“Makan Petai Ke Kacang Tu?” Netizen Terpegun Melihat Kanak-Kanak ‘Selamba’ Ratah Petai

Share

Siapa kat sini minat petai? Yang favourite tau la kan rasanya macam mana, lagi-lagi kalau makan cicah sambal belacan atau buat masak sambal tumis, memang terangkat!

Dalam suka makan tu, satu je la benda yang kena tahan kalau makan ulam ini, apa lagi kalau bukan baunya selepas makan. Memang semerbaklah tandas kalau tidak dicuci sebersihnya!

Baru baru ini tular seorang kanak-kanak makan petai dengan sungguh berselera dengan hanya meratah begitu sahaja! Menerusi perkongsian di aplikasi Tiktok itu, ibunya mengakui anak perempuannya itu memang sangat menyukai petai.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu sempat bangun dan mengambil lagi petai untuk dimakannya. Setelah itu, dia makan seolah sedang makan kacang, begitu bersahaja!

Pelik dengan tingkah laku anaknya itu, ibunya sempat menulis di dalam video dan di ruangan kapsyen ”risau tak ada orang nak buat menantu. Mungkin rasa cikedis kot”.

Video yang berdurasi 1 minit 4 saat itu mencuri perhatian warganet dengan rata-rata terpegun melihat cara kanak-kanak tersebut menikmati petai. Bukan itu sahaja, ada juga yang turut komen anak mereka mempunyai minat yang sama makan petai! Wah hebat lah adik-adik.

Fakta tentang petai, sebenarnya petai ni banyak khasiatnya! Antaranya:

1. Meningkatkan fungi kognitif otak

Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik.

Dengan itu, ia dapat meningkatkan kadar oksigen ke otak, yang memberangsangkan kegiatan saraf dan meningkatkan kognitif. Justeru, ia memperkukuhkan lagi daya ingatan seseorang.

2. Mencegah anemia

Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darah. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitam apabila mengalami anemia.

Petai mempunyai zat besi yang tinggi yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam darah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.

Abaikan soal bau! Petai mampu mencegah masalah kemurungan.

3. Jaga kesihatan jantung

Petai mengandungi zat kalium yang tinggi mampu mengurangi tekanan darah serta ia baik untuk kesihatan jantung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.

4. Menjaga sistem penghadaman

Jika mengalami masalah penghadaman, boleh cuba memakan petai. Petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit.

5. Mencegah kemurungan

Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan korang!

@juztmejay Mungkin rasa cikedis kot #fyp
#petai #makanpetai #budakkecik ♬ original sound – Siti Nurjannah Abu B

Sumber : Tiktok juztmejay via Sinarplus

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/