Makcik Tua Luah Kisah 3 Anak Perempuannya, Ada Kelulusan Tapi Tak Kerja!

Share

Ikuti perkongsian ini,  agar dapat jadi pengajaran buat kita yang bergelar anak perempuan.


Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.

Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.

Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.

Anak ketiga Degree daripada UiTm dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.

Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.

Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar.

Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri.

Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.

Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..

“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.

Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami.

Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.

Sumber : Hafiz Mustapha