Bilik air adalah antara ruang yang tidak boleh dipandang remeh. Jika orang tua-tua dulu, biasanya nak tahu seseorang itu pembersih atau tidak, selalunya orang akan lihat bilik mandi dulu.
Selain bilik air bersih, sekarang bilik air telah hiasan cantik dengan pelbagai perkakasan.
Sebagaimana bilik air yang dikongsi oleh puan Nur Faiqah Johari kelihatan begitu kemas susun aturnya. Walaupun ruang kecil tetapi beliau berjaya menjadikan bilik air nampak luas.
Tambahan pula kombinasi warna hitam putih wall paper brick menjadikan ruang kelihatan lebih luas.
Ikuti perkongsian beliau.
Ubah suai bilik air yang memang dah terlalu lama berangan nak buat. Takde bajet besar dan masa sangat terhad sebab kami suami isteri bisnes sendiri dengan ada anak kecil.
Wallpaper tu kalis air tapi kami tak harap akan tahan lama. Masih mencari solusi terbaik untuk ubah tiles tanpa perlu pecahkan yang lama. Buat sementara okla.
Turut kongsi tempat perkakasan yang dibeli
Sumber: Nur Faiqah Johari
Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIYNak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club