Mungkin ada antara kita tidak suka makan nanas kerana pengalaman sebelum ini bila tiap kali makan nanas mesti rasa pedih atau gatal lidah.
Tapi tahukaha anda kenapa ada yang rasa begitu? Kadang-kadang pelik juga nak menjawab persoalan ini bukan?
Jadi ayuh kita penjelasan daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Tahu tak kenapa kalau kita makan nanas, lidah boleh lidas(gatal/pedih)?
Nanas mengandungi bromelain, sejenis enzim yang boleh menguraikan protein.
Bromelain ini boleh menjejaskan lapisan protein mukosa pada permukaan lidah, menjadikan lidah sensitif kepada asid pada jus nanas.
Iritasi asid pada permukaan lidah yang terjejas itulah yang menghasilkan rasa lidas.
Ads
Enzim yang banyak terkandung dalam empulur(teras) nanas ini juga bertanggungjawab atas beberapa teori yang dikaitkan dengan nanas, antaranya:
Nanas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan?
Masyarakat kita percaya bahawa nanas ini tajam, dan boleh menyebabkan keguguran jika dimakan di awal kehamilan.
Di sudut perubatan, bromelain didapati boleh menyebabkan pengecutan rahim, namun sebiji-dua nanas tidak mengandungi dos bromelain yang cukup untuk menyebabkan keguguran.
Hakikatnya, nanas adalah buah yang elok dimakan kerana ia kaya dengan vitamin C, anti-oksida dan berserat tinggi.
Ads
Nanas lebih berkesan membunuh sel kanser daripada ubat kimoterapi?
Terdapat pula teori yang mengatakan bromelain mempunyai kuasa membunuh sel kanser 10 ribu kali lebih baik daripada ubat kimoterapi.
Teori itu juga mendakwa, bromelain akan mengurangkan keperluan dos sesuatu ubat kerana bromelain setelah menguraikan dinding sel, ubat akan lebih mudah menyerap ke dalam sel.
Dua-dua teori ini tidak berasas. Tiada kajian perubatan yang sahih membuktikan dua teori ini. Nanas cuma kaya anti-oksida, iaitu unsur kurangkan risiko kanser.
Bromelain ada digunakan dalam bidang perubatan untuk mengurangkan keradangan dan untuk rawatan luka. Ini sahih.
Ads
Nanas boleh digunakan untuk melembutkan daging?
Ini dakwaan berasas. Sifat bromelain yang boleh menguraikan protein akan menyebabkan daging(protein) menjadi kurang liat.
Namun, kena perap daging dengan jus nanas segar sebelum masak, kerana bromelain akan terurai jika dipanaskan.
Oleh kerana itu, tak boleh guna jus nanas terproses dan nanas tin untuk melembutkan daging. Ia tak akan berkesan.
KESIMPULAN: Ada banyak petua dan teori yang berlegar di media sosial, namun tak usah percaya bulat-bulat. Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.
Nota: lidah dan perut kita tak terurai seperti mana daging mentah kerana tubuh kita perbaiki kerosakan pada permukaan lidah dan perut kita.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebutlah apa sahaja menu utama yang dimasak setiap hari, pasti kita akan menggunakan bawang sebagai antara bahan utama di dalam ramuannya. Tanpa bawang seakan hilanglah rasa ‘manis’ dan aroma masakan tersebut.
Jadi untuk memastikan stok bawang sentiasa ada, selain perlu membelinya di pasar atau kedai-kedai runcit, ada baiknya kita mencuba untuk menanam bawang sendiri di laman rumah.
Ini sebagai mana menurut Azlina Mat Lazim, bawang sesuai di tanam di tanah lapang dengan keadaan cuaca panas dan tanaman bawang ini tidak suka dengan air.
Tambahnya lagi, biasanya untuk menanam bawang perkara utama kena lihat tujuan ia ditanam. Sama ada ditanam untuk isinya atau menanam bawang untuk diambil daunnya sahaja. Tujuan yang berbeza ini akan menentukan cara tanaman yang perlu dibuat. Ini sebagaimana yang dijelaskan detail oleh Azlina. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba!
Mudahnya Tanam Bawang
Tanam untuk tujuan dapatkan ubi bawang caranya potong akar dan kepala bawang seperti gambar di bawah.
