Memasak memang menjadi kegemaran wanita, namun bagi yang bekerjaya tentu memerlukan cara masakan yang cepat dan mudah. Lantaran itu ada yang menyediakan bahan masakan asas seperti ibu sambal, pes kari dan sebagainya yang di simpan dalam peti ais.
Malah ada juga yang memasak makanan untuk disejukbekukan. Nak makan hanya perlu panaskan sahaja. Namun, ada segelintir agak was-was mengenai keselamatan dan kualiti makanan jika berbuat demikian terutama makanan yang telah di masak yang disimpan dalam tempoh yang lama.
Malah tular perkongsian seorang suami yang menghargai masakan isterinya yang menyediakan lebih 30 jenis lauk, bagaimanapun telah mendapat pelbagai rekreasi yang tidak sedap didengar mengenai cara keluarga ini.
Rentetan itu, Pakar Kimia Dr Fatimah Salim menjelaskan cara berkenaan suatu usaha yang menjimatkan masa bagi keluarga yang mempunyai rutin yang sibuk. Namun beliau menegaskan bahawa, cara penyediaan dan penyimpanan perlu betul supaya makanan kekal selamat dan berkualiti. Ikuti lanjut penjelasannya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai perkongsian di group MAHN seperti ss di bawah: makanan siap masak yang disediakan dan disejukbeku.
Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja.
Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tips:
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
Sumber: Fatimah Salim Makmal Makanan (MaMa)
Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA
Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA
Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club