
Ikuti perkongsian ini, agar dapat jadi pengajaran buat kita yang bergelar anak perempuan.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.
Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.
Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTm dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.
Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.
Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar.
Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri.
Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.
Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.
Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami.
Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
Sumber : Hafiz Mustapha
Indahnya Zakat Jika Dihayati, Anak-anak Pun Terkesan Positif!

Mencari rezeki bukan sahaja untuk mendapatkan kesenangan buat insan tersayang bahkan pernahkah kita menganggap bahawa dengan harta yang kita kumpul saban waktu, ada amanah dan perlu diberikan hak harta tersebut kepada golongan-golongan tertentu yang serba kekurangan.
Konsep berkongsi rezeki ini andai diterapkan dalam kehidupan harian, yakinlah harta yang terkumpul bukan sahaja dapat disucikan malah akan diberkati.
Hal ini bukan sahaja kita sebagai orang dewasa perlu memahaminya malah anak-anak kecil juga perlu dididik tentang kepentingan untuk berbahagi rezeki agar mereka mempunyai kepedulian kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Lantaran itu ibu ayah perlu membudayakan perkara positif dalam menguruskan harta agar turut terkesan pada anak-anak. Ini sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bahkan anak-anak kecil juga dikatakan sifat mereka seperti span yang akan menyerap sepenuhnya apa yang didengar dan dilihat dalam lingkungan persekitaran mereka.
Menyedari hakikat itu, ibu ayah perlu main peranan dalam mendidik anak-anak apatah lagi pada zaman ini ramai antaranya memiliki kelayakan dan kefahaman yang tinggi dalam akademi sekali gus menjadi satu bonus kepada anak-anak untuk lebih memahami berkaitan banyak perkara dan antaranya berkaitan zakat harta.
Anak Pun Perlu Berzakat
Tahukah anda sebenarnya banyak kebaikan yang diperolehi oleh kita sebagai ibu ayah bila mana memberi pendedahan yang tepat kepada anak-anak berkaitan zakat harta meskipun pada usia mereka masih kecil.
Hakikatnya terdapat syarat asas wajib bagi seseorang itu mengeluarkan zakat iaitu seorang yang beragama Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul.
Daripada kelima-lima syarat tersebut, tidak dinyatakan bahawa akil dan baligh menjadi syarat dan ini bermaksud bahawa anak yang berusia bawah 18 tahun juga wajib membayar zakat sekiranya telah cukup syaratnya.
Prihatin & Berkasih Sayang
Apabila hal ini dapat difahami oleh anak-anak maka dengan sendirinya mereka akan berasa seronok untuk melaksanakan ibadah zakat kerana mereka sendiri dapat membantu orang yang kurang berkemampuan dengan duit mereka sendiri.
Sekali gus dengan berzakat dapat memupuk kesedaran di kalangan anak-anak agar lebih prihatin kepada orang-orang yang susah. Apatah lagi bila bersekolah anak-anak akan bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang. Jadi setidak-tidaknya dalam hati anak-anak kita akan ada rasa untuk membantu rakan yang hidup dalam serba kekurangan dan menghindarkan diri mereka daripada berkawan ikut ‘pilih bulu’.
Asuh Jadi Dermawan
Tidak dinafikan amalan berzakat juga boleh membiasakan diri anak-anak supaya bersifat pemurah dan sekali gus membuang sifat kedekut dalam diri mereka. Bahkan lebih daripada itu dapat membentuk keperibadian sebagai seorang yang dermawan dalam diri anak-anak kita.
Semua ini tidak mungkin boleh terjadi dengan sendirinya, melainkan ibu ayah asuh sebaiknya untuk menyerlahkan karekter yang terbaik dan positif. Rahsia berjaya mendidik anak-anak pula terletak pada strategi didikan secara berulang-ulang dan melalui tauladan. Ini sebagaimana mengambil motivasi daripada ayat; anak-anak itu cerminan kepada ibu bapanya.
Justeru itu, bagi mencapai KPI tersebut kita sebagai role model anak, tidak boleh ambil mudah bagi memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Semoga dengan kefahaman yang jelas kita sebagai orang dewasa, dapat kiranya memberi kefahaman pula kepada anak-anak kita berkaitan kewajipan berzakat dan sama-sama rasai kebaikan daripada ibadah tersebut.
