Jika Orang Korea terkenal dengan kulit putih, Orang Jepun juga begitu, tetapi ada lagi satu keistimewaan mereka. Bertubuh langsing. Jarang kita jumpa dengan Orang Jepun yang gemuk.
Walaupun pemakanan mereka ia tidak jauh berbeza dengan orang Asia lain, bahkan mereka tetap makan nasi seperti kita tapi rupa-rupanya rutin ini bantu mereka terutama kaum wanita untuk kekal langsing. Jom sama-sama semak:
1. Hanya ikan, soya,nasi, sayur dan buah
Jika anda ke restoran Jepun, anda akan melihat sebahagian besar makanannya hanya ikan bakar, sedikit nasi, sayuran direbus, semangkuk sup miso, dan teh hijau serta buah-buahan untuk pencuci mulut.
2. Makan Masakan Di Rumah
Ads
Orang Jepun suka menikmati makanan yang dimasak di rumah setiap hari. Kebiasaannya mereka tidak makan makanan yang sudah siap diproses atau makanan segera. Mereka akan memasak makanan mereka sendiri. Mereka makan makanan yang ringkas seperti ikan, beras dan sayur-sayuran, sup dan buah-buahan.
Jepun menggunakan hampir 10 peratus daripada ikan di dunia, walaupun mereka terdiri daripada kira-kira 2 peratus daripada penduduk dunia. Itu adalah 150 pound seorang setiap tahun, berbanding purata dunia sebanyak 35 pound. Tambahan pula dos harian ini mengandungi asid lemak omega-3 seterusnya menjelaskan mengapa mereka mempunyai jangka hayat yang panjang dan sihat. Kebanyakan orang biasanya kembali ke berat badan ideal mereka apabila mereka mula memasak makanan mereka sendiri dengan makanan tempatan yang segar tidak kira diet jenis apa sekalipun.
3. Kuantiti kecil
Makanan yang disajikan di restoran Jepun hanya dalam mangkuk atau piring kecil. Ini merupakan kebiasaan mereka makan, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Mereka juga mementingkan adab ketika makan dan menghidang antaranya:
Ads
Menikmati makanan secara perlahan
Pinggan tidak diisi penuh.
Setiap hidangan disajikan dalam pinggan berbeza.
Anda dianjurkan berhenti makan sebelum kenyang
Kebanyakan wanita Jepun menggunakan prinsip kawal kuantiti makanan jika ingin menurunkan berat badan.
4. Cara memasak
Orang Jepun tahu makanan sihat hanya melalui proses kukus, memanggang, menumis atau menggoreng dalam tempoh yang sekejap dan mereka mengamalkannya. Mereka juga lebih suka menikmati makanan segar dengan sos.
5. Jarang makan roti, hanya nasi
Kebanyakan saranan untuk mereka yang mahu diet di sini adalah tidak mengambil nasi tapi wanita Jepun mengambil nasi setiap waktu makan. Tapi mereka tidak akan mengambil apa pun makanan yang berasaskan tepung seperti roti.
Ads
6. Sarapan dengan sup miso
Di Jepun sarapan sangat penting dan disajikan dengan pelbagai hidangan kecil. Semangkuk sup miso atau kadang-kala disertai omurice (seperti telur dadar berisi nasi) biasanya dinikmati pada pagi hari sebelum melakukan aktiviti.
7. Tiada hidangan penutup
Makanan manis atau dessert selepas makan makanan berat bukan sesuatu yang wajib di Jepun. Kalaupun mereka mengambil makanan manis biasanya di antara waktu makan.
8. Jika berat badan naik, mereka lebih aktif
Jika sedar berat badan naik mereka akan bersenam dan juga akan berjalan kaki ke mana-mana. Malah, orang Jepun berdiri dan berjalan lebih banyak. Gaya hidup ini juga adalah salah satu sebab mengapa orang Jepun sentiasa kekal langsing dan sihat. Mereka hidup lebih lama daripada orang lain. Selain itu, mereka juga gemar berbasikal.
Sumber: Semuanya JDT
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah lelaki ini pernah dikongsikan di laman media baru-baru ini. Dalam keadaan diri yang derita sakit kanser, Mohd Izzuddin Zainal, 33, penghidap penyakit kanser limfoma gigih mengambil tempahan tag nama tulisan khat dari katil hospital.
Kegigihannya mendapat perhatian warganet, rata-rata menghulurkan rasa simpati dan menurut isterinya tempahan yang diterima cukup menggalakkan. Namun menerusi Harian Metro semalam, cikgu Izzudin dimaklumkan sudah meninggal dunia. Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya.
“SAYA minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka.
“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” itu luahan Suzana Muhamad Tab, isteri kepada arwah Mohd Izzudin Zainal.
Kisah Mohd Izzudin berusaha mencari rezeki dengan mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat sehingga tular di media sosial, pernah dilaporkan Harian Metro pada 2 dan 7 November lalu.
Mohd Izzudin iaitu guru yang mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dari atas katil hospital bagi menampung kos rawatan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 8.05 malam tadi.
