Bergelar ibu pastinya kita ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak termasuk menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat termasuk memasak sendiri di rumah yang terjamin kebersihannya.
Namun akibat kekangan masa, kita terpaksa menyediakan menu hidangan buat anak-anak secara mudah dan cepat misalnya memasak makanan frozen.
Salah satu makanan frozen yang disukai oleh kanak-kanak adalah sosej. Mengikut Dr Zubaidi Haji Ahmad, makanan ni bahaya untuk kanak-kanak.
Ikuti perkongsiannya.
BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK
Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak.
Ads
Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah.
Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan.
Ia boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar. Secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibubapa mereka.
Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus.
Ads
Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan tepung sahaja.
Malah ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika diambil secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak.
Sebaiknya amalan memberikan sosej pada anak-anak sama ada untuk sarapan atau bila-bila masa harus dihentikan kerana ia
mengandungi lemak trans (transfat), tinggi kandungan garam, tinggi bahan perasa, bahan pengawet, dan bahan tinggi.
Dengan itu ia memberikan kesan negatif seperti meningkatkan tahap “kolestrol jahat”, meningkatkan risiko obesiti dan meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetis, hipertensi, serangan sakit jantung dan kanser usus besar (colonorectal cancer).
Ads
Kajian dipercayai penyebab kanser
Dalam banyak kajian menunjukkan bahan nitrate yang terdapat pada bahan pengawet yang dicampurkan ke dalam sosej ini boleh menyebabkan kanser usus.
Nitrites akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitoso apabila melalui proses penghadaman. *N-nitroso* merupakan bahan kompaun yang penyebab kanser *(carcinogenic)*.
Kajian yang dilakukan oleh *WHO’s International Agency for Research on Cancer* pula mengatakan setiap 50g daging proses yang dimakan, ia meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.
Jadi saya mencadangkan agar anak-anak kita makan makanan yang lebih bernutrisi ketika bersarapan seperti telur, bersama mi atau nasi yang banyak sayur-sayuran. Berikan mereka buah-buahan yang segar.
Makanan sebegini lebih bernutrisi untuk mereka. Jangan lupa sesudu minyak zaitun untuk mereka.
Kredit: Dr Zubaidi Haji Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Salah satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh bagi seorang ibu adalah dengan mengamalkan minuman air jus daripada bahan-bahan terpilih. Bukan sahaja elok untuk kesihatan dalaman, malah boleh membantu seorang ibu rasa lebih bertenaga dan segar sepanjang hari.
Minuman jus ini telah diamalkan oleh Puan Sharinaz atau lebih mesra dengan sapaan Kak Naz di dalam facebook. Jom semak apa yang telah dikongsikannya untuk menfaat bersama.
Pagi ni kaknaz nak share satu resepi jus peberet kaknaz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.
Ok, ini sukatan jus yang kaknaz buat untuk 1 gelas.
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amil jus sahaja
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Bahan-bahan:
Cara penyediaan :
Semua bahan di atas di blender.
Kemudian tapis atau tak nak pun boleh. Kaknaz tak suka tapis. Minum macam tu je. Rugila kalau tapis. Sebab fiber tinggi hampas dia.
Sedia untuk dinikmati.
Ko pejam mata telan je. Air ni sedap tauuu. Bau fresh yakmat!
Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak pakai pape skincare pun meletop dik.
Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
EKSTRA INFO : Khasiat bahan-bahan yang digunakan.
TIMUN –ada banyak khasiatnya, antaranya ia mengandungi tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
EPAL HIJAU – ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.
LEMON – tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
MADU – mempunyai banyak manfaat dan khasiat yang baik untuk tubuh. Bahkan Ratu Cleopatra telah menggunakan madu untuk merawat kesihatan dan kecantikannya.
Ibu mana yang tak risau bila melihat rekod timbangan berat badan anak bermasalah, sama ada terlalu kurus atau timbangannya tidak naik-naik sedangkan ketinggian dan umur semakin bertambah!
Puas disuakan makanan namun selera anak tiada juga dan ini lagi menyukarkan ibu untuk memastikan berat badan bertambah. Atas sebab ini, sebaiknya ibu usahakan untuk menyediakan menu yang telah dikongsi oleh Pun Nur Farah yang berjaya menaikkan berat badan anaknya 2kg selama dalam masa sebulan. Jom semak!