Untuk lebih mengetahui berkaitan zakat anda juga boleh layari di dalam web www.zakat.com.my
.
Tak Berkira Dengan Ibu Ayah, Pensyarah Tulis Tesis PHD Hanya 3 Bulan!

Doa ibu ayah itu tanpa hijab. Itulah yang menjadikan kehidupan seorang anak itu berjaya dan bahagia dalam hidup.
Sentiasalah berbuat baik dengan ibu ayah untuk mendapat berkatnya. Sehebat mana pun kita, doa ibu ayah itu adalah ‘senjata’ utama untuk kehidupan kita.
Begitulah yang dirasai oleh pensyarah di Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Muhamad Syahrul Fitri Zawawi yang mengakui berkat berbuat baik dengan ibu ayah menjadikan perjalanan hidupnya dipermudahkan.
Bayangkan dalam tempoh tiga bulan dia dapat berjaya menyiapkan PhD perubatan. Malah ini memencipta sejarah tersendiri apabila testisnya disiapkan dalam tempoh singkat.
Seterusnya ikuti perkongsian yang sungguh inspirasi ini menerysi fb miliknya, Syahr Musafir.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Bagaimana boleh tulis tesis PhD dalam masa 3 bulan je?” Biar betul siapkan PhD Perubatan dalam masa 3 tahun je… Camne buat?”
“Tesis PhD yang kau tulis dalam masa 3 bulan tu, lulus tanpa pembetulan? Lulus cemerlang pulak tu, macam mana kau study?
“Kau diberi pengiktirafan menjadi pembawa cokmar majlis konvokesyen di Australia, beri ucapan mewakili seluruh graduan. Kau ni hebat sangat ni, guna ilmu apa ni?”
INI TIPNYA
Soalan-soalan sebegini bukan soalan baru saya terima. Acap kali ditanya, dan kebanyakan masa saya akan beri jawapan seperti berikut:
“Jangan tunggu saat akhir untuk tulis tesis. Tetapi tulis bermula ketika hari awal pendaftaran PhD, konsisten hingga ke hari akhir untuk hantar. Rancang penulisan, bla bla bla…”
“Improve penulisan Bahasa Inggeris dari awal… Jangan tulis poin tetapi tulis ayat… Bla bla bla…”
“Milestone tu perlu ikut, proposal, eksperimen, pengumpulan data, analisis, pembentangan di konferens, bla bla bla…”
Dan pelbagai lagi perkongsian pengalaman secara teknikal dan bak kata orang, sebagai inspirasi dan motivasi.
Semuanya benar, saya tak kongsi teori tetapi saya selalu kongsi pengalaman secara kisah benar atau praktikal. Ada ditulis dalam buku Hikayat Budak PhD juga.
Tetapi di sebahagian besar semua itu, ada satu cerita yang saya tak pernah ceritakan. Ini ceritanya……
Saya menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD ketika saya masih belajar pada ijazah sarjana muda (Bachelor degree) di Australia. Saya tak terima tawaran biasiswa Australia, tetapi saya ambil tawaran biasiswa yang diberi kerajaan Malaysia. Sebab apa?
Dua sebab.
Satu, tawaran biasiswa Malaysia berpakejkan jawatan kerjaya tetap di Malaysia selepas tamat pengajian PhD. Kalau biasiswa Australia, tiada jawatan tetap tetapi jawatan kontrak di Australia. Saya tidak pernah merancang untuk terus tinggal di Australia, saya nak balik kerja di Malaysia. Jadi pilihan biasiswa Malaysia menjadi keutamaan saya.
Dua, biasiswa Malaysia datang bersama elaun sara hidup di Australia (saya tak nak sebut berapa ribu Australian dollar setiap bulan) dan juga elaun sara hidup di Malaysia bernilai RM2800 setiap bulan walaupun saya sekeluarga tidak berada di Malaysia. Duit di Australia dapat, duit di Malaysia pun dapat. Berbeza dengan biasiswa Australia, hanya beri duit di Australia sahaja. Mana mungkin saya nak tolak tawaran biasiswa Malaysia….