Suzana, 34, ketika dihubungi Harian Metro, memberitahu doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.
“Semalam, arwah masih berusaha menyiapkan beberapa tempahan tag nama walaupun dalam keadaan sesak nafas.
“Pagi tadi tahap oksigen arwah semakin menurun dan semua bacaan lain pada mesin mulai menurun.
“Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor tetap berusaha memberi bantuan pernafasan di depan saya,” katanya dalam keadaan sebak.
Allahyarham Mohd Izzudin meninggalkan dua cahaya mata lelaki, Sulaiman, 5, dan Isa, 3.
Jenazah akan disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Al-Khadijah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, pagi esok.
Menikmati buah naga memang enak, lebih-lebih lagi buah naga yang berwarna merah. Rasanya lebih manis dan warnanya yang merah menyala menampakkan lagi ianya begitu menyelerakan.
Pun begitu, pernahkah anda makan buah naga dan mendapati air kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan?
Usah bimbang, baca penerangan lanjut berkenaan ini dan semoga ianya bermanfaat untuk kita seisi keluarga.
Buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia merupakan punca mengapa air kencing dan najis anda berwarna merah.
Adakah ia merbahaya? TIDAK!
Seperti nama dan bentuknya yang cukup exotic, buah naga menyimpan 1001 khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Ianya juga SELAMAT untuk di makan oleh wanita hamil dan waita yang sedang menyusukan anak.
Khasiat Buah Naga
1. Melambatkan Proses Penuaan
Anda tanya sesiapa yang sentiasa tampak muda walaupun telah berusia. jawapan mereka pasti kerana pemakanan yang kaya dengan ulam dan buah buahan. Antioksida boleh membantu anda untuk kekal awet muda, kulit yang anjal dan mulus. Ia bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
.
2. Mencegah Kanser
Selain dari Vitamin C, Buah Naga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser. Selain itu, lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah ini terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat
3. Kesihatan Jantung
Ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik”. Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.
4. Kencing Manis
Kandungan serat yang tinggi buah naga mampu menstabilkan paras gula. Ia juga mampu mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.
5. Penghadaman.
Serat membantu melancarkan system penghadaman tubuh sekaligus mengurangkan risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.
6. Meningkatkan Imuniti Tubuh
Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.
7. Tulang Sihat
Jika anda tidak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium, anda boleh cuba amalkan buah ini kerana kandungan kalsium yang tinggi serta bebas lemak.
Berbahagianya dapat makan aiskrim ketika musim panas begini bukan? Pasti terasa lega tekak yang kering ini apabila dapat menelan aiskrim yang sejuk. Apatah lagi jika aiskrim itu kaya nutrisi. Jadi tidaklah sahaja dapat hilangkan dahaga, malah boleh juga bekalkan khasiat untuk tubuh badan.
Bahkan kita sebagai ibu pun tidaklah bimbang sangat kalau anak-anak makan terlebih aiskrim tersebut. Maklumlah kita sendiri yang sediakannya, pasti kita hanya masukkan bahan-bahan yang terbaik di dalam penyediaan aiskrim tersebut.
Untuk yang belum pernah mencuba menyediakan aiskrim berkhasiat ini, jom sediakan sepertimana yang dikongsikan oleh MamaD ini.
Melihat bahan-bahan yang dikongsikannya untuk membuat resipi aiskrim itu pun kita sudah dapat bayangkan kesedapan rasanya, tak sabar pula untuk dicuba!
Anak-anak suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari confirm mengamok nak aiskrim. Pening kepala mak pak kan nak kontrol. Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pun terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yang sihat.
AISKRIM HOMEMADE SIHAT
Bahan-bahan:
1 cawan 1/2 susu segar
1 cawan susu cair
Segenggam badam
Segengam kismis
Sedikit susu pekat( mamaD tak letak, sebab tak nak manis
Perisa ikut suka. MamaD letak coklat coin, jadi dah manis dari coklat. Nak ganti serbuk coklat pun boleh.
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett
2 Badam disangai atau beli yang siap sedia dimakan, kemudian blend hancur.
3 Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yang sudah ditapis air rendaman tadi. Blend sekejap.
4 Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam blender ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 min dan boleh dimasukkan badam yang siap diblend hancur.
5) Sedia dibekukan. Enjoy.
Ekstra info :
*Sebenarnya, boleh je terus diblend dalam blender bahan-bahan tu tanpa alih bancuhan ke dalam pemutar kek. Tapi efek dia kurang gebu sikit la. *Kismis dan badam tu boleh je kalo nk masukkan ke dlm aiskrim secara kasar, tp disebabkan ank mamaD ni kecil lg, sbb tu mamaD blend hancur. ? *Gantikan kismis dgn pisang pon best tau. *Untuk lagi gebu, pukul sebiji telur bersama ovallett sehingga gebu dahulu. Baru dimasukkan susu dan bahan-bahan lain. Jangan risau, tak hanyir pun.
Ok, enjoy ya. Kita yang dewasa pon berebut aiskrim ni. Lemak manis.
sumber : Miera Irayz Nordin via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...