kandal atau orang ketiga wujud apabila hubungan pasangan mula rengang walaupun sering berjumpa di rumah. Jarang komunikasi dan apabila berjumpa sering tegang dek kerana kepenatan.
Tapi apabila di pejabat, lain pula ceritanya. Tatkala cacat cela dan kelemahan pasangan mula kelihatan, mulalah orang lain di sekeliling nampak lebih sempurna dan menawan.
Situasi seperti ini menjadi salah satu punca mengapa ‘permainan kayu tiga’ sering bermula di pejabat. Mana tidaknya, sebahagian besar masa dalam sehari dihabiskan di bersama rakan sekerja.
Menyiapkan tugasan bersama rakan sekerja, terutamanya berlainan jantina dari pagi hari hingga malam membuatkan hubungan menjadi akrab dan akhirnya si isteri diduakan.
Dalam mengekang nafsu dan menjaga keharmonian rumah tangga, berikut beberapa langkah yang boleh diamalkan kaum Adam.
1) Elak gurauan yang mempunyai maksud tersirat
Hentikan gurauan ‘double meaning‘. Gurauan berunsur lucah boleh menggoda antara satu sama lain dan membawa diri kepada lembah kemaksiatan.
Selain itu, ia juga boleh menjadi kes gangguan seksual.
2) Jangan makan tengah hari berdua
Jika mahu makan tengah hari dengan rakan sepejabat berlainan jantina, pastikan dalam kumpulan.
Jangan sesekali berdua-duaan, kerana kelak orang ketiganya adalah syaitan.
Sememangnya lumrah wanita mahukan perhatian dan jika anda melayan kehendak ini, pastinya mereka akan mula menaruh perasaan serta harapan.
Hanya fokuskan perbualan untuk hal-hal kerja sahaja kerana jika ada rasa cinta yang mula bertaut di kemudian hari, situasi akan menjadi rumit.
4) Bersikap profesional
Jangan hanya kerana seorang wanita itu peramah anda mula berfikiran bahawa ada hubungan romantik yang boleh dibentuk.
Buang jauh-jauh perasaan sebegitu. Anda berada di pejabat hanya untuk bekerja, bukannya untuk perkara selain itu.
5) Jadikan isteri sebagai peneman outstation
Jika anda mahu keluar negeri atau luar negara atas urusan kerja, jangan sesekali memilih rakan sepejabat berlainan jantina sebagai peneman.
Ads
Pilihlah isteri anda yang merupakan rakan sehidup semati.
6) Pekakkan telinga
Fitrah wanita gemar mencari tempat meluah perasaan, jika anda terlampau baik hati menadah telinga untuk mendengar, buruk padahnya.
Wanita tersebut akan mula kerap mencari anda untuk bercerita dan maka tertanamlah bibit-bibit cinta dan dalam masa sama menjadi punca rumah tangga goyah.
7) Berterus-terang anda sudah berumah tangga
Jangan sesekali masuk ke pejabat dengan gaya yang kononnya anda masih bujang. JIka berlagak ‘single’, anda hanya mengundang kecurangan.
Jika ada yang mula menyimpan perasaan terhadap anda, cakap secara terbuka yang anda sudah mempunyai isteri di rumah.
Pintu yang diketuk tidak akan dibuka melainkan orang dari dalam yang membukanya.
Ads
8) Bangga dengan isteri anda
Sentiasa sebutkan tentang isteri anda ketika berada di pejabat seperti betapa sedap masakannya, kecekapannya menjaga anak dan segala kelebihannya yang lain.
Cara ini dapat menghindarkan diri anda daripada sebarang godaan wanita miang, mereka tahu anda sudah berpunya dan rumah tangga anda sedang bahagia.
Rumah tangga yang berantakan adalah kunci utama kepada kehadiran orang ketiga.
9) Kurangkan masa di pejabat
Jangan lepak di pejabat terlalu lama. Jika sudah selesai kerja, langsung pulang ke pangkuan isteri dan anak kerana mereka lebih memerlukan perhatian anda.
Setiap saat yang dihabiskan di pejabat tanpa tujuan sebenar membuka jalan yang lebih luas kepada kecurangan.
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lan Pet Pet hijrah ke Madinah tahun depan, ‘mengidam’ dikebumikan di perkuburan Baqi. Anggota Senario, Lan Pet Pet, 55, bersama keluarganya bakal berhijrah ke Madinah, tahun hadapan kerana berhasrat mahu dikebumikan di Perkuburan Baqi.
Lan Pet Pet Hijrah Ke Madinah Tahun Depan,
Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata, dia sepatutnya berpindah ke Madinah, tahun ini tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya bagi memenuhi permintaan balu Allahyarham Hamdan supaya terus bersama Senario.
