Namanya pun istilah berpantang, jadi ibu berpantang kenalah pantang daripada mengambil makanan-makanan tertentu. Bukan apa, ada kalanya jenis-jenis makanan sangat-sangat memberi impak pada tubuh.
Mungkin kalau wanita jenis tak pantang makan, dia sendiri tak tau bezakan macam mana yang dikatakan bagi kesan pada tubuhnya. Mungkin tak perasan bila sakit.
Kalau badan rasa berat, sakit-sakit pada sendi, belakang badan atau sakit perut pada ari-ari itu adalah petanda yang dialami bila pantang dilanggar. Pun begitu, kesan dan akibatnya berbeza bagi setiap orang.
Ada wanita tak boleh makan pisang dan ada juga wanita tak langsung alah pada kangkung atau tumbuhan menjalar lain. Jadi nak mudah, ada baiknya kita sebagai wanita berpantang dengan cara yang betul agar tubuh dalaman jadi sihat.
Bukan hanya lepas pantang, wanita yang anak dah besar pun kena turut sama pantang bagi mengelakkan tubuh masuk angin. Sendi paling penting kena jaga!
Ads
Jenis Makanan Sejuk
Makanan bersifat ‘sejuk’ secara berterusan misalnya boleh mengakibatkan sakit dan sengal sendi kepada tubuh. Makanan bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, kubis, terung, timun, labu, petola, pucuk ubi, pucuk pakudan banyak lagi sangat memberi kesan kepada tubuh jika makanan ini tidak bersesuaian dengan kehendak tubuh anda.
Bukan itu sahaja, buah-buahan seperti nangka, tembikai, nenas, pisang, cempedak, mangga, manggis, langsat, betik dan ciku juga dikatakan mendorong sakit sendi dan masalah angin kepada ibu berpantang juga selepas berpantang.
Ads
Ketika berpantang, elakkan sama sekali jenis makanan bersifat sejuk ini. Berpantanglah selagi terdaya kerana ia akan hanya memberi kesan pada tubuh. Tubuh akan terasa berat kerana angin memasuki setiap urat dan akibatnya ibu akan merasa sakit pinggang, sakit belakang serta sakit pada semua sendi.
Perlahan-lahan selepas anak mencapai usia enam bulan dan ke atas, barulah anda mula mengambilnya dengan kuantiti ‘percubaan’, jika terlaluketagih untuk menikmatinya. Berpantanglah selagi mampu.
Makanan Yang Harus Diambil
Ads
* Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800 kalorisetiap hari bagi tujuan penyusuan badan secara ekslusif.
* Sekiranya ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.
* Makanan berprotein tinggiseperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit.
* Ambil air kosongpada jumlah yang banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan yang berkahwin tentu ingatkan ikatan perkahwinan harmoni sehingga ke hujuang usia.
Namun, pasangan mana yang mahu rumah tangga dan mahligai indah yang dibina musnah di tengah jalan.
Bahkan kadang kala perpisahan yang berlaku dengan alasan yang tidak munasabah. Begitulah yang dikongsi oleh penjual ini.
Menurut saudara Rifqi Rusli Rasid di facebooknya, pelanggannya membeli untuk menggantikan jam ( gambar jam tangan di atas sekadar hiasan) bekas suaminya yang rosak.
Lebih menyedihkan, dia telah diceraikan oleh suaminya. Rupanya sebab jam, dia telah diceraikan.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Seronok-seronok gak menjual jam. Tapi bila dapat massage macam ni
Rase Terkedu & Serba Salah plak. Kalau betul la tu punca nye,mmg x gentle la brader…
Ape2 pun harap Cik jmp jodoh lg baik selepas ni…
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terharu dan ‘geram’ dengan punca penceraian itu.
Luluh hati seorang ibu bila mana melihat anak yang disayangi mati dibunuh dengan kejam. Lebih memilukan mayat anaknya , Siti Masitah Ibrahim ditemui selepas 11 hari dilaporkan hilang.
Pembunuhan yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan itu menyaksikan organ dalaman Siti Masitah dikeluarkan.
Siti Masitah, 11 tahun dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ditemukan di dalam semak bersebelahan ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.
“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.
Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” ujar Solihah Abdullah, 35 yang mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.
Dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera namun tidak pulang sehingga malam
“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.
“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini.
Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?”
Mayat Siti Masitah yang berketurunan Kemboja ditemui penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.
Lokasi mayat adik Masitah ditemui.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang gemarkan daun pudina dan nak cuba tanam sendiri, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Memandangkan batangnya lembut dan kecil, menyebabkan ia mudah beralih. Jadi, petua yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu. Caranya cukup mudah.
Kalau diikutkan banyak kaedah untuk tanam pokok pudina. Ini salah satu kaedah yang menarik dikongsikan melalui Facebook oleh Rina Kefele melalui page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Menurut Rina, dengan cara tanam pudina ini, ia lebih kukuh dan cepat hidup.
Jom kita tengok perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.
Macam2 cara dah teknik tanam pudina saya cuba, ini teknik yg paling menjadi. Tak layu langsung. Tapi kalau kawan2 buat jadi layu jangan la salahkan saya pulak ye… 🙂 Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ni saya ambil dari group kbjts. Sebelum ni dia guna cara ni tanam pokok sireh.
Saya petik dari pokok, ambil yang hujung2 dah berjurai.
2. Sediakan bekas dan tanah. Saya guna tanah hitam je.
3. Buang daun dan simpulkan mcm ni.
4. Buat banyak2
5. Tanam macam ni, masuk dan timbus tanah je. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram tak lari.
6. Siap dua bekas big cup. Simpan tempat redup
7. Yang ni saya tanam seminggu dah. Langsung tak layu, bawab tu ada takungan air. Simpan tempat redup.
8. Ni dah 2 bulan tanam.
Dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup. Selamat mencuba.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.