TAK BERKIRA DENGAN IBU AYAH
Takkan mungkin saya boleh menyambung pengajian tanpa biasiswa, saya bukan orang senang. Huhu.
Dipendekkan cerita, saya mengosongkan komitmen di Malaysia. Tak perlu bayar rumah, atau kereta, atau apa sahaja. Dan total RM2800 saya berikan sepenuhnya kepada ibu bapa saya.
Saya beri bapa saya pegang kad bank saya, ibu saya boleh guna duit elaun Malaysia RM2800 setiap bulan itu secara 100%. Saya buat ni, Lillahi Taala, supaya hidup Umi Abah dan adik saya di Malaysia lebih senang kerana ada duit masuk setiap bulan daripada akaun bank saya…
Jadi 3 tahun bersamaan 36 bulan, saya menyara Umi Abah di Malaysia walaupun saya bersama isteri dan anak-anak berada di Australia, hingga kami pulang ke Malaysia selepas saya tamat pengajian.
Saya di Australia bukan hidup senang lenang pun. Isteri saya Rahimah Ab.Rahman Rahimah AR Zawjah mengambil upah menjaga anak-anak orang lain untjk bantu saya menyara kehidupan.
Saya bekerja sebagai tutor akademik di universiti mengajar para pelajar perubatan di sana, bekerja sebagai cleaner, kerja kuli ‘burn CD’, jual burger di surau, jual burger di tepi jalan, pernah buka gerai di Asian Food Festival jual roti jala kuah kari ayam, jadi laboratory demonstrator di universiti mengajar pelajar ijazah sarjana muda Anatomi, bekerja sebagai penghantar piza sebelum diberikan kepercayaan menjadi pembuat piza, pernah kerja sebagai pemetik buah, dan sebagainya. Macam-macam kerja saya buat, asalkan dapat duit.
36 bulan x RM2800, jumlahnya RM100800. Ada kawan saya, selepas tamat PhD selama 4 tahun, balik Malaysia boleh guna duit tu sebagai modal untuk buka cafe, bukan 1 buah tetapi 2 buah cafe.
Ada kawan saya gunakan duit itu sebagai modal beli kereta mewah. Ada pula yang gunakan duit itu untuk renovate rumah. Yang lain biasanya gunakan untuk bayar komitmen sedia ada di Malaysia seperti bayaran rumah, kereta dan sebagainya, seperti kebiasaan orang berkeluarga. Saya pula berikan 100% kepada ibu bapa, pelik kan saya ni Huhuhu.
Saya sebenarnya tak sedar segala perjalanan PhD saya, walaupun pernah gagal eksperimen, tikus mati, komputer rosak hingga hilang data, dan pelbagai lagi, sebenarnya perjalanan saya sangat mudah.
Saya hilang data setelah menjalankan 7 eksperimen, saya telefon Umi saya, saya beritahu Umi, Umi cakap “Jangan risau, Allah akan bantu…” saya boleh ulang semua eksperimen tanpa saya rasa susah pun. Smooth saja.
Saya menghadiri konferens di beberapa buah negara dengan harapan untuk bawa pulang anugerah pembentangan atau apa sahaja, walaupun Bahasa Inggeris saya biasa-biasa saja ada sesekali saya gagap di pentas, tak sangka dapat anugerah yang bukan nombor 3 atau 2, tetapi tempat pertama. Nampak cemerlang.
Dan apabila perlu hantar tesis, saya sendiri tak percaya saya mampu siapkan penulisan tesis dalam masa 3 bulan 10 hari dalam keadaan berstatus suami kepada isteri saya dan berstatus ayah kepada 2 orang anak kecil, tak tahulah bagaimana magisnya saya telah mampu mencipta kejayaan itu.
Tak cukup dengan itu, dapat awards lagi, jadi mace bearer, beri ucapan di majlis konvokesyen depan ribuan orang, dapat PhD pada usia 27 tahun, bla bla bla… Bagaimana kenangan PhD saya boleh jadi tersangat manis ni?
Setelah tamat pengajian PhD saya sekeluarga pulang ke Malaysia, saya menjaga Umi yang tak sihat. Siang kerja, malam bersengkang mata menemani Umi di wad dan sebagainya.
