Makan Taugeh Boleh Awet Muda. Nak Yang Lagi Fresh, Boleh Tanam Sendiri!

Share

Tidak dinafikan ada sebahagian antara kita, memang ‘pantang’ ternampak ada sayuran di dicampur dalam masakan, mesti akan diasingkan. Alangkah ruginya tindakan tersebut, lebih-lebih lagi kalau sayur yang dibuang itu adalah taugeh!

Ini kerana tahukah anda, taugeh sebenarnya mengandungi banyak kebaikkan, antaranya adalah :-

  • Baik Untuk Wanita-Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
  • Lebih Subur –Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
  • Awet Muda – Ya, antara salah satu faktor untuk awet muda adalah dengan makan taugeh kerana ia kaya dengan antioksida. Sesiapa yang ingin nampak muda bolehlah amalkan makan taugeh selepas ini.

Oleh itu, kami kongsikan kepada anda cara-cara untuk tanam taugeh sendiri di rumah dengan cara yang cukup ringkas.

STEP TANAM TAUGEH

  1. Kacang hijau yang telah direndam semalaman. Cuci dan toskan.

 

2. Sediakan tuala dan bekas yg berlubang. Apa-apa saja bekas yang berlubang.

 

3. Tabur kacang atas tuala.

 

4. Tutup kacang dengan lebihan tuala tadi.

 

5. Siram kacang merata. Siram 4 jam sekali. Siram hari-hari dan setiap kali siram buangkan air di takungan bawah.

 

6. Last sekali tutup dan simpan di tempat gelap yang tak ada cahaya.

 

7. 3-4 hari kemudian baru buka bungkusan. Peringatan! Jangan buka bungkusan sebelum 3-4hari! Bukan apa takut terbantut pertumbuhanya.

Selamat mencuba.

Sumber : Atin Fatin Via Kebun  Bandar : Jom Tanam Sendiri