Siapa je yang tak sukakan makanan manis? Makanan yang bukan sahaja sedap untuk dimakan, malah boleh dijadikan terapi, terutamanya bagi golongan muda.
Bak kata orang, baik mencegah dari mengubati. Betul? Terlalu obses makanan manis boleh undang pelbagai penyakit! Kalau tidak nampak secara luaran, dalaman badan kita belum tentu terlepas.
Individu yang paling layak untuk menasihati anak muda untuk mengawal pengambilan makanan manis ni semestinya ibu ayah. Malah ada sesetengah ibu ayah sangat mengambil perhatian tentang pengambilan makanan tinggi gula di kalangan anak remaja mereka.
Tiada hidangan manis di dalam rumah dan mereka berharap anak remaja mereka akan mengamalkan pengambilan makanan sihat namun kebanyakan anak remaja yang meningkat dewasa mereka sukar untuk menerima sesuatu yang dipaksa-paksa dan sesetengahnya akan mengambil makanan manis secara berlebihan apabila ibu bapa berjauhan daripada mereka.
Berikut merupakan kaedah yang sesuai untuk membantu anak remaja membuat pilihan sihat dengan bijak:
Ads
1. Memahami mengenai makanan yang bernutrisi yang mematuhi pinggan sihat Malaysia #sukusukuseparuh sebagai panduan untuk merancang hidangan utama dan snek.
2. Bincangkan bersama anak remaja anda mengenai makanan yang dikategorikan sebagai ‘makanan gembira’ yang digemarinya serta senaraikan makanan tersebut.
Ads
3. Berikan kebebasan kepada anak remaja untuk merancang diet mereka dengan membantu merangka pemakanan yang seimbang.
4. Cadangkan kepada anak remaja untuk membuat pilihan makanannya sebagai contoh terdapat dua majlis di hujung minggu, sepotong kek di majlis hari jadi teman rapat dan sebatang ais krim di majlis perkahwinan ibu saudara di sebelah malam. Ini memberikan tindak balas kepada anak remaja bahawa mereka boleh mempertimbangkan pengambilan makanan manis di dalam dietnya.
5. Menjadi contoh terbaik kepada anak remaja dengan mengambil makanan manis secara sihat.
Ads
6. Apa yang kita mahukan adalah remaja yang mampu membuat keputusan dan pilihan makanan yang sihat. Mampu membuat pilihan mengenai pengambilan makanan manis dan memahami konsep pengambilan diet yang bernutrisi tinggi.
Luluh hati seorang ibu bila melihat anak yang dikandung terjejas kesihatannya apatah lagi jika berada di dalam keadaan kritikal hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Terbaharu, sebagaimana memetik laporan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.
“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.
“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, mangsa yang kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.
Katanya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.
“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Terdahulu, Muhamad Zaki merasmikan majlis Himpunan Bulanan di perkarangan IPK dan menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang dalam penugasan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Meskipun sebelum ini pernah menyatakan bebas daripada kanser, namun baru-baru ini Elyana berkongsi perkembangan terkini berkenaan kesihatannya.
“Hari ini (semalam) adalah kemoterapi saya yang saya hutang lagi dua. Jadi kenapa saya buat kemoterapi? Ramai yang tanya… Kerana saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk habiskan dua lagi baki kemoterapi yang sepatutnya saya habiskan.
“Jadi hari ini merupakan hari yang sesuai (untuk menyambung semula rawatan),” itulah jelas penyanyi Elyana menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengakui masih lagi ‘berhutang’ dua rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Melihat pada perkongsian seterusnya, Elyana memberitahu yang proses rawatan kemoterapinya telah berjaya dan dia mempunyai baki satu lagi rawatan yang perlu diselesaikan.
“Alhamdulillah! Selesai chemo… ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus… hati, paru-paru semua cun. Tapi darah merah je kurang sikit bacaan 11.
“Tapi banyak beza… masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah. Terima kasih kepada yang selalu menderma darah, tak ternilai jasa anda. Love you!” tulisnya.
Untuk makluman, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 pada 2017.
Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, dia menghidap kanser sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.
Sumber : Instagram @elyanaofficial1 & Artis Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi pesakit buah pinggang kronik, tidak banyak boleh dilakukan mereka untuk kembali pulih kecuali dapat menerima organ yang didermakan dari seseorang atau ada yang terpaksa bergantung hayat sepenuhnya pada rawatan dialisis.
Pun begitu selagi boleh diusahakan, kita sebagai ahli keluarga bolehlah membantu serba sedikit dalam memantau pengambilan makanan yang terbaik untuk mereka.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Saintis Dr Suri Roowi ada mendedahkan terdapat beberapa jenis makanan yang bagus diambil oleh pesakit. Antaranya seperti yang dikongsikan di bawah ini.