Dan pernah 1 kali Umi berbicara, “Terima kasih kerana jadi seorang anak yang sangat berbakti kepada Umi Abah dan keluarga, dan maaf kerana Umi sakit terpaksa menyusahkan Abe (panggilan keluarga saya kepada saya) menjaga Umi….”
Saya tak jawab apa-apa, hanya diiringi air mata sahaja.
Selepas Umi dijemput kembali kepada Allah pada Feb 2020, saya diingatkan kembali bahawa segala kemudahan perjalanan pengajian akademik saya bukan disebabkan saya ini bijak,
tetapi barakah bakti terhadap ibu bapa dan keluarga, ini yang sahabat baik saya ungkapkan. Barulah saya sedar, betapa benarnya ungkapan ini.
Jadi tuan-puan semua, banyaaaaak tips untuk berjaya. Buat itu buat ini.
Tetapi malam ini saya nak sebut, jika benar mahu berjaya, berbaktilah kepada ibu bapa dan keluarga, bukan sekadarnya tetapi sehabis kadar, sehabis baik, sehabis daya dan sehabis mampu.
Allah telah membuktikan hakikat bahawa apabila seorang anak berbuat baik kepada ibu bapa, Allah akan memudahkan jalan untuk anak itu capai kejayaan dalam pengajian. Contohnya saya, sebuah kisah benar seorang anak.
Redha ibu bapa, redha Allah. Baiknya Allah kan….
Banyak tips lain untuk berjaya, tetapi malam ini saya terlalu rindukan arwah ibu saya jadi saya kongsi tips yang satu ini. Rindu Umi…….
Sumber: Syahr Musafir
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
10 Tahun Terdampar Di Rumah Kebajikan, Ibu Angkat Ini Satukan Semula Anak & Ibu Kandung. Sebaknya Baca!

“Setiap dugaan Allah pasti akan ada rahmat indah menanti. Saya ikhlas berkongsi bunga syurga, demi membahagiakan seorang nadira.”
Hebatnya wanita ini mengambil anak angkat yang mempunyai masalah Down Sindrom, bernama Nadira, yang telahpun berusia 10 tahun.
Baru – baru ini, Nadira dibawa bertemu ibu kandungnya. Pertemuan berlangsung di Pejabat Pesuruh Jaya bagi menyelesaikan proses pengambilan anak angkat oleh keluarga Puan Mona.
Puan Mona Din berkongsi cerita mengenai pertemuan ibu kandung yang telah meninggalkan Nadira di hospital usai melahirkannya, menyebabkan anak kecil ini hidup terbuang di beberapa buah Pusat Kebajikan Masyarakat selama 10 tahun. Sehinggalah beliau mengambilnya sebagai anak angkat beberapa bulan lepas.
Benarlah naluri seorang ibu itu tetap ada. Biar sehebat mana pun egonya pasti akan runtuh tatkala dipeluk zuriat yang pernah dikandung selama 9 bulan. Itulah kuasa seorang anak.
Semoga ikatan ibu-anak ini takkan putus dan berterusan seperti mana yang diharapkan oleh ibu angkatnya sendiri. Ikuti kisah ibu-anak yang dikongsikan oleh Puan Mona di laman facebooknya.
❤️ RAHMAT DARI SEORANG NADIRA ❤️
Seawal 7 pagi tadi, saya & mr hubby mmulakan perjalanan, mbawa nadira, unt btemu ibu kandung nya.
Satu ptemuan yg sgt sukar sbenarnya…
Sukar sekali unt saya mbayangkn akn mnatap seraut wajah insan yg tlh mlahirkan nadira, kemudian mninggalkannya, dan terus terusan tidak mhiraukn keujudan dira..
Sewaktu saya mula mhubunginya unt merencana pertemuan ini, dia mjawab dgn baik, penuh kerjasama, namun tidak sekali pun mnyebut nama nadira, tidak btanya khabar, apatah lagi mngirim pelukan mesra…
Dan pabila temujanji rasmi di buat, sungguh saya sgt mharap, sekurang2nya dia akn btanya ttg nadira, dan hrpnya dia akan mminta saya unt mbawa nadira sekali..saya mahu dgr dia bkata, dia teringin unt mnatap rupa terbaru wajah anaknya…
Namun hingga ke akhir, ia tidak pernah berlaku. Kejam, saya bfikir, teganya kamu wahai si ibu..!
