pada Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Pasar Malam Jalan TAR kami.

Mak seorang sahaja yang membentuk pulut jalur gemilang tersebut, kami hanya membantu dari segi penyediaan memasak beras pulut tersebut.
Kami bersatu bersama-sama bagi memastikan tiada cacat cela dalam segala aspek membentuk pulut berhias jalur gemilang ini.
Dari sini terpupuk semangat kemerdekaan yang ada dalam diri untuk bersama-sama menyambut hari kemerdekaan.
Agihan Percuma
Kek ni akan diberi makan secara percuma pada para peniaga dan pengunjung nanti. Acara rasmi diadakan di hadapan Semua House dan acara bermula pada jam 5 petang, dan akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB DATUK DR. SHAHRUDDIN BIN MD SALLEH.
Sumber : Rafiqa Rizqin Roslan
Setiap Bulan Duit RM9.99 Hilang Sikit-Sikit, Lelaki Ini Pesan Semak Transaksi, Jangan Sampai Duit Lesap!

Jangan buat main bab duit ini. Ada yang anggap remeh nak kena semak transaksi setiap bulan.
Hakikatnya jangan culas untuk berbuat demikian agar tidak ada pihak mengambil kesempatan ‘mencuri’ duit simpanan kita.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh perunding kewangan ini bahawa terdapat ramai yang telah menjadi mangsa apabila duit simpanan hilang secara sikit-sikit.
Ikuti lanjut perkongsian beliau. Moga menjadi iktibar.
Duit hilang sikit-sikit?
1. Semakkan saya dalam penyata bank dapati, ada duit dipotong tiap tiap bulan sebanyak RM9.99
2. Potongan ini dibuat secara konsisten setiap tarikh yang sama dengan judul transaksi Google* FACEBOOK .
3. Semakkan saya dengan bank mendapati, ia dilakukan oleh scammers yang secara rambang ambil no debit kad kita dan buat potongan.
4. Saya sedar selepas ada 4 bulan transaksi yang sama. Saya buat aduan di bank dan mereka kembalikan wang tersebut. Terus kecawangan bank berhampiran.
5. Kad debit saya telah ditukar baru. Sebelum ini pernah jadi pada kad credit saya, alhamdulilah juga saya telah tutup kad yang lama.
6. Rajinlah buat semakkan penyata kad debit dan kredit kita. Teliti setiap potongan berlaku agar tidak mudah tertipu.
Saya pelanggan Maybank, mereka bagi layanan sangat baik dan segera tukar kad baru .
Jika rajin, semak penyata isteri dan ibubapa kita. Banyak yang dia dapat sebenarnya.
Ada transaksi cubaan ambil 200 setiap bulan tapi gagal. (Rujuk foto)

Sumber: Azizul Azli Ahmad
Bacaan lanjut: Kalau Nak Kulit Glowing, Amalkan Jus Ini Saja, Wanita Ini Kongsi Resipi Minuman Supaya Kulit Tampak Kemerah-Merahan Dan Anjal.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Allah Tidak Pernah Abaikan Doa Tetapi Boleh Amalkan 10 Cara Ini. Menusuk Jiwa!

Isi Kandungan
ToggleSetiap hari kita baca doa. Sudah tentu ada doa bahasa Arab yang kita hafal untuk keluarga bahagia, dimurahkan rezeki dan kesihatan. Setelah doa dibaca sudah tentu kita akan aminnkan. Tetapi alangkah bagusnya jika doa itu kita fahami maksudnya dengan jelas. Maka sudah tentu menusuk di jiwa doa itu memohon pertolongan Allah.
Jangan buat main, doa dalam bahasa Melayu jika menusuk hati dan kusyuk pasti akan dimakbulkan Allah.
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).
Dalam hal ini, tidak salah kita berdoa dengan bahasa Arab, tetapi lebih cakna jika berdoa dalam melayu. Tetapi kena ada caranya. Ayat tu kena jelas apabila memohon pertolongan Allah.
Contohnya untuk pasangan, anak-anak, ibu ayah kita serta orang yang tertentu. Jika kita sudah mempunyai anak, tidak salah untuk berdoa untuk ibu ayah kita diberikan kesihatan dan panjang umur dengan menyebutkan namanya dengan lengkap. Jelas dan nyata. Begitu juga dengan nama anak-anak dan suami.
Kesungguhan kita sebagai hambanya pasti Allah makbulkan. Jangan mudah putus asa untuk berdoa Lambat atau cepat pasti akan ada makbulnya.
Begitu juga seorang wanita ini Nur Aliah Mohd Nor berkongsi mengenai cara doa yang betul. Malah perkongsian ini telah mendapat 1.7 Share. Biarpun sudah sekian lama, namun ilmu doa ini sungguh inspirasi untuk kita ubah cara doa.
Ikuti perkongsian wanita ini.
doa.
Amalkan 10 Teknik ‘Powerful Words’ Ni Di Dalam DOA Anda Untuk Rasakan Sendiri Perubahan Yang Sangat Dasyat!
.
Syukur Alhamdulillah, tak sangka hari ini dah masuk puasa yang ke 5 kan. Jadi, di bulan Ramadhan yang mulia ni, Lia ikhlas ingin kongsikan 10 teknik Powerful Words agar kita semua boleh manfaatkan bersama-sama.
#TEKNIK1
.
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.
.
Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.
.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”
.
#TEKNIK2
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah BERILAH aku..”
.
Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”
.
Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.
.
#TEKNIK3
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“semoga DIMURAHKAN rezeki.”
.
Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah,
“semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
.
Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja.
.
#TEKNIK4
1 lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.
.
“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
.
#TEKNIK5
Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini,
“Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
.
Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah,
“Amin Ya Allah Ya Mujib”.
.
Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.
.
#TEKNIK6
tangan-doa.
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.
.
Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,
.
“Allah.. Allahu Robbunaa.. Laa Nusyriku Bihii Syai’a”,
.
(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)
.
Baca 100x, doa ketika beramai-ramai.
.
“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,
.
(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)
.
Baca 100x, doa apabila seorang diri.
.
Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhawatiran dan keresahan.
.
Sekaligus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.
.
#TEKNIK7
Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.
.
Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,
.
“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernahku duga.”
.
#TEKNIK8
Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak ‘spend time’ bersama dengan keluarga tersayang.
.
Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak ‘specific’ minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.
.
“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”
.
#TEKNIK9
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.
.
Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,
.
“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”
.
#TEKNIK10
Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.
.
Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,
.
“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”
.
Nampakkan 10 teknik di atas ini, hanya dengan tukar sikit je ayat doa dan cara kita berdoa, kesannya sangat dasyat.
.
Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, selepas ini anda akan menjadi orang yang lebih tenang dan bahagia apabila anda sedang berdoa. Dan semoga kita menjadi seorang yang menjemput rezeki Allah.
Semoga perkongsian wanita ini memberi menfaat kepada kita. Moga muhasabah diri.