Untuk mendapatkan berat badan yang diingini, kenalah berdiet. Tetapi jaga makan sahaja tak cukup, kena disusuli dengan bersenam juga supaya dalaman dan luaran sama-sama terjaga.
EAT CLEAN adalah perkara yg paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80 % kejayaaan Turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya Focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
Coach Yatie Nadzli turut berkongsi menu dan tips makan nasi secara Eat Clean.
APA ITU EAT CLEAN? . ✔️ makan whole food bukan proses food. maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee. . ✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa. . ✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja. . ✔️ Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan. . . MAKANAN YANG DI HARAMKAN SEMASA PROGRAM EAT CLEAN. . ?? semua makanan bergoreng ?? Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim ?? Semua jenis Air manis ?? Processed food Nugget, Hotdog ?? Fast food KFC MCD PIZZA ?? SEMUA jenis Sos dan Kicap ?? Kerepek, Kekacang yg bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
Ads
Ya sangat betul! selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita. minuman kita.
jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
Ads
Ads
p/s : SILAKAN SHARE diwall masing2 supaya tak hilang. saya akan update RESEPI kat menu pilihan. – Coach Yatie Nadzli- Online Weight Loss Coaching
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Buah pinggang ini tiada tanda awal untuk berlaku. Erti kata mudahnya ialah dipanggil pembunuh secara senyap.
Kerosakan buah pinggang ini akan berlaku secara perlahan-perlahan sehinggalah ke tahap yang lebih tinggi baru pesakit akan menyedari punca penyakit buah pinggang ini.
UJIAN BUAH PINGGANG
Sebagaimana perkongsian daripada Pakar Buah Pinggang, Rafidah Abdullah yang memberi amaran supaya menjaga kesihatan dan melakukan saringan buah pinggan.
Muda-muda yang rosak buah pinggang 2 hingga 3 semenjak ini. Membanjiri hospital dan jadi tak menang tangan. Umur 20-an, 30-an, 40-an.
Saya menyeru sangat-sangat dan merayu agar kesemua masyarakat Malaysia pergi menjalani ujian saringan buah pinggang. Mengikut data: 15.5% masyarakat ada penyakit kronik buah pinggang.
Mungkinkah ini anda?
Ujian saringan termasuk ujian air kencing, periksa paras gula dan tekanan darah.
Cepat semua. Kalau dapat tahu awal, kami cari punca dan ada rawatan. Kalau dah terlambat, sukar nak buat apa-apa.
Ayuh ke klinik terdekat. Ujian saringan di klinik swasta saya difahamkan tidak berapa mahal.
INFO TAMBAHAN
PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG
1. Kencing manis
Perlu kawalan yang ketat, ujian pemeriksaan yang sering dipantau oleh doktor adalah penting jika tidak dikawal buah pinggang itu akan perlahan-lahan rosak tanpa kita sedar.
Tidak ada perkara yang menjadi kegemaran ramai seperti “pengambilan gula,” dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Kencing manis telah menyumbang lebih daripada 60 peratus kes baru pesakit yang melakukan rawatan dialisis di Malaysia.
Penyakit buah pinggang tidak akan terjadi kepada pesakit diabetes jika tekanan darah yang baik dan kawalan gula darah dalam keadaan yang baik dapat membantu mencegahnya. Kawalan ketat terhadap pengambilan makanan seharian kita boleh memberi manfaat besar dalam mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Ia juga boleh membantu melindungi saluran darah, anggota badan, mata dan keseluruhan tubuh badan anda untuk berfungsi dengan baik.
2. Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)
Tekanan darah tinggi juga merupakan antara punca yang utama kepada penyakit buah pinggang ini. Keadaan ini akan mengakibatkan tekanan tambahan pada saluran darah dalam tubuh badan anda, termasuk penapis buah pinggang yang terlalu kecil dan rapuh tidak berfungsi secara optimum. Hipertensi adalah punca kegagalan buah pinggang yang berlaku.
Tekanan darah yang normal adalah bacaan yang kurang daripada 130/85 – ini adalah sasaran untuk orang awam.
Jika anda mempunyai diabetes atau protein dalam air kencing anda, bacaannya ialah 125/75.
Kawalan berat badan, senaman, dan ubat-ubatan mampu mengawal peningkatan tekanan darah. Mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang normal dapat membantu mencegah atau memperlahankan kerosakan buah pinggang. Amat penting kepada semua untuk mengambil saringan awal supaya penyakit ini dapat dicegah sebelum lebih parah.