Pedih, panas, sedih, benci..
Jujurnya, itu yg saya rasa thadap dia.
Namun stelah bfikir panjang, saya sedar, siapa saya unt mnilai, juga mhukumnya.
Saya pujuk diri, apa yg saya lakukan kini, adalah unt nadira, demi nadira, bukan buat diri saya….
Juga dlm hati bkata, mungkin kerana sikap nya yg sebegnilah, akhirnya mmungkin kan saya, mmiliki nadira…
Maka saya putuskn, saya akn btemunya, mbawa nadira bersama, mharapkn ada rahmat Allah buat semua, di sebalik sebuah ptemuan yg tiba..
Dan Alhamdulillah, perjalanan hampir 3 jam itu bjln lancar, dan saya sampai ke bandar itu jam 10 pagi, awal 1 jam dr janji kami, unt bjumpa di pejabat pesuruhjaya sumpah, pd jam 11 pagi.
Sekitar jam 11.20, hp saya bbunyi, puan saya dah sampai, katanya.
Lalu saya keluar dr kereta, berseorangan, mninggalkn mr hubby & nadira di dlm kereta dulu, sambil mngepit fail dokumen2 penting, tentang nadira.
Dari jauh saya mlihat, 2 anak lelaki kecil, sekitar umur 2 & 4 tahun, blari2 di sisi jejaka muda btubuh kecil rendah, bewajah manis, tampak jenis lelaki baik, yg rupanya, itu bapa mereka.
Kemudiannya mata menangkap se susuk tubuh itu, bkebaya longgar hitam, btudung hitam, in her late pregnancy, anak ke 5 ( jika tmasuk nadira ).
Wajahnya lembut. Gaya ibu muda gadis kampung, bpenampilan sederhana.
Sepasang matanya tampak sedikit malu, mhulur tgn bsalam dgn saya, mnundukkan kepala & bdn, penuh hormat.
Oleh kerana marahkannya dlm hati, saya tidak bckp byk, saya buat muka serious saja, terus kami mlangkah masuk, mmulakan proses, mngisi dokumen demi dokumen, mnyempurnakan proses angkat sumpah.
Tiba2 psuruhjaya sumpah bertanya, bapa angkat nadira mana, kita perlukn tandatangannya.,
Lalu saya ke kereta, mmanggil mr hubby, sambil mbimbing tgn nadira, unt masuk bsama, dgn penuh debar di dada.
Nadira juga saya lihat sedikit panik, kerana dr kelmarin, saya dah terangkn kpdnya, saya akn bawa dia bjumpa ibunya, ibu yg nadira keluar dr pepetnya…
Sebaik tiba di dlm pejabat, nadira spontoh bsalam dgn ke dua2 ptugas. Kemudiannya nadira bpaling, kpd ibu muda tsebut…
Saya beri arahan ; Dira, salam..peluk.., ni mama dira, kata saya.
Dira mmandang muka saya, kemudian merenung wajah itu, lalu mhulur tgn bsalam, dan mmeluk !
Mungkin tkejut dira mmeluknya, ibu muda ini terus burst, mnangis teresak2, mgigil tubuh badannya.
Allahu, saya yg mnyaksikan, terasa sungguh sebak, juga jatuh airmata, tak mampu mnahan rasa, tersedu juga saya akhirnya.
Ssudah mmeluk, nadira tiba2 mnolak tgn ibu itu dgn kasar, sambil mnuding jari mberikan isyarat mahu mcubit, dan dira tunjuk muka marah.
Saya tahu dira marah, kerana dira tahu, itulah insan yg mbuang dirinya..!
Saya peluk dira. Saya katakan pd dira ;
Dira, tengok muka mama ni, ini mama dira juga. Dira tengok perut mama dira yg besar ni. Dulu masa dira baby, dira ada dlm perut mama ni. Mama ni yg lahirkn dira. Dira lahir dr pepet mama ni. Ni mama dira..
Dan esakan ibu muda tersebut btambah kuat, tersangat kuat…Dira hanya mrenung, tidak bkata apa2..
