Makan Sayur Dulu Sebelum Makan Nasi! Ikut Teknik Ni Kalau Ada Diabetis!

Share

Andai ada ahli keluarga yang kini disahkan mengidap diabetis, pemantauan perlu dilakukan untuk kawal kandungan gula dalam darah berada di dalam tahap stabil.

Selain mengambil ubat yang disarankan oleh doktor, bab pemakanan juga perlu diberi keutamaan.

Ini disarankan sendiri oleh saintis ini bila mana menyentuh juga cara pemakanan untuk pesakit diabetis ini.

Nak tahu apakah itu, jom semak perkongsian ini.


PESAKIT DIABETIS PERLU MAKAN SAYUR DULU SEBELUM NASI

Diabetis berlaku bila pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara effisien.

Faktanya

Kajian pada tahun 2014 menunjukkan hampir 422 juta penduduk dunia atau 1 dalam 11 orang menghidap diabetis.

Sayur sayuran kaya sumber khasiat bersifat antidiabetis.

Hasil kajian 

Kajian oleh saintis Portugal dan Jepun pada 2017 menunjukkan MAKAN SAYUR DULU

sebelum makan karbohidrat contohnya nasi boleh TURUNKAN GULA dalam darah di kalangan pesakit diabetis type 2 dan orang sihat

Ianya LEBIH BAIK berbanding makan nasi bersama sayur

Justeru ubah teknik pemakanan anda sekarang MAKAN SAYUR DULU SEBELUM NASI

Rujukan: Journal of Nutrition Therapeutics. 2017 6:1-10

Sumber : Dr Suri Roowi