Ambil pil tekanan darah kerana ia akan memandu supaya buah pinggang berfungsi dengan baik dan mengurangkan risiko kepada tekanan darah tinggi. Sekiranya anda tidak mampu membeli pil atau ubat tekanan darah anda kerana terlalu mahal atau bagi mereka yang mempunyai kesan sampingan selepas mengambil ubat tersebut, Maklumkan kepada doktor anda.
Doktor akan memberi nasihat dan panduan kepada anda, sama ada dengan menyarankan kepada anda untuk beralih kepada ubat yang kurang mahal atau mencadangkan pilihan lain untuk anda. Pemeriksaan yang teratur adalah perlu supaya tiada perkara luar jangkaan kita terjadi dan jadi punca penyakit buang pinggang.
3. Mempunyai halangan atau penyumbatan pada ginjal
Kerosakan buah pinggang akan berlaku jika anda mempunyai bekas-bekas luka dari jangkitan yang wujud dalam buah pinggang.
Boleh juga berlaku apabila anda mempunyai gumpalan darah atau permukaan kolesterol yang telah menghalang saluran darah daripada berfungsi dengan baik dalam ginjal anda. Berkemungkinan batu karang yang dialami oleh pesakit telah menghalang aliran air kencing daripada buah pinggang.
Sesetengah halangan ini boleh diperbaiki untuk memastikan fungsi dalam buah pinggang adalah baik dan tidak tersekat. Batu karang ini boleh dirawat, jika anda menyedarinya lebih awal jika ada sesuatu yang yang menghalang ataupun penyumbatan pada ginjal berlaku, rujuk kepada doktor anda berkenaan langakah-lengakah untuk merawatnya.
4. Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dan alahan terhadap ubat antibiotik
Penggunaan secara maksima ubat-ubat tahan sakit yang bukan steroid iaitu anti-radang (NSAID) dikait rapat dengan berlakunya keradangan buah pinggang yang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Pesakit harus lebih berjaga-jaga dengan memastikan kandungan setiap ubat yang diambil mendapat kelulusan daripada pakar dan doktor.
Satu pil mampu memberi kesan yang berbahaya kepada pesakit yang berisiko kepada kegagalan buah pinggang.
Reaksi alahan akan memberi kesan sampingan kepada pesakit. Sangat dikhuatiri kepada mereka yang berisiko menghidapi masalah penyakit ini. Antibiotik seperti penisilin dan vancomycin boleh menyebabkan kerosakan nefritis dan penyakit buah pinggang.
Jika anda mengambil ubat-ubatan seperti ini setiap hari, pastikan bahawa doktor anda mengetahuinya. Ini sangat penting jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang yang diketahui. Apabila anda mengambil jenis ubat yang baru sekalipun, Lapor dan maklumkan segala gejala serta kesan yang baru hadir kepada doktor anda. Hanya kerana anda boleh membeli sesuatu di kedai ubat tanpa arahan pakar atau doktor, ini tidak bermakna ianya tidak berbahaya.
5. Keradangan
Penyakit tertentu, seperti glomerulonephritis (penapis buah pinggang yang meradang), boleh merosakkan buah pinggang. Kadangkala kerosakan itu sempurna lengkap untuk menyebabkan kegagalan buah pinggang. Sesetengah glomerulonefritis berlaku dalam keturunan keluarga. Sesetengahnya mungkin daripada tindak balas imun terhadap jangkitan seperti sakit tekak yang boleh membawa kepada demam.
Jadi, kenal pasti sejarah keluarga anda. Mempunyai keturunan yang terlibat dengan kesakitan tekak kepada sakit tekak yang lebih parah, dan merawat jangkitan pada tekak untuk mengurangkan risiko ini.
6. Trauma atau Kemalangan
Kemalangan, kecederaan, sebahagian pembedahan, dan pancaran sinar-X dapat mengurangkan aliran darah ke buah pinggang. Ini boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba). Sesetengah kegagalan buah pinggang akut akan menjadi lebih baik, tetapi risiko punca penyakit buah pinggang yang kronik lebih tinggi jika buah pinggang anda gagal tanpa sebab.
Situasi pandemik Covid-19 membataskan ibu bapa membawa anak-anak keluar bercuti atau berjalan-jalan seperti dahulu.
