Benda boleh repair buat apa nak membazir kan, lagipun kalau masih elok guna lah dulu. Idea yang kreatif dan mudah oleh membantu wanita ini menukar sofa lama di rumah mentuanya seakan-akan baru dengan citarasa lebih moden.
Nak tahu caranya jom baca cara yang dikongsikan oleh puan Suhana Bun. Sofa Mil berusia lebih 20 tahun, kainnya dah reput tapi kayu dan sponge kusyennya masih elok empuk.. Sofa lama kualiti bagus kan..
Sebab sayang Mama make over tukar baju dia jadi modern sikit.. Buat sendiri aje.. Kalau hantar kedai ribu riban kena bayar kan..
Macamana ok tak?? Hehe
*********************************************** Update : Disebabkan ramai yang tanya, saya tambah gambar alat2 yang saya guna ya ..
– Stapler gun
– Glue gun / gam pistol
Kain :
Kain langsir tebal beli di Kambar (boleh rujuk gambar) 1 meter RM49 bidang besar 110, untuk 3 seater saya guna dalam 3 meter bidang 110 termasuk sarung kusyen, kalau bidang kecil mungkin lebih lagi meternya.
Sarung kusyen tempah di kamdar terus sebiji RM35, kalau sarung biasa yang tiada tetulang tepi dia tu dalam RM25 tak silap. Dan juga link youtube yang saya ikut.. Cuma dalam video ni dia cabut semua kain yang lama.. Macam saya SAYA TAK CABUT KAIN LAMA, SAYA TINDIH TERUS LAGI MUDAH hehe check it out https://youtu.be/x5n-XPqGY-Q
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak kecil yang baru sahaja dilahirkan pada tanggal 18 Jun yang lalu di dalam keluarga Encik Azhar Azif disambut dengan penuh kegembiraan oleh seisi keluarga. Namun baru sahaja sebulan usianya, anak kecil ini sudah diuji dengan serangan batuk kokol.
Oleh yang demikian, ayahnya terpanggil untuk berkongsi info dan pengalaman tersebut dan ini perkongsiannya.
Rasa terpanggil ayah nak menceritakan apa yang berlaku kepada Fateh, memandangkan ramai juga yang bertanya, semoga orang lain boleh mendapat manfaatnya.
Nanti bila Fateh dah sihat, dan dah besar boleh tengok balik post ini dengan rasa syukur yang tinggi. Ramai yang mendoakan Fateh, dan paling penting, pengorbanan ibu yang sentiasa menemani Fateh.
Muhammad Fateh yang berumur 1 bulan 10 hari terkena serangan “Batuk Kokol” (dikenali juga sebagai Batuk 100 Hari – mengikut kata doc 2-3 bulan juga sebelum batuk ini reda) satu jenis batuk yang saya sendiri pun tak pernah tahu sebelum ni memandangkan anak-anak yang lain pun tak pernah kena jenis batuk ini.
Saya akan ceritakan secara ringkas apa itu penyakit batuk kokol supaya lebih ramai yang tahu dan faham tentang penyakit ini.
Batuk Kokol atau pun “Whooping Cough” adalah sejenis penyakit disebabkan oleh kuman bakteria “Bordetella Pertussis” yang dijangkiti melalui udara daripada orang lain.
Sama ada dijangkiti dari ibu bapa sendiri atau adik beradik (jauhkan baby dari mereka jika ada yang sakit demam, selsema atau batuk) atau orang ramai yang kita tidak tahu dari siapa puncanya. Jadi elakkan baby yang berumur 5 bulan kebawah berada ditempat orang ramai seperti dalam shopping mall, pasar malam, atau majlis-majlis yang melibatkan ramai orang).
Juga dinasihatkan bagi baby yang berumur dibawah 21 hari, jangan dibawa keluar rumah.
Tanda – Tanda Ringan
• Demam
• Selsema
• Bersin
• Batuk yang panjang
Selepas batuk yang berpanjangan ini berlaku, ia boleh menyebabkan baby:-
• Muntah
• Sukar Bernafas/ terhenti nafas seperti Fateh
• Sianosis (Kebiru-biruan pada mulut, tangan dan kaki)
Sebaik – baiknya jika telah nampak tanda – tanda ringan, bawalah anak ke klinik/hospital yang berhampiran. Dalam kes Fateh, kami bawa Fateh ke klinik yang berhampiran sebanyak 2 kali (Fateh diberikan gas/Nab) namun kegagalan pihak klinik mengesan sakit yang dialami oleh Fateh, menyebabkan Fateh menghadapi kesukaran bernafas, sehingga terhenti nafas (apabila wife tepuk-tepuk belakangnya baru lah baby bernafas semula, syukur Ya Allah) yang menyebabkan kami berkejar ke hospital.
Saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak klinik (walaupun sepatutnya mereka lebih tahu dan menasihati kami untuk ke hospital lebih awal), namun kami menyalahkan diri kami juga kerana sebagai ibu bapa, kita juga perlu tahu penyakit – penyakit yang berbahaya untuk anak – anak kita supaya kita lebih waspada dan bersedia.
Akibat – akibat serius yang akan berlaku jika lambat dirawat ialah :-
• Radang paru – paru
• Kurang bekalan oksigen ke otak yang boleh menyebabkan sawan, fungsi otak tidak normal dan boleh juga menyebabkan kematian.
Semasa saya menulis ini, Fateh masih lagi dalam rawatan (dah 6 hari masuk ICU) dan bergantung penuh dengan alat bantuan pernafasan, masih lagi batuk – batuk yang panjang dan telah diberikan antibiotik secara berperingkat.
Saya izinkan post ini dikongsikan, nak tag saudara mara atau rakan – rakan yang disayangi, kerana penting kita ada pengetahuan ini bukan sahaja untuk mereka yang ada baby tetapi juga kepada semua orang, supaya berwaspada nak mengunjungi orang yang ada baby, supaya tak mudah kecil hati dan faham jika kenapa orang lain tak benarkan kita mendekati baby mereka.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain juga dan mohon doakan Fateh agar cepat sembuh dari penyakit ini.
Tentunya seronok sangat jika kita adik beradik dapat balik ke kampung ketika ini dan dapat berkumpul serentak beramai-ramai setelah sekian lama tidak dapat bertemu dek kerana pandemik Covid-19.
Pun begitu, bila semua berkumpul keadaan rumah tentunya sesak dan memang tidak cukup bilik untuk semua. Terpaksa ada yang tidur di ruang tamu dan sebagainya. Keadaan ini tentu sahaja ada yang rasa tidak selesa.
Pun begitu kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung, tentu ada diantaranya ambil pilihan untuk check in homestay atau motel murah untuk tidur dan janganlah dikecam atau perli keluarga tersebut.
Ini sebagaimana perkongsian Puan Insyirah Soleha, ada baiknya diambil iktibar dan panduan agar kita melihat ada betul dan baiknya check in homestay ketika balik ke kampung.
Sesekali Berkumpul Adik Beradik
Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.
Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.
Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.
Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.
Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.
Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.
Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.
Aurat Perlu Dijaga
Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat.
Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.
Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu.
Bapa saudara seks grooming anak saudara.
Sepupu sama sepupu terlanjur.
Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.
Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan.
Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.