Makan

Makanan Orang Kelantan Sarapan, Jom Cuba Buat Laksam Pekat Berlemak

Share

Laksam ialah sejenis makanan asal dari Kelantan yang macam laksa. Tapi dia bukan laksa tua. Bezanya kalau laksam bentuknya lebar dan leper, laksa pula bentuk dia macam mee biasa tu.

Biasanya laksam ni orang Kelantan hidang bila ada majlis contohnya open house ke, kenduri ke. Yang paling unik, mereka selalunya jual laksam untuk breakfast pagi.

Laksam kalau tak dibuat dengan betul memang jadi kurang sedap. Tapi, kalau kita pandai buat memang sampai bermangkuk lkan boleh tambah. Kadang-kadang sampau nak hirup kuah dia saja sebab sedap.

Jom kita cuba resepi laksam di bawah ini.

RESIPI LAKSAM PEKAT DAN CREAMY

 

BAHAN-BAHAN:
LAKSAM
1 paket/500gm tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air panas
3 cawan air masak biasa
4 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam halus
KUAH LEMAK:
6-8 ekor ikan selayang/sardin saiz sederhana
6 biji bawang merah*
1 inci halia*
1 sudu besar lada hitam*
(* di tumbuk/blend)
4 cawan santan sederhana pekat
2 cawan air atau secukupnya
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

ULAM DAN BAHAN SAMPINGAN:
cili kisar – (cili kering yang di rebus & blend dengan air masak & garam)
belacan (dilenyek dgn sedikit air)
timun dihiris kecil
kacang panjang dipotong kecik
kobis dihiris nipis
daun kesum dihiris halus
limau nipis/kasturi

CARA MEMASAK:

 

1. LAKSAM- Kacau semua bahan hingga sebati & tapiskan

 

 

2. Panaskan periuk pengukus hingga mendidih. Sapu penutup periuk dengan sedikit minyak & letak di dalam pengukus. Tuang 2-3 senduk adunan secara nipis & rata ke atas penutup periuk. Ketebalan jangan terlalu nipis atau tebal sangat. Tutup pengukus & masak selama 3-5 minit dan menggelembung. Boleh juga guna penutup tupperware/loyang.

 

 

3. Angkat & biar 1-2 minit. Cungkil sedikit tepi laksam dengan hujung sudu & gulungkan. Gunting/potong dgn pisau

 

4. KUAH LAKSAM- ikan selayang/sardin direbus dengan asam gelugur & sedikit garam. Kemudian, asingkan isi dengan tulang. Blend isi ikan dengan air rebusan tadi dan blend pula tulang ikan dgn air rebusan jugak kemudian tapiskan
5. Masak santan bersama asam gelugur. Masukkan bahan-bahan tumbuk/blend bersama ikan & air tulang yang di blend tadi. Teruskan kacau supaya kuah cantik & tidak bergentel. Naikkan rasa dengan garam. Kacau hingga kuah pekat
6. Siap untuk dihidang. Tuang kuah kemudian hias dengan bahan ulam dan bahan sampingan

MESTI BACA: Arwah Jiran Indonesia Kongsi Resepi Asli Bakso, Sedap Makan Ketika Musim Hujan

Bosan Makan Ramen Kosong? Jom Cuba Ramen Roll Pedas, Resepi Untuk Snek Petang

Kerabu Ayam Sedap Untuk Ratah, Wajib Cuba Resepi Ini

SUMBER: Cookpad Nor Al Fatihah

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my