Sumber Makanan untuk BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG
KUNYIT
Kajian yang dilakukan oleh Saintis di University of Houston, USA pada tahun 2020 menggunakan tikus (yang mengalami masalah buah pinggang) mendapati kunyit boleh bantu baiki penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus (akiut atau kronik)
Walaubagaimanapun, kunyit tidak boleh diambil berlebihan kerana dikhuatiri boleh memudaratkan.
BAWANG PUTIH
Hasil kajian oleh Saintis Iran, Mexico dan Turki menunjukkan bawang putih membantu pesakit buah pinggang. Ia bertindak dengan kurangkan tekanan oksidatif dan tekanan darah tinggi.
Ianya disebabkan oleh kehadiran bahan berkhasiat allicin dalam bawang putih.
Caranya adalah ambil 2 atau 3 ulas bawang putih, asingkan kulitnya, ketuk, biarkan 10 minit, tuangkan air, tambahkan sedikit madu asli dan diminum. Bawang putih juga rendah kandungan garam, potassium dan fosforus.
KOPIPhoto by Clay Banks on Unsplash
Kajian ke atas 4863 pesakit buah pinggang kronik di USA dan diterbitkan dalam ‘Jurnal Nephrol. Dial. Transplant’ pada tahun 2018, mendapati meminum kopi boleh merendahkan risiko ESRD (End-Stage Renal Disease) dikalangan pesakit buah pinggang kronik. ESRD adalah kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Kajian yang telah dilakukan di Singapura dan diterbitkan dalam The Journal of Nutrition Nutritional Epidemiology pada tahun 2018 juga mendapati meminum kopi lebih daipada 2 cawan sehari juga dapat kurangkan risiko ESRD (End-Stage Renal Disease) terutamanya di kalangan lelaki.
SEBALIKNYA….
Kajian terkini (2021) yang dilakukan di Sepanyol menunjukkan ke atas mereka yang mengalami ‘Metabolic Syndrome’ , bermasalah buah pinggang dan ‘overweight/obese’ mendapati pengambilan kopi, teh dan minuman berkafein pada KUANTITI TINGGI adalah TIDAK SESUAI kerana ia boleh turunkan ‘glomerular fltration rate (eGFR)’ .
Justeru, pesakit buah pinggang boleh minum kopi atau teh, tetapi ikut kadarnya, jangan berlebihan
Manakala mengetahui sumber Makanan yang LEBIH SESUAI untuk PESAKIT BUAH PINGGANG, Dr Suri Roowi berkongsi infonya.
Roti putih: Roti putih lebih disyorkan kepada pesakit buah pinggang berbanding roti wholemeal. Ini kerana kerana kandungan potassium dalam roti putih lebih rendah berbanding roti wholemeal
Nasi Putih: Nasi putih adalah lebih sesuai bagi pesakit buah pinggang berbanding nasi beras perang atau beras rebus (parboiled rice). Ini kerana beras putih lebih rendah kandungan potassium berbanding beras perang dan beras rebus.
Walaubagaimanapun, nasi beras perang bagus bagi pesakit biasa (selain pesakit buah pinggang) untuk bantu turunkan darah tinggi, kolesterol dan gula dalam darah.
3.Daging: Kandungan potassium dalam daging itik adalah 204 mg manakala daging ayam adalah 223 mg . Daging kambing pula tinggi sedikit kandungan potassiumnya iaitu 310 mg dan daging lembu pula 318 mg*
4.Sotong, Kerang, Ikan dan Udang: Udang menunjukkan kandungan potassium terendah iaitu 259 mg. Diikuti dengan ketam (262 mg), sotong (273 mg) dan kerang (314 mg). Ikan sardin pula lebih rendah potassium (397 mg) berbanding ikan kembung (401 mg) dan ikan merah (417 mg). Ikan makerel pula tinggi kandungan potassium iaitu 520 mg*.
5.Sayur-Sayuran Rendah Potasium: Di antara sayur-sayuran rendah potassium adalah taugeh (79 mg), terung (229 mg), kacang panjang (240 mg), kobis bunga (299 mg), brokoli (316 mg) dan sawi (384 mg). Petola pula menunjukkan kandungan potassium yang agak tinggi (453 mg)*.
6.Buah-buahan. Rambutan rendah kandungan potassium (84 mg), diikuti dengan epal (107 mg), nanas (109 mg), strawberi (153 mg), mangga (168 mg), betik (182 mg) dan anggur (191 mg)*. Jus oren tinggi potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...