Jika Orang Korea terkenal dengan kulit putih, Orang Jepun juga begitu, tetapi ada lagi satu keistimewaan mereka. Bertubuh langsing. Jarang kita jumpa dengan Orang Jepun yang gemuk.
Walaupun pemakanan mereka ia tidak jauh berbeza dengan orang Asia lain, bahkan mereka tetap makan nasi seperti kita tapi rupa-rupanya rutin ini bantu mereka terutama kaum wanita untuk kekal langsing. Jom sama-sama semak:
1. Hanya ikan, soya,nasi, sayur dan buah
Jika anda ke restoran Jepun, anda akan melihat sebahagian besar makanannya hanya ikan bakar, sedikit nasi, sayuran direbus, semangkuk sup miso, dan teh hijau serta buah-buahan untuk pencuci mulut.
2. Makan Masakan Di Rumah
Ads
Orang Jepun suka menikmati makanan yang dimasak di rumah setiap hari. Kebiasaannya mereka tidak makan makanan yang sudah siap diproses atau makanan segera. Mereka akan memasak makanan mereka sendiri. Mereka makan makanan yang ringkas seperti ikan, beras dan sayur-sayuran, sup dan buah-buahan.
Jepun menggunakan hampir 10 peratus daripada ikan di dunia, walaupun mereka terdiri daripada kira-kira 2 peratus daripada penduduk dunia. Itu adalah 150 pound seorang setiap tahun, berbanding purata dunia sebanyak 35 pound. Tambahan pula dos harian ini mengandungi asid lemak omega-3 seterusnya menjelaskan mengapa mereka mempunyai jangka hayat yang panjang dan sihat. Kebanyakan orang biasanya kembali ke berat badan ideal mereka apabila mereka mula memasak makanan mereka sendiri dengan makanan tempatan yang segar tidak kira diet jenis apa sekalipun.
3. Kuantiti kecil
Makanan yang disajikan di restoran Jepun hanya dalam mangkuk atau piring kecil. Ini merupakan kebiasaan mereka makan, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Mereka juga mementingkan adab ketika makan dan menghidang antaranya:
Ads
Menikmati makanan secara perlahan
Pinggan tidak diisi penuh.
Setiap hidangan disajikan dalam pinggan berbeza.
Anda dianjurkan berhenti makan sebelum kenyang
Kebanyakan wanita Jepun menggunakan prinsip kawal kuantiti makanan jika ingin menurunkan berat badan.
4. Cara memasak
Orang Jepun tahu makanan sihat hanya melalui proses kukus, memanggang, menumis atau menggoreng dalam tempoh yang sekejap dan mereka mengamalkannya. Mereka juga lebih suka menikmati makanan segar dengan sos.
5. Jarang makan roti, hanya nasi
Kebanyakan saranan untuk mereka yang mahu diet di sini adalah tidak mengambil nasi tapi wanita Jepun mengambil nasi setiap waktu makan. Tapi mereka tidak akan mengambil apa pun makanan yang berasaskan tepung seperti roti.
Ads
6. Sarapan dengan sup miso
Di Jepun sarapan sangat penting dan disajikan dengan pelbagai hidangan kecil. Semangkuk sup miso atau kadang-kala disertai omurice (seperti telur dadar berisi nasi) biasanya dinikmati pada pagi hari sebelum melakukan aktiviti.
7. Tiada hidangan penutup
Makanan manis atau dessert selepas makan makanan berat bukan sesuatu yang wajib di Jepun. Kalaupun mereka mengambil makanan manis biasanya di antara waktu makan.
8. Jika berat badan naik, mereka lebih aktif
Jika sedar berat badan naik mereka akan bersenam dan juga akan berjalan kaki ke mana-mana. Malah, orang Jepun berdiri dan berjalan lebih banyak. Gaya hidup ini juga adalah salah satu sebab mengapa orang Jepun sentiasa kekal langsing dan sihat. Mereka hidup lebih lama daripada orang lain. Selain itu, mereka juga gemar berbasikal.
Sumber: Semuanya JDT
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rata-rata warga net kecoh dan merindui perkongsian dari Baginda dan Puteri-Puterinya. Sikap Raja Permaisuri Agong yang cukup humble dan bersahaja cukup disenangi rakyat jelata.