Namun, itu tidak bermakna anak-anak hanya terkurung sahaja di dalam rumah. Sebagai ibu bapa kena kreatif bagi memastikan anak-anak sentiasa gembira dan tidak tertekan kerana tidak boleh keluar bebas seperti sebelum ini.
Cara yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan Tya Ariffin ini cukup menarik dan kreatif. Apa tidaknya, dia dan suami telah menyiapkan khemah yang menjadi impian anak sulung mereka yang mahu tidur di dalam khemah.
Dalam perkongsian tersebut, Tya memuat naik gambar khemah yang siap digunakan oleh anak-anaknya yang terhias cantik dan selesa untuk digunakan anak-anak. Khemah tersebut dibina di halaman rumah mereka.
Memang menarik, bukan sahaja anak-anak suka bahkan orang dewasa pun teruja untuk mencuba. hebat betul idea isteri kesayangan Asyraf Khalid ini untuk mengambil hati sekali gus memenuhi impian anak sulung mereka, Arif.
Jom kita cuci mata, mana tahu nanti ibu-ibu dapat idea untuk buat sendiri di rumah bagi anak-anak.
Malam ini kita tidur di kemah ya ⛺️ sahut cabaran Arif untuk tidur, seru juga sebenarnya..
Jadi rencana malam ini, nonton kartun- bakar mashmallow- pizza dan makan popcorn 🍿 🥩😍
Kreativiti Tya dalam menyiapkan khemah mendapat pujian ramai. Rata-rata mengatakan inilah antara cara ibu bapa untuk mengambil hati anak-anak yang kebosanan di rumah.
hanisnbilah Ni bukan khemahhhh😂😂😂😂😂😂😂 ni hotel ni!!! 😍😍😍😍
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup. Kalau dulu hidup bermewah-mewah, namun kini terpaksa melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi.
Kalau dulu, segalanya di depan mata, namun kini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya.
Kalau dulu hidup penuh glamor, anak seni yang mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia ini terpaksa berniaga demi kelangsungan hidup. Bermula 29 Jun yang lalu, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin memberanikan diri memasak dan menjual nasi minyak dan nasi ayam berkenaan bagi menambah pendapatan keluarga.
ibu tunggal kepada enam cahaya mata dalam pada itu tidak menyangka percaturannya untuk berniaga makanan tersebut menampakkan hasil. Amelina mula aktif mengiklankan cabang rezeki baharunya menerusi Instagram, nasi minyak versinya terdiri daripada lauk ayam masak merah, salad dan pecal timun.
“Dulu setakat masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza.
“Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut. Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha.
“Malah mujur peminat saya membantu. Merekalah beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order’. Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.
“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” katanya.
Akui Amelina lagi, tidak pernah terlintas dalam fikirannya suatu hari dia akan berniaga makanan hasil air tangan sendiri.
“Satu perkara yang saya tak pernah fikir adalah nak berniaga daripada ‘air tangan’ sendiri. Dahulu memang tiada keyakinan sebab selalu pegang mikrofon sahaja takut kalau pegang sudip tak sedap. Tapi, Alhamdulillah kata pelanggan yang rasa sedap nasi minyak, sesedap suara saya,” ujarnya lagi.
Paling mengharukannya apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi tetap berkeras nak membeli dan menyokong.
“Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.
“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan,” katanya.
Amelina berkata, buat masa ini dia hanya menetapkan Selasa untuk tempahan nasi ayam, manakala Khamis dan Jumaat pula nasi minyak.
“Setakat ini jadilah buka tempahan dua hari dalam seminggu. Itupun, rezeki saya sampat tak menang tangan.
“Saya pun berserah dalam hal berniaga. Allah sudah tetapkan rezeki masing masing.
“Apa yang lebih utama biarpun pek pembungkusan kedua jenis nasi ini biasa, apa yang lebih utama adalah rasa. Biar berbaloi beli.
“Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini. Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.
Menamakan jenis menu makanannya daripada judul lagu dangdut pernah dipopularkannya, Amelina mendedahkan yang dia memasak pada mulanya atas dasar mencuba nasib.
“Macam resipi nasi minyak pun saya belajar daripada mak. Setiap tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh.
“Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi. Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.
“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.
Amelina kini berjauhan dengan empat anaknya yang bersekolah dan tinggal bersama ibunya di Nilai, Negeri Sembilan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan. Hanya dua anak tinggal bersamanya saat ini.