Sapa sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yg buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi ni pakar pemakanan yang bgi kt mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikot hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.
Bahan-bahan:
-nasi panas dicampur dgn beberapa titik minyak zaitun. ( kalau xdak letak butter @ myk masak. Jgn tibai mnyk gas sudah nahh)
-ubi kentang yg digoreng terlebih dahulu.
-isi ayam ( hiris halus2 & goreng)
-bawang holand ( hiris halus & goreng)
*xdak bawang holand bawang merah besar pn xpa. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit.
Cara2
1. Gaulkan nasi tadi bersama-sama ubi kentang yg telah digoreng tadi dan lenyek2 kan sampai ubi tu hancoq. Takmau ada keras2 tau sebab takmau anak terlekat.
2. Lepastu masukkan semua bahan2 tadi. Gaul sampai semua sebati.
3. Lepastu terus kepal2 jadi bentuk bola kecil2. Make sure nasi tu panas2 baru senang dikepal ok.
4.Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak2. Biaq anak makan sendiri baru dia enjoy nk makan. Berselerak tarak pn lantak pi. Janji mau makan jaa.
Resepi ni untuk anak kecil yang sudah tumbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam @ perasa.
Ekstra Tip
* Kalau tiada ayam boleh juga diganti dengan ikan.
Kepal kecil-kecil agar mudah dimakan.
Sumber :Nur Farah Haniem via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering demam, selesema, batuk dan sebagainya jika ini yang terjadi pastinya kita sebagai ibu akan berasa bimbang dengan tahap kesihatan anak-anak. Apatah lagi jika mengganggu waktu pembelajaran di sekolah, sedangkan tidak lama lagi tarikh peperiksaan besar untuk mereka duduki kian hampir.
Jadi apa ibu-ibu perlu buat dan bagaimana caranya?
Mencari solusi persoalan ini elok kiranya kita fahami melalui perkongsian daripada seorang ayah dan juga seorang doktor yang cukup popular di media sosial iaitu Dr. Taufik Razif.
Dulu anak saya selalu juga sakit-sakit. Selsema la batuk la. Memang sangat kerap.
Bagi antibiotik sebenarnya bukan penyelesaian masalah malah boleh tambah masalah lagi kalau sakit anak saya tu bukan disebabkan oleh bakteria. Silap haribulan boleh jadi antibiotic resistance!
Selsema dan demam ni kebanyakannya disebabkan oleh virus je.Kalau disebabkan oleh virus memang tak perlu antibiotik pun. Kalau guna antibiotik pun takde efek juga dan biasanya demam yang disebabkan oleh virus dia self-limiting, maksudnya demam tu akan sembuh sendiri.
Fikir punya fikir camne la nak bagi sistem imun anak saya ni kuat sikit. Mula-mula saya pun tak tahu jugak camne kan. Lepas isteri saya buat satu benda ni baru saya perasan anak anak saya dah jarang sakit sikit.
Nak tahu apa isteri saya buat?
Dia TUKAR BENDA YANG KAT DALAM PETI AIS je!
Senyap-senyap je peti ais saya ni makin banyak buah. Dia kurangkan makanan sejuk beku yang entah apa-apa tu dan ganti dengan buah yang tinggi kandungan Vitamin C macam buah oren, epal dan anggur.
Saya ni memang tak makan buah sangat sebenarnya jadi saya tak hiraukan sangat la kan tapi ada benda yang buat saya akhirnya jadi peminat buah buahan yang tegar! Saya perasan yang anak saya dah kurang demam, selsema dan sakit-sakit!
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Bila saya kaji rupanya Vitamin C dalam buah-buahan tu memang terbukti membantu sistem imun dan pertahanan tubuh untuk lawan kuman-kuman jahat dan bertindak sebagai antioxidant yang menurunkan risiko kanser pada anak kita.
Tolong ajar keluarga kita juga ye untuk penuhkan peti masing-masing dengan buah buahan ni semua. Jangan-jangan sumber anak kita sakit selama ni datang daripada peti ais kita sendiri.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.