Benda boleh repair buat apa nak membazir kan, lagipun kalau masih elok guna lah dulu. Idea yang kreatif dan mudah oleh membantu wanita ini menukar sofa lama di rumah mentuanya seakan-akan baru dengan citarasa lebih moden.
Nak tahu caranya jom baca cara yang dikongsikan oleh puan Suhana Bun. Sofa Mil berusia lebih 20 tahun, kainnya dah reput tapi kayu dan sponge kusyennya masih elok empuk.. Sofa lama kualiti bagus kan..
Sebab sayang Mama make over tukar baju dia jadi modern sikit.. Buat sendiri aje.. Kalau hantar kedai ribu riban kena bayar kan..
Macamana ok tak?? Hehe
***********************************************
Update : Disebabkan ramai yang tanya, saya tambah gambar alat2 yang saya guna ya ..
– Stapler gun
– Glue gun / gam pistol
Kain :
Kain langsir tebal beli di Kambar (boleh rujuk gambar)
1 meter RM49 bidang besar 110, untuk 3 seater saya guna dalam 3 meter bidang 110 termasuk sarung kusyen, kalau bidang kecil mungkin lebih lagi meternya.
Sarung kusyen tempah di kamdar terus sebiji RM35, kalau sarung biasa yang tiada tetulang tepi dia tu dalam RM25 tak silap.
Dan juga link youtube yang saya ikut.. Cuma dalam video ni dia cabut semua kain yang lama.. Macam saya SAYA TAK CABUT KAIN LAMA, SAYA TINDIH TERUS LAGI MUDAH hehe check it out https://youtu.be/x5n-XPqGY-Q
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bab hanger atau penyangkut baju selalu hilang sering di alami oleh ibu-ibu. Setiap kali beli yang baru, pasti tidak cukup. Pening kepala dibuatnya kan.
Bagi atasi masalah ini, ibu-ibu boleh cuba cara yang dikongsikan saudara Mohd Azrin Roselan ini.
Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC. Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah. Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.
Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
2. Gam paip PVC
Kos upah: Air Sirap.
Sila LIKE dan SHARE AzrinRos Suami yang baik, suami yang senangkan isteri
Kisah seorang isteri menghadiahkan RXZ kepada suami ini pernah menjadi tular selepas kenalannya, Murtadha Maskan, memuat naik gambar di Facebook setahun yang lalu. Kisah ini kami kongsikan bagi memberi inspirasi buat pasangan suami isteri di luar sana agar pandai menghargai satu sama lain.
Jom ikuti perkongsian yang cukup manis untuk dikenang oleh pasangan ini.
Hadiah ini dibeli setahun selepas berkahwin bagi membalas pengorbanan suaminya yang sanggup menjual motosikal kesayangan bagi menampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 24 September 2016.
Menurut Nurlinda, bagaimana dulu dirinya menangis terharu dengan tindakan suami yang sanggup korbankan motor 125z kesayangannya untuk menjadikan majlis perkahwinan menjadi sempurna. Maka pada tahun berikutnya, tibalah pula untuk dirinya membalas balik pengorbanan itu dengan menghadiahkan RXZ dengan menggunakan wang simpanannya.
sumber : Nurlinda Linda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perit kehilangan orang yang disayangi hanya Tuhan yang tahu. Seolah-olah separuh jiwa dibawa pergi. Namun tanggung jawab perlu dilaksanakan dalam memastikan jasad orang yang disayangi selamat dikebumikan.
Bagi Mohd Lutfi Osman Haron yang merupakan seorang Konsultan berkongsi cerita mengenai kisah urusan jenazah membabitkan arwah ibunya.
Lebih memilukan, kisah tersebut dipendam selama 7 tahun oleh Mohd Lutfi sebelum dia sudi berkongsi cerita tersebut bersama penonton di dalam satu program Hadith Open Mic.
“12 Jun 2010, pertama kali saya menaiki Kelas Ekonomi seumur hidup walaupun sebelum ini biasa naik dari kota Baharu ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan itu, saya baca Yassin, penumpang sebelah tanya pergi tahlil ke. Saya cakap saya baca Yassin untuk arwah ibu saya yang kini berada di bawah kaki saya. Itu adalah tanggung jawab terakhir saya sebagai anak sebelum jasad ibu saya dikuburkan,”ujar Mohd Lutfi.
Dua jam sebelum penerbangan, dia diberiahu jenazah tak muat dalam keranda.
“Setelah diikut bahu ke bahu memang tak muat Lebih kurang 6 cm jadi kena sengetkan badan arwah ibu. Kemudian pihak sana tanya sama ada mahu dikuburkan di Kota Bahru atau Putrajaya. Saya cakap ada 1000 orang tengah tunggu saya bawa balik jenazah. Jadi saya nak buat tanggung jawab tersebut.
“Jadi saya dinasihatkan untuk solat sunat minta pada Tuhan. Usai solat, diangkat jenazah dan tidak perlu seinci pun dialihkan jenazah masuk ke dalam keranda.
Ketika tiba di airport, sekali lagi dia diduga bila mana pihak airport menyatakan proses mengambil masa 2 jam untuk mengeluarkan jenazah.
“Apabila tiba di airport KLIA nk keluarkan jenazah ambil masa 2 jam. Saya merayu pada pengurus jenazah tolonglah saya. Dua jam terlalu lama untuk jenazah ibu saya. Setelah 15 minit saya diberitahu jenazah ibu saya sudah berada di luar. Jadi saya berjumpa pegawai yang uruskan jenazah, katanya itu tanggung jawab fardhu kifayah kepada jenazah. Besar tanggung jawab kita sebagai anak dan masyarakat untuk membantu sesama sendiri.
“Alhamdulillah, jenazah sampai ke Putrajaya dan selamat dikuburkan. Itulah tanggung jawab terakhir saya sebagai anak ketika jasad ibu saya sebelum dikuburkan. Inilah cerita 7 tahun yang tak pernah saya kongsikan pada sesiapa. Saya rasa malam ni saya boleh tidur lena.
Bukan sahaja abang yang berkongsi cerita rasa sebak, orang yang dengar pun menangis…Sedutan dari rancangan Hadith Open Mic, Musim ke 2 oleh Kengkawanproject..Pasukan Hadith Open Mic Musim ke 3 kini berada di United Kingdom. Jika ada kenal kawan atau saudara mara yang berada di UK yang berminat untuk menjaga lokasi, mohon beritahu ya.
Rotan murid, hanya guru besar, guru diberi kuasa. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.