“Ikutkan saya ke Madinah tahun ini, tetapi isteri arwah Hamdan, Norhamalini Ahmed minta saya terus bersama Senario bagi menjaga ukhuwah dan silaturahim kami.
“Jadi, saya tangguhkan perancangan ini, insya-Allah saya dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah bersama keluarga minggu depan dan kami akan ‘riki’ apa yang patut di sana.
‘Mengidam’ Dikebumikan Di Perkuburan Baqi
“Cita-cita sejak kecil memang nak tinggal berhampiran dengan Rasulullah. Saya tanya isteri adakah bersedia dikebumikan di Madinah jika umur tak panjang?
“Bila isteri kata setuju, saya tak mahu tangguhkan lagi. Insya-Allah, ada rezeki saya akan bawa isteri dan anak-anak berhijrah ke sana. Bagaimanapun, kami akan kerap berulang-alik,” katanya.
Menurut Lan lagi, dia akan menguruskan hotel dan restoran milik Al Maliki Group, malah visa sudah pun diuruskan syarikat.
Bagaimanapun, kata Lan, kerjayanya di Malaysia tetap berjalan seperti biasa dan akan berulang-alik Madinah dan Kuala Lumpur.
“Insya-Allah, kerjaya bersama Senario akan tetap berjalan seperti biasa, kalau ada undangan saya akan balik ke sini.
“Saya sudah penat buat ulasan makanan dan restoran kerana terpaksa berlari ke sana-sini.
“Di usia sekarang apa lagi yang ingin saya kejar? Saya hanya ingin dekatkan diri dengan Allah dan Rasul. Saya bersyukur dipertemukan dengan orang betul,” katanya.
Lan ditemu bual pada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kejayaan Senario meraih trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.
Sebesar apa pun kesalahan anak-anak,jangan marah mereka dan memberi hukuman yang tidar wajar dilakukan kepada mereka yang masih lagi kecil.
Ilmu penjagaan anak-anak perlu dipelajari oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak membesarkan dengan keadaan mental dan fizikal yang sihat. Dalam proses mereka membesar, terdapat pelbagai kerenah atau perangai baharu yang akan dilakukan oleh anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara untuk menegur anak-anak dengan betul agar tidak memberikan kesan yang mendalam pada mereka di kemudian hari.
Apa yang paling ditakuti bila mak ayah jadi tertekan dan naik angin bila menguruskan ramai anak kecil di rumah. Mudah sangat jadi hilang kawalan dan mula menghukum anak dengan cara yang sebenarnya sangat bahaya pada mereka.
Pukul Kepala Dan Muka Anak
Banyak organ yang penting ada pada kepala anak. Kepala anak yang dipukul boleh tercedera sehingga berlaku gegaran (cerebral concussion) dan pendarahan dalam otak. Tempurung kepala boleh retak.
Mata boleh cedera sehingga cacat penglihatan anak. Telinga boleh cedera hingga boleh pecah gegendang telinga.
Bila terlalu marah, ada anak yang dicampak umpama patung permainan. Kesannya, dahi jadi luka, tangan patah, bibir pecah, badan jadi sakit sebab lebam.
Baling Barang Pada Anak
Objek yang keras boleh mencederakan anak. Buku atau permainan yang dibaling boleh buatkan anggota badan anak luka berdarah.
Menghukum anak mestilah dengan niat untuk mendisiplinkan anak dan bukannya untuk mencurah segala rasa marah pada anak.
Pukul Sampai Luka Dan Lebam
Lebam dan luka pada badan anak yang kecil dikira keterlaluan. Tak patut untuk seorang budak menanggung sakit disebabkan lebam berhari-hari lamanya.
Jangan terkejut kalau anak menyimpan dendam sehingga mereka sudah dewasa.
Menggoncang Anak
Inilah yang paling ditakutkan. Bayi atau anak kecil yang digoncang terlalu kuat. Akibatnya sangat teruk. Anak boleh ada pendarahan yang banyak dalam otak sehingga seluruh otak bengkak, ada pendarahan dalam mata dan patah tulang rusuk serta tulang belakang. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Shaken Baby Syndrome’.
Menurut buku bertajuk “Shaken Baby Syndrome: A Multidisciplinary Approach”, dilaporkan 15-30% bayi yang mengalami keadaan ini meninggal dunia dan hanya 10% sembuh tanpa sebarang kecacatan otak.
Minta tolong sangat kawan-kawan sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain. Tersilap sekali, menyesalnya seumur hidup. Jika terlalu stres, dapatkan bantuan ahli keluarga yang lain dan jauhkan sekejap diri dari anak-anak.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.