Makan Nugget Je Dah Biasa. Mak-mak Buat Mini Tortilla Ni, Sangat Sedap & Mengenyangkan!

Share

Makan Nugget Je Dah Biasa. Mak-mak Buat Mini Tortilla Ni, Sangat Sedap & Mengenyangkan!

Melayan selera keluarga tidak dinafikan kita sebagai ibu perlulah lebih kreatif. Jika asyik dijamu dengan menu yang sama seperti nugget goreng setiap hari, tentu anak-anak bosan untuk menikmatinya.

Jadi apa kata kali ini kita suntik rasa keterujaan anak-anak menjamah hidangan dengan menyajikan menu Mini Tortilla Nugget Ayam seperti yang dikongsikan oleh Jaja Ramli

. Menyediakannya juga cukup mudah dan pasti ketika menikmatinya anak-anak berasa kenyang dan puas hati.

Mini Tortilla Nugget Ayam

Bahan-bahan:

 

Roti tortilla 

Nugget

Salad

Mayonis

Sos cili

Pembalut burger

Ekstra tips: Untuk pastikan salad kekal segar pastikan direndam terlebih dahulu dengan air garam buat seketika. Kemudian toskan.

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Cara penyediaan :

1.Panaskan terlebih dahulu roti tortilla di dalam kuali. Balik-balikkan beberapa saat kemudian lipat dua untuk nampakkan garisan. Nanti senang nak potong dua.

  1. Potong dua roti tortilla seperti ini.
  2. Letakkan roti di dalam pinggan dengan kedudukan seperti ini. Kemudian letakkan mayonis dan sos cili atau sos lain yang digemari.

4.Letakkan salad di tengah-tengah dan kemudian letakkan nugget yang telah digoreng.

  1. Kemudian lipat bahagian kiri dan kanan ke tengah menjadi seperti ini.
  2. Kemudian ambil kertas pembalut burger ni, dan kemudian di potong empat. Setelah itu lipat bahagian bucu bawah seperti ini.

7.Setelah itu letakkan roti itu di atas garisan seperti di dalam gambar.

  1. Lipat kemas dan sedia untuk dihidang atau dimasukkan ke dalam bekas untuk anak-anak bawa ke sekolah.

9. Siap dan sedia untuk dinikmati atau dijadikan sebagai bekal anak-anak ke sekolah.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club