Bukan hanya ketika dikhalayak ramai, bahkan baginda juga aktif di media sosial. Tidak hairanlah, baginda rajin melayani dan mengulang kicau selain turut memberikan komen tentang apa yang dimuatnaik oleh warga net.
Disebabkan itu, ramai dikalangan warga net teruja dan senang dengan sikap humble keluarga Diraja ini. Namun, semalam heboh di media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak lagi aktif.
Justeru ramai di kalangan netizen yang berteka-teki tentang perkara ini. Malah pagi ini tanda palang #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong trending di laman twitter.
Rata-rata warga twitter menzahirkan perasaan sedih dan rindu akan caption serta gelagat mencuit hati yang sering baginda tampilkan.
Sedih Tunku Azizah deactive twitter
Kami akan rindukan Tunku Azizah
Mak buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong
tolonglah ‘kembalikan’ Baginda semula
Kami berharap Tuanku akan kembali bersama kami di twitter semula
Baginda bukan hanya permaisuri tetapi ‘ibu’ kepada kita semua
Sungguh ramai di kalangan rakyat yang terkesan dengan sifat mulia Baginda sehingga mereka terasa begitu dekat dengan keluarga Diraja ini.
Sumber: Twiter
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keluar bersama keluarga dan anak-anak itu merupakan antara detik yang cukup menggembirakan malah menjadi aktiviti yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Lazimnya melakukan riadah bersama-sama orang tersayang pada waktu yang terluang terdapat banyak perkara boleh kita lakukan. Selain pergi ke taman rekreasi, pergi ke pusat membeli belah untuk ‘cuci mata’ dan sebagainya, anda juga boleh lakukan seperti keluarga Diana Amir ini, bermian ice skating.
Aktiviti ini telah mencuri tumpuan wargamaya apabila Diana Amir selepas tampil berniqab pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bermian ice skating sambil ditemani suami dan tiga cahaya matanya iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.
Rakaman yang dimuat naik di laman IG milik Diana itu mendapat perhatian ramai apabila di dalam rakaman tersebut Diana dilihat turut beriadah meluncur ais bersama anak-anaknya.
Apa yang lebih mencuri perhatian umum, apabila Diana yang mengenakan pakaian jubah hitam dan berniqab begitu asyik meluncur ais.
Biarpun bejubah dan berniqab, Diana mengakui itu kali pertama dia meluncur ais dengan berpakaian begitu. Diana turut mengakui pandangannya jauh lebih jelas walaupun wajahnya berniqab.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan antaranya adalah seperti :
“masyaAllah kak…dh macam Elsa versi Muslimah sy tgk…wlpn tutup likup tp nmpk sgt indah di mata ❤️ flowy kain tu main peranan 😆😆”
“Eee best nya main ice skating,, kita ni main xpandai asik jatuh gedebuk je.. hahahha”
“terornyaaa, proud muslimah❤️🙌😍”
“Diana amir saya cemburu dengan awak.. Tengok keazaman awak, istiqomah awk menjadi hambar Allah yang taat saya saya cemburu dan kagumi.. Mudahan saya juga Allah bantu beri keazaman serta istiqomah yang sama”
Sumber : Ig Diana Amir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil telah di uji apabila kehilangan dua orang abang kandungnya serentak.
Arwah abangya, Azharnim Nawawi menghembuskan nafas terakhir selasa yang lalu. Difahamkan Allahyarham Azharnim meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser.
Menurut Aznil, Azharnim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.
“Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran,” katanya.
Pemergian dua insan tersayang dalam satu masa membuatkan pengacara terkenal itu sedih. Dalam satu perkongsian, Pak Nil memuat naik luahan hati menerusi IG Live miliknya yang kemudian tular selepas live itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun, e_nuyn. Tweet tersebut mendapat 27 ribu retweet dan 16 ribu tanda suka dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
“Ayah Paknil pergi sebab rokok, abang-abang Paknil pergi sebab rokok..tolonglah berhentilah merokok kesian adik-adik, kesian mak ayah…”
Menerusi Live di IG, Paknil sempat memesan kepada semua perokok di luar sana agar meninggalkan tabiat yang tidak sihat itu, kerana yang menanggung deritanya kelak adalah ahli keluarga kita sendiri.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.