Jika kita rasa susah , ada lagi yang susah. Nak beli susu untuk cucu pun tak ada. Malah daripada tidak dapat susu formula, mereka sanggup minta susu pekat manis.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Menerusi facebook Siti Fatimah Abd Hamid , pastinya yang membacanya mengalirkan air mata.
Ikuti perkongsian ini.
Nenek ni minta 4 tin susu pekat manis saja bila kami call tanya mahu susu apa untuk cucu-cucunya.
“Puan, mak cik mau 4 tin saja susu pekat manis tu.”
Haih, berhabuk lagi mata. Mak cik ni tak minta banyak. Dia minta susu pekat saja 4 tin untuk cucu-cucunya.
Diorang biasa sudah minum susu cap junjung (susu pekat manis) , yang penting ada warna putih-putih. Itupun sudah cukup untuk bancuh bagi pada cucu saya yang kecil-kecil ni. Ok sudah tu. Tambah nenek ni lagi.
Dialah ibu, dialah bapa kepada 7 orang cucunya sekarang. Anaknya telah meninggal selepas 3 bulan melahirkan cucunya yang bongsu.
Bapa budak-budak ini pula terkandas di Keningau. Tidak dapat balik sebab PKP. Anaknya yang sulung yang membantu neneknya menjaga adik-adiknya yang masih kecil.
Sesungguhnya ujian setiap kita tidak sama.
Mari bergandingan untuk sama-sama menjayakan misi Covid19 kepada mereka yang memerlukan.