Semua yg mlihat tharu. Ibunya masih mnangis. Saya juga tak boleh bhenti mnangis. Dan seluruh seisi pejabat, mngesat air mata..
Suasana sgt sepi, penuh terharu, hanya airmata, mengganti kata2..
Akhirnya dlm suasana hiba itu, urusan di teruskn.
Sayu saya mlihat, nadira duduk di riba ibunya. Bberapa kali dira mnoleh, mmandang seraut wajah itu, seolah2 sdg mcuba, ingin mberi kan sebuah kemaafan, buat ibu kandungnya..
Satu pagi yg penuh drama, banjir dgn airmata..
Dan kemudian dira bangun, keluar, merayau2 di luar, kelihatan nya dira sgt miserable, dan tak tentu arah, gaya yg sama, spt di mahkamah dua hari sudah. Lalu kemudiannya, dira dtg kpd saya, mmeluk saya, sambil bagitau, mama saya nak kencing…
Kesian dira…, !
Sambil berurusan, saya hanya sempat bbisik2, bertanya, bapa nadirakah itu..?
Tak puan, dia mgelengkn kepala, ni yg baru…
Dan dlm suara plahan, beliau bcerita, kisah silamnya..
Saya hanya diam. Tidak mahu btanya panjang. Saya tidak mahu mnambah kesedihan yg ada, kesedihan dia, juga ksedihan saya..
Lalu kemudiannya, kami siapkn semua urusan.
Nadira sptnya sudah tidak kisah kan dia, sptnya sudah tlupa drama tadi, drama jejak kasih ibu kandungnya.
Nadira kembali happy bsama saya & abahnya.
Dan kala di minta bsalam selamat tinggal dgn 2 adiknya, nadira kberatan…
Di mata ibunya, saya mlihat, airmata masih mngalir di pipi, terutama kala mmeluk selamat tinggal buat nadira..
Dan di pnutup sebuah ptemuan itu, kala mnyalami, dia mneluk erat badan saya..
Puan tkasih sudi terima nadira. Budi puan saya kenang hingga ke mati..
Saya jga mmeluknya, kuat.
Rasa seolah saya sdg mmeluk anak sendiri..
Saya bbisik pdnya;
Tkasih juga unt u, melahirkn nadira, ada rezeki unt saya jaga. InshaAllah saya akn pelihara nadira dgn baik. Tapi saya hrp, u akn teruskn silatulrahim kita, demi nadira.
Its okay u tak dpt mjaga & mbesarkn dia, sudah suratan hidup ttulis begitu. Tapi u kena tetap ambil tahu, btanya khabar, mngambil berat ttg dia, wlu dr jauh.
Itu hak nadira ke atas ibunya.
Jangan lepas tgn just like that, langsung tidak mpedulikannya. U mungkin blh lepaskan dira di dunia, tapi kita takut nadira akn tuntut haknya, di akhirat kelak…
Dia mrngangguk, sambil tersedu, baik puan..

Dan saya mmeluknya dgn hangat, buat kali terakhir.
Pelukan yg ssungguhnya sangat ikhlas.
Keihklasan yg akhirnya mgugurkan sebuah dendam, sebuah benci, sebuah amarah, yg selama ini bsarang di dlm dada.
Saya ikhlas unt bkongsi dengannya, bkongsi bunga syurga, bkongsi demi untuk mbahagiakan seorang nadira.
Saya tinggalkn dia dgn doa.
Semoga Allah mberi segala yg tbaik.
Terbaik untuk nadira, terbaik untuknya, dan terbaik unt saya skeluarga juga…
Sesungguhnya, di setiap dugaan Allah itu, akan ada rahmat indah yg menanti, andai kita mnerima semua ujian2 nya, dengan sabar, ikhlas & redha….
Dan saya ingin mhirup rahmat itu, dgn menatang penuh bahagia hadirnya sekuntum bunga syurga, seorang nadira, dan saya akan terus cuba berusaha, unt terus mbawa ibu kandungnya, kembali di dlm hidup nadira…
InshaAllah
Allahuakbar
Subhanallah.
MasyaAllah
Alhamdulillah
Sumber: Mona Din