2. Jika tanam untuk tuaian daun, hanya potong kepala bawang seperti gambar di bawah.
Tujuan potong kepala bawang untuk percepatkan proses pengeluaran daun bawang. Manakala bawang yang dipotong akar tidak boleh diambil daunnya, nanti mati pokok bawang berebut neutren
3. Bawang perlu medium 2:1.. Pasir dan tanah. Tanam hanya 3/4 sahaja dalam tanah.
bila dah kuar daun tinggi sejengkal..baru timbus bawang tersebut
Ekstra tip :
-Bawang tidak perlu racun serangga sebab serangga takut dengan bau bawang yang kuat.
-Baja masa mula-mula tanam sahaja.
-Ingat bawang macam Kambing, tak suka air. Jangan rajin mandi bawang.
Tidak mudah menjadi seorang ibu apatah lagi kala diuji dengan bermacam-macam perasaan. Penyanyi, Nurul Wahab berkongsi rasa keibuan ketika mengimbas semula detik-detik cemasnya melahirkan cahaya mata pertamanya dahulu.
Menerusi Instagramnya, Nurul berkongsi rasa cemas dan kepayahan ketika bertarung nyawa melahirkan anak perempuannya, Ayu Nazirah yang kini sudah pun berusia 25 tahun.
Memilih untuk bersalin secara normal ketika itu, akui Nurul ia satu pengalaman yang penuh indah saatnya bergelar ibu.
“Jom emosi sat. 25 tahun yang lalu hari ini, dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit tapi ada “tanda”. Rush ke #roopimedicalcenter tapi okay ja. Tak dak sakit melahirkan.
“Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 sept jam 1:56 tengahari. Usai solat jumaat.
“Sakit melahirkan? Ya. Minta normal. Tak mahu dibedah kerana tak cukup wang. Waktu tu tak cukup segala.
“Tahan 2 hari menunggu. Tanggal 10 sept 1998, doktor bagitahu kita letak satu tablet jam 6 pagi 11 sept. Untuk dilate kan cervix. Supaya dapat bersalin normal,” ujar Nurul berkongsi cerita.
Malah kata Nurul lagi, diketika itu, dia mula rasa sakit dan mengalami kontraksi selama tujuh jam sebelum selamat melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang puteri.
Tambah Nurul lagi, dia juga pengsan dek kerana terlalu kepenatan untuk melahirkan zuriatnya ketika itu.
“7 jam sakit pagi 11 september tu. Menahan, untuk melahirkan satu lagi hamba Allah. Tepat 1:56pm, lahir seorang baby girl. Merah warna kulitnya. Kuat nangisnya. Keluar saja dia, kami pengsan kepenatan.
“Sehingga teman baik yang turut sama dalam labour room sebut allahuakbar, baru lah kami sedar dari pengsan. Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy.
“Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan,” tulisnya lagi berkongsi.
Tidak hanya berkongsi pengalaman ketika detik melahirkan bahkan kenyataan Nurul turut menjadi tanda tanya kepada wargamaya namun mendoakan yang terbaik buat Nurul.
Terdahulu, Nurul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Eric Daniel Depp pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Musim anak demam, batuk dan selesema berpanjangan membuatkan mak ayah terus bimbang. Puas dicuba pelbagai cara tetapi kurang berkesan dengan anak.
Apa kata mak ayah cuba hirisan lemon dan bawang putih yang diletakkan di dalam stokin seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini. Mana tahu serasi dengan anak kita. Caranya cukup mudah. Jom cuba!
Mak-mak memang kena kerja keras sikit bila anak batuk kan. Nak hilangkan kahak degil tu bukan senang.
Kita nak anak sembuh sepenuhnya. Tak nak dah baik batuk hari ni, tapi minggu depan datang balik kahaknya.
Korang boleh try lemon garlic socks macam ni k. Kalau anak serasi, memang kejap je kahak mencair.
Balutkan lemon dan bawang putih lepas tu pakaikan saja kat kaki anak. Masukkan lemon dan bawang putih. Letak di bawah tapak kaki anak. Bawang putih tu boleh dilenyek atau pun potong nipis-nipis.
Untuk baby pun sesuai. Tapi buat patch test dulu ok.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.