Makan Malam Koay Teow Th’ng Chinese Style Pun Sedap. Senang Je Nak Buat & Ringkas Bahannya!

Share

Hari-hari makan nasi, siang malam benda yang sama, kadang rasa bosan juga. Diri pun dah berat dek makan nasi!

Apa kata bila-bila ada masa terluang rajin sikit masuk dapur, atau dah buntu nak masak apa lagi untuk lauk, rajinkan diri masak Key Teow Th’ng Chinese Style dari Azura Felula

ni. Ingatkan susah, tak sangka mudah betul rupanya cara nak buat. Petik jari pun boleh siap tau! Jom cuba!

Koay Teow Th’ng Chinese Style

Dapat recipe dari Chinese friend yg berniaga…

Taugeh hasil dari cucuk tanam ~ happy dia lain maciam dpt mkn hasil titik peluh sendiri 😆 (peluh ka 😆)

Bahan-bahannya :-

Resepi sup – 2 org mkn
Ayam – 2 ketul
Bawang merah – 1biji
Halia – 1inci
Bwg Pth dgn kulit – 3ulas
Garam+Gula batu + kiub ayam

Bahan2 hiasan/rencah:

-Koay teow ditos dgn air panas
-fishcake
-daun bwg
-taugeh dicelur
-lada putih

* Utk mendapat rasa Asli Koayteow Th’ng Ala Chinnese, goreng bwg putih yg telah dicincang dlm minyak.. Jgn terlalu garing.. Tambah kan didalam sup ketika dihidang ~ Siap

Cara-caranya :-

-Renehkan smua bahan2 diatas smpai mendidih lebih kurang setengah jam dgn api yg perlahan , toskan ayam dan carik kan utk dibuat rencah

-Tapis bwg2 +halia utk mendapatkan sup yg lebuh jernih

 

-Masukkan semula tulang ayam tadi dan reneh dlm 10 minit

Siap, sedia untuk dihidang!

Nak hiasan rumah dengan harga mampu milik? Meh tengok kat SINI !