Bagi keluarga yang suka makan ulam tentu setiap kali makan nasi pasti dihidangkan menu nan satu ini sebagai pelengkap juadah.
Selain dimakan untuk memenuhi selera, tidak dinafikan juga dengan makan ulam-ulaman ini banyak khasiat dan kebaikannya.
Antara yang sering kita dengar, orang kata kalau rajin amal makan ulam pegaga atau dijadikan jus minuman boleh awet muda. Malah macam-macam lagilah kebaikan ulam ini dan bukannya pegaga sahaja untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Namun betul ke begitu?
Mengukuhkan lagi info berkenaan ulam-ulaman ini secara berfakta dan kajian, ayuh kita baca perkongsian dari saintis Dr Suri Roowi ini.
ULAM BERKHASIAT, SEJAUH MANA IA MEMBERI KESAN?
Masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi berserta lauk pauk ketika menikmati hidangan makan tengahari dan makan malam. Soalnya sekarang adalah sejauh manakah ianya bena-benar memberi kesan.
Ulam-ulaman seperti salad, pegaga, ulam raja, selom, tomato ceri, petai, jering dan sebagainya adalah antara ulam yang biasa di ambil bersama lauk pauk lain.
Gambar hiasan
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene. Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai. Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato. Justeru, jika kita asingkan kulit dan biji tomato semasa memasak atau menggambilnya sebagai ulam, ini akan menyebabkan kehilangan banyak khasiat utama.
Ads
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan jika kita memakan tomato pada kuantiti tinggi. Kuantiti bahan berkhasiat dalam sesuatu jenis sumber berkhasiat juga berbeza mengikut jenisnya.
Contohnya kajian yang dilakukan oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Salad juga merupakan antara ulam kegemaran ketika menikmati makan tengahari. Kajian oleh pensyarah UPM ke atas pelbagai jenis salad, salad berwarna merah lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding salad biasa.
Walaubagaimanapun, sayuran hijau seperti salad, bayam, brokoli dan ‘brussel sprout’ tinggi vitamin K. Justeru, penggambilan jenis sayuran ini sebagai ulam akan mengurangkan keberkesanan ubat cair darah di kalangan pesakit jantung.
Ulaman tempatan juga tidak kurang hebatnya. Kajian oleh saintis tempatan mendapati daun kari, ulam raja dan selom sebagai sumber antioksidan yang kuat.
Ads
Terdapat pelbagai jenis ulam yang bertindak sebagai antibakteria dan antikanser semulajadi. Antaranya adalah sumber tinggi sulfur seperti bawang merah, petai dan jering.
Jering tidak boleh dimakan pada kuantiti tinggi dan sebaiknya perlu direbus atau dibiarkan bercambah terlebih dahulu. Ini kerana jering tinggi kandungan asid djenkolic dan akan memudaratkan buah pinggang jika diambil pada kuantiti tinggi.
Teknik pengambilan ulam yang betul sangat mempengaruhi penyerapan bahan berkhasiat dalam tubuh.
Contohnya, kajian mendapati memakan buah tomato secara terus (dalam keadaan mentah) kurang memberi kesan berbanding memakan tomato yang dimasak bersama minyak. Ini kerana likopene adalah sejenis bahan berkhasiat larut lemak, jadi penggunaan minyak ketika memasak tomato boleh meningkatkan penyerapan dalam darah.
Pengambilan lobak merah pula seeloknya diambil bersama susu segar (contohnya ‘carrot’ susu) berbanding lobak mentah sebagai ulam.
Ads
Biasanya masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi dan lauk pauk lain. Sebenarnya teknik ini kurang tepat.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 mendapati makan sayur-sayuran sebelum memakan nasi lebih berkesan kurangkan kadar gula darah di kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Dapatan kajian ini menunjukkan “Meminum jus pegaga sebenarnya lebih bagus berbanding berbanding memakannya bersama nasi”.
Gambar hiasan
Terdapat juga kajian menunjukkan memotong ulam boleh meningkatkan bahan berkhasiat. Kajian yang dilakukan oleh Department of Vegetable Crops, University of California dan diterbitkan dalam Jurnal Agric. Food Chem. mendapati bahan berkhasiat antioksidan meningkat sehingga 140% jika ulam dipotong-potong terlebih dahulu sebelum dimakan berbanding ulam tanpa dipotong.
Buat pengidap penyakit kencing manis tentunya sudah sedia ada bekalan ubat yang diberikan oleh doktor untuk dimakan secara rutin dalam tempoh waktu tertentu sebelum temujanji berikutnya diadakan. Ini bertujuan bagi memantau tahap gula dalam darah berada di dalam keadaan yang stabil.
Apa yang pasti, apabila ditanya pada pengidap kecing manis itu sendiri selain mereka konsisten dengan makan ubat doktor, pasti ada sahaja amalan petua yang diamalkan. Tujuannya satu, untuk merawat penyakit yang dialami.
Untuk itu, bagi yang tercari-cari petua merawat kencing manis yang umumnya sering diamalkan, jom kita semak beberapa perkongsian dari laman sosial untuk manfaat bersama.
AMAL PERIA + EPAL + KENTANG
“Ni yang saya buat untuk mak saya. . Sebelum ni belas2 bacaan kencing manisnya. Penah sampai tak ada bacaan. Sekarang alhamdulillah. Bawah2 sepuluh dah. Kadang lepas jgk atas sepuluh. Bergantung cara pemakanan. Makan kena jaga taw. Makan la ubat mcm mana sekalipon. Kalau tak jaga makan. Allahu.. Mak saya makan saraf dah. Skrg mula nak stabil.”–Nur Hidayah
#buat 3 hari sekali . . Saya buat waktu lepas makan petang. .
Yang kat bawah ni..saya buat untuk 2 org. . Ayah nak tumpang sekaki. .
sumber : Nur Hidayah via MAHN
MINUM RENDAMAN BENDI
Manakala di FB Nor Zuraida Mat Nayan pula berkongsi petua untuk turunkan bacaan gula dalam darah dengan bendi.
“RAMAI YG COMMENT TAK PERCAYA.. MEH AKAK TUNJUK HASILNYA. SEBAB DAH LAMA PUN AGAK BUAT PETUA NI DARI TURUN TEMURUN”-Zuraida
Cara penyediaan:
Rendam bendi 2-3 biji dalam air suam.
Belah terlebih dahulu hujung bendi tadi. Rendam semalaman, minum esok paginya, in shaa Allah boleh kurangkan gula dalam darah terutama bagi pesakit kencing manis.
BEGITU JUGA DENGAN PERKONGSIAN DARIPADA DARA ANGGUN NI.
“Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah.
Bila aku tanya apa rahsia dia…
“Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn.Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2”-Dara Anggun
Caranya mudah dan murah sj :
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar
4. Minum secukup rasa
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari…x membazir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya baru-baru ini.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
Bila pasangan kita naik suara, birang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
Anda pernah dengar tak atau menikmati hidangan bernama telur goreng kelapa parut? Hidangan ini adalah pertama kali buat penulis, namun konsepnya lebih kurang sama dengan hidangan lempeng kelapa yang biasa penulis makan.
Tidak mustahil sekiranya anda pun tidak pernah tahu kerana tidak terkira banyaknya makanan yang wujud di dunia ini. Justeru itu, jika anda ingin mencubanya apa kata ikut resepi mudah di bawah yang dikongsikan oleh Puan Wan Shaz Hanis berdasarkan resepi emak mertuanya.
Balik rumah emak mertua, pertama kali makan telur goreng kelapa parut. Lepas itu ada bawang merah, ada bawang putih, ikan bilis.
Pelik sangat sebab memang tak pernah makan kelapa dicampur telur.
Selalu yang saya makan lepat pisang campur kelapa parut, lempeng kelapa. Tapi kali ni menu mak mertua.
RESEPI TELUR GORENG KELAPA PARUT!
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah.
Bawang putih.
Ikan bilis.
Lada (kalau nak pedas). *tumbuk bahan-bahan di atas tapi jangan terlalu lumat atau hancur.
Telur
Kelapa parut muda.
Garam & ajinomoto
Serbuk kunyit
CARA-CARANYA:
1. Ditumbuk kesemuanya jangan terlalu lumat atau hancur sebabnya nak bagi rasa rasa bawang, ikan, bilis dan lada.
2. Apabila kesemuanya sudah ditumbuk, pecahkan telur dan godak-godak telur.
3. Masukkan kesemua yang telah ditumbuk dan masukkan garam, ajinomoto dan kunyit sikit.
4. Selepas itu gaul kesemuanya termasuk kelapa parut muda sehingga rata.
5. Panaskan minyak masukkan ke kuali, masak dengan api yang sangat perlahan.
Masak sehingga rata sehingga keluar bau kelapa. Sangat-sangat SEDAPPP!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.