Waktu makan tengahari, makan macam-macam tapi masih terasa hendak makan makanan dan minum minuman manis. Pendek kata tekak terasa hendak makan kek, biskut, kopi dan segala makanan dan minuman yang manis-manis. Padahal kita sudah makan banyak nasi tapi masih ‘mengidam’ makanan yang manis-manis.
Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini sudah tentu amat menganggu mereka yang sedang berdiet. Mana mungkin target untuk menurunkan berat badan akan tercapai jika begini jadinya.
Berikut perkongsian coach Arif Sukri:
Pernah tak rasa. Makan semua sudah kenyang, tapi masih rasa craving nak makan benda-benda manis. Ini penyebabnyanya:
1. Keletihan. Badan yang terlalu letih juga antara penyebab mudah teringin nak makan benda-benda manis. Terutama pada mereka yang ada masalah kurang tidur.
Baiki kualiti tidur seharian. Tenangkan diri dengan kerehatan. Craving akan hilang perlahan-lahan.
2. Gula terlalu rendah. Gula yang rendah dalam badan akibat diet ketat juga penyebab craving ni. Pastikan diet tidak potong sumber gula sekaligus dalam badan.
3. Diet ekstrim. Selain gula yang rendah, gaya diet yang ekstrim juga penyebab craving manis. Tahan lapar dan jadual makan yang tidak menentu. Elakkan diet ekstrim. Buat penjadualan makan 5-6 kali sehari. Ia akan membantu.
4. Kurang air dalam badan. Rasa craving juga boleh disebablan kurangnya minum air. Dapatkan air yang cukup mengikut keperluan. Ia membantu kalian tangani craving ini.
Begitulah sikit sebanyak penyebab craving makanan dan minuman manis. Sesekali meraikan diri tidaklah jadi kesalahan. Namun berkali-kali kita tewas ia boleh jadi punca kenaikan berat badan.
Biasanya craving benda-benda manis ini kalian jenis yang cari makanan atau minuman? Asal sederhana. Ok sahaja ya.
Sumber kredit: Arif Sukri
Kredit foto: Freepik