
Selalu bila menjelang malam hari je, tak tahu nak makan apa. Nak makan nasi, dah bosan dah! Asyik nasi je memanjang kan?
Nak menu yang simple tapi marbeles rasanya? Haa meh buat spaghetti ni! Tengok gambar pun dah tahu sedap, caranya lagi lah! Mudah je petik jari dah siap. Jom cuba!
Resipi Spicy Buttermilk Spaghetti
Bahan-bahan:
Butter 2 sudu besar
Daun Kari 10
Cili Padi 5 ( cincang )
Bawang Putih 3 ( cincang )
Susu Cair 1 atau 2 cawan
Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah
Serbuk kunyit satu cubit
Udang/sotong
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
3. Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Sumber : ASH (Foodhunter)
Nasi Kak Wok Yang Simple Jer Tapi Sedap. Ayam Goreng Lengkap Dengan Kuah Gulai Pekat, Patutlah Ramai Suka

Sebut sahaja Nasi Kak Wok pasti ramai yang membayangkan kuah gulainya dan sambal belacan yang power tu. Patutlah kalau nak makan di kedai sentiasa penuh dengan orang ramai.
Jika keluarga anda memang menggemari nasi ala kak wok, apa kata ibu-ibu buat sendiri. Admin kongsikan resipi yang simple je tapi mudah untuk yang pertama kali nak buat.
Selamat mencuba!
RESEPI NASI KAK WOK
Nasi putih berlaukkan Ayam Goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan,perghhhhh sape je yang tak cair konfom meleleh
walaupun lauknya agak simple.Ini resepi untuk nasi kak wok bagi sesiapa yang tidak tahu dan ingin mencuba.
Resepi gulai ayam kakwok
—————————————
Bahan Bahan:
Bawang bombay – 4 labu
Bawang putih – 5 ulas
Halia – 1 inci setengah
Lengkuas – 1 inci setengah
Rempah kari daging – 3 sudu
Rempah kerutub – 1 sudu
Kacang panjang – potong
Terung potong kecil
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
Santan (jangan pekat sangat)
Garam dan kiub ayam
1 Nisan Kerek / Gula Melaka
Cara-cara Penyediaan:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.
Ayam goreng harum
——————————
Bahan Bahan:
1 ekor Ayam – potong kecil
Garam- 2 sudu kecil
Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Serbuk cili – 1 sudu kecil
Daun kari – 3 tangkai
*Tips, daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.
Cara-cara Penyediaan:
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal belacan ala kak wok
——————————————