Berhajat hendak lakukan makeover untuk ruang bilik air walaupun ukurannya bersaiz kecil, namun semua maklum biasanya akan melibatkan kos yang banyak. Perlu pecah sana sini dan memerlukan pakar untuk lakukannya.
Pun begitu, perkongsian daripada puan Suriati ini mungkin boleh dijadikan inspirasi. Berjaya lakukan transformasi dengan Cara paling mudah dan paling penting jimat kos.
Makeover bathroom saya cara jimat kos dan cepat.
Cat ni kena beli berpasangan ye ye… Ni cat yang saya guna:
1) undercoat hycote 51WT + hycote 51WT hardener : RM98 seliter (ikut kedai jugak la harganya)
2) EA4 finish (white) + EA4 finish hardener : RM45 seliter
3) EA4 finish (black) + EA4 finish hardener : RM45 seliter
Nak bancuh tu dia ada sukatan dan untuk elakkan pembaziran bancuh sikit-sikit sebab dia ada hardener cat tu cepat keras…
Kitaorang pun mula-mula terbancuh banyak so tak sempat abis cat tu dah keras…
Act boleh lagi sapu tapi jadi berketul-ketul so tak cantik la…jadinya kena la kikis semula… So bancuh sikit-sikit ok…
Untuk bathroom saya tu guna 1 liter undercoat, 2 liter cat putih (sebab putih so kena lapis banyak sikit, 1 liter cat hitam (tak abis pun sebab guna sikit je untuk buat pattern dan cat skit kat wall shower.
Hope dapat membantu sesiapa yang nak makeover bathroom murah & cepat… Ok tu je sharing dr #rumahnombor06.
Sumber : Suriati Zamri via Kelab Dekorasi IKEA Malaysia
Bila Dah Sejuk Tetap Lembut Dan Gebu, Rupanya Ini Cara Buat Cakoi ‘Maintain’ Sedap, Satu Keluarga Suka!
Bagi penggemar cakoi memang kena cuba resepi kuih legand ini. Rasanya yang rangup dan sedap. Boleh dimakan dengan kaya manis atau dicicah dengan air kopi atau teh memang terangkat!
Dalam kalangan masyarakat Melayu ia kebiasaannya dijamah semasa waktu petang. Jom lihat resipi kuih cakoi paling simple ini. Sangat mudah penyediannya. Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut dan gebu.
Resepi Cakoi Lembut dan Mudah
Bahan-bahan cakoi :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota :
Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
💚Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)💚
Bahan kuah pandan untuk cakoi :-
1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)
Cara-caranya:
Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!
Sumber: Resepi IBU
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Memasak dengan mudah di sini. Tawaran hebat untuk anda.
“Kami Umpama Isi & Kuku. Abang ‘Lubuk’ Kumpul Pahala.” Berkat Jaga Abang OKU, Adik Cemerlang & Raih Anugerah Dekan. Inspirasi!
Berkat menjaga abang orang kelainan upaya (OKU), si adik peroleh keputusan cemerlang dalam pemeriksaan. Bukan Itu sahaja, dia turut meraih Anugerah dekan setiap semester.
Begitupun si adik tidak pernah menganggap menjaga abangnya Itu sebagai satu bebanan.Sebaliknya, Muhammad Hakimi Abdullah, 19, anak ketujuh daripada lapan beradik itu menyifatkan ia tanggungjawab sebagai adik selepas abangnya tidak mempunyai upaya untuk bergerak seperti insan normal lain.
Pelajar semester tiga, Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Bharu (PKB) tekad menjadikan tugas itu sebagai ‘lubuk’ mengumpul pahala selain membantu meringankan beban kedua orang tuanya iaitu Abdullah Zakaria, 61, dan Nur Hela Che Daud, 55, yang sudah uzur.
Muhammad Hakimi mengangkat abangnya ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk dimandikan sebanyak dua kali setiap hari.“Tugas jaga abang (Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 21) tidak pernah mengganggu tugas saya sebagai seorang pelajar walaupun terpaksa mengikuti kelas secara dalam talian.
“Alhamdulillah, saya memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih anugerah dekan setiap semester. Apa yang saya peroleh itu mungkin rezeki dari ALLAH atas pengorbanan menjaga abang,” katanya.
Setiap hari dia akan mengangkat abangnya untuk ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk memandikannya dua kali sehari.Katanya lagi, segala kepenatan itu hilang apabila melihat abangnya gembira selepas dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu.
“Saya dan abang umpama isi dengan kuku. Kerja-kerja menjaga abang ini telah saya lakukan sejak kecil lagi. Jadi agak sukar untuk saya ‘meninggalkannya’ kerana sudah ‘masak’ dengan kerenahnya,” katanya.
Walaupun menguruskan abangnya, Muhammad Hakimi tetap fokus mengikuti pengajian secara dalam talian di rumah.Muhammad Hakimi ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin di rumahnya di Kampung Tok Pelanduk.
Pada kunjungan itu, Raja Shamri turut membuat kejutan dengan menyampaikan sumbangan motosikal untuk kegunaan Muhammad Hakimi.
Dia yang merupakan anak kepada pasangan penoreh getah itu berkata, pemberian motosikal oleh Yayasan Raja Shamri amat menggembirakan dan dia akan menggunakannya untuk berulang-alik ke rumah dari politeknik apabila pembelajaran bersemuka kembali dibenarkan selepas ini.
“Jika sebelum ini saya pulang pada hari minggu sahaja, namun dengan adanya motosikal itu bolehlah berulang-alik.
Selain itu, Yayasan Raja Shamri akan menyediakan sebuah tandas yang lebih selesa untuk kegunaan Muhammad Khairul Anuar dan membina sebuah bilik untuk keluarga berkenaan.
Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Khairul Anuar boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Muhammad Hakimi di 0302-7029-6339-14.
Sumber: Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Memang Ada Yang Pandang Rendah…”-Anak Remaja Ni Tetap Teruskan Jaga Lembu, Bantu Bapa!
Mungkin kerana terbiasa dari kecil bergelumang di kandang lembu membuatkan remaja perempuan berusia 18 tahun ini tidak sibuk berhias mencantikkan diri seperti gadis-gadis seusianya. Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga.
Boleh dikatakan rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan.
“Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.
“Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.
Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.
Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.
“Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,” katanya.
Berkongsi pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.
“Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).
“Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club