Ubi kayu antara sayuran yang mempunyai banyak khasiat dan boleh dimakan dengan cara yang sangat mudah. Tambahan lagi, ubi kayu juga sering menjadi salah satu menu kegemaran bagi warga emas kerana teksturnya yang lembut dan kenyal.
Kalau sebut tentang ubi kayu pastinya terlintas menu ubi kayu rebus yang dicicah dengan sambal. Tapi kali ini, resipi yang dikongsikan oleh ChefDave VeganJourney ini sangat memberikan kelainan terhadap menu ubi kayu.
Bagi penggemar ubi kayu yang dah bosan atau jemu dengan resipi yang sama, bolehlah cuba dua jenis menu variasi ini.
Tumis Ubi Kayu
Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu(kupas, cuci dan potong kecil)
Sedikit garam
Air secukupnya (rebus)
Bahan Tumis:
1 sudu kecil biji sawi
2 ulas bawang putih (dihiris)
2-3 cili kering (potong kecil)
2 batang daun kari
1 genggam ikan bilis vegan
2 sudu besar minyak
Garam secukupnya
Cara Penyediaan:
– Rebus terlebih dahulu ubi kayu dan letak sedikit garam. Biar sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Ads
– Tumbuk ubi kayu yang telah direbus tadi. Tumbuk jangan terlalu hancur. Ketepikan.
– Kemudian tumis kesemua bahan tumisan. Kacau sehingga naik bau. Lepastu masukkan 500gm ubi kayu yang direbus. Gaul sebati. (jangan habiskan kesemua ubi kayu rebus tu tadi. Tinggalkan untuk buat ubi ketuk nanti)
Ads
– Adjust rasa dan sedia untuk dihidang.
Getuk Ubi Kayu Cara Chef Dave:
Bahan-bahan:
Ads
500gm ubi kayu rebus(tumbuk) 4-5 biji kurma (buang biji dan cincang halus)
Segenggam kelapa parut
Gula secukupnya
Cara Penyediaan:
– 1 Sediakan bekas besar, masukkan ubi kayu rebus dan dah ditumbuk.
– Masukkan kurma yang telah dicincang, kelapa parut dan gula secukupnya.
– Gaul sebati dan buat bulat-bulat. Sedia untuk dihidang.
Menikmati ikan bakar yang dimasak dengan menggunakan arang, diakui mempunyai rasa yang tersendiri. Pun begitu tidak semua antara kita dapat menyediakan ikan bakar seperti itu. Apatah lagi jika rumah tiada laman. Tentu sukar untuk sediakan ikan bakar ini.
Pun begitu andai sekali sekala teringin untuk menyediakan menu ikan bakar untuk keluarga, apa kata buat je seperti Dr Kamarul Ariffin kongsikan ini.
Menurutnya, dengan teknik membakar di dalam kuali pun boleh dapatkan rasa dan aroma ikan bakar seperti dibakar di atas bara. Nak tahu bagaimana cara dan resipinya. Ini perkongsiannya.
Ikan Bakar Rica Manado
OK, kali ni saya cuma nak kongsi cara saya bakar ikan besar atas kuali leper, dan dapatkan hasil yang menarik rupanya, dan ada aroma macam ikan bakar atas bara. Semua orang boleh buat.
Ikan Bakar Rica Manado by Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.
Bahan-bahan: 3 orang makan
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah
2 ulas bawamh putih
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1.Ikan ni kita belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tu macam ni. Saya paling suka belah ikan siakap macam ni. Cantik dan cepat masak.
2. Bawang merah, bawamg putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus. Kenapa saya kisar lagi cili kisar ni bersama bahan lain? Sebab, kalau sikit sangat bahan nak dikisar, sukar nak dapat kisaran halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Daun limau purut, sekali! Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu(perencah) ni.
5. Lumurkan bumbu pada ikan mentah. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali. Ni saya lumur dalam ikan dulu.
6. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengam daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Saya guna kuali non-stick.
7. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula, dan masak sampai air tadi kering.
Inilah hasilnya jika kalian tenang dan sabar. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Saya hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam. Peh!
Close up! Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Tengok, isi masak sempurna. Malah, daun pisang dibawah tu tak hangus sangat pun. Oklah!
Menggoreng telur pun bukan asal masukkan telur dalam kuali semata-mata, ada skil dan tipsnya perlu tahu.
Lebih-lebih lagi kalau hendak masak telur mata kerbau. Salah gaya boleh jadi telur hancur pula.
Jadi jom tambah ilmu untuk sediakan telur mata kerbau yang sempurna.
“Hi assalam sis. Saya ni kerjanya sebagai tukang goreng telur sahaja. Sy specialist dalam goreng telur mata. Macam2 kerja ada didunia ni, jadi sy pilih kerjaya ni. Maklumlah kite spm je…
“Jadi sy nak kongsikan sikit tips2 nak buat telur mata kerbau.”-Wan Luqman
Tips Pertama, kena gua kuali kecik dan kedalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu xmerebak ikut saiz kuali .
Tips Kedua,minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali tau. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.
Tips Ketiga, guna lah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata kerbau buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.. Huhu. Bila telur mata kerbau, macam ni. Kuning2 tu samada cair atau separa cair. Baru berselera.
Nasi lemak antara hidangan wajib yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak hairanlah di mana-mana saja pasti ada orang menjualnya baik di tepi jalan mahupun di restoran.
Gambar sekadar hiasan
Untuk mendapatkan nasi lemak yang enak rahsianya terletak pada sambal yang sedap. Barulah nasi lemak kita terangkat.
Dengan kata lain, sambal kenalah power, bahan digunaan mesti secukup rasa barulah sempurna nasi lemaknya.
Selain itu, banyak petua untuk untuk membuatkan sambal nasi lemak ni menjadi sedap. Antaranya adalah dengan memasukkan segenggam ikan bilis ke dalam pengisar ketika mengisar bawang.
Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba sendiri tapi tak pandai nak buat sambal nasi lemak, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rose Niey ini.
Assalamualaikum Ros nak kongsi petua..bila org makan asyik teringat masakan kite. Balik kampung..ros masak nasi lemak untuk mak..ayah..& nenek. Diorang cakap sedap sangat².. letak ape dalam sambal nasi lemak. gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk?. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia?
Ramai yang tanya resepi..Ros edit balik ye.
Bahan-Bahan:
10 biji Bawang merah
3-4 biji Bawang putih
Segenggam Ikan bilis
15 tangkai cili kering (cili kisar)
Gula Melaka
Gula
Asam Gelugur
Ikan bilis
Garam
Cara masak :
1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji.. ikan bilis segenggam (blend kasar²)
2. Bila dah betul² garing..baru masukkan cili kering kisar 15 tangkai..kacau sekali sekala je.
3. Masukkan Nissan(gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat² nak kering kuah tu..masukkan ikan bilis..garam secubit. Perasa lain² nak letak pun boleh..tak nak letak pun takpe.
#TipsSambalTakTerpercikSatuDapur ***Api slow & kacau sekali sekala je. ***Satu lagi masa blend bawang..letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sgt..blend kasar² je)..tumis sampai betul² garing baru masukkan bahan² lain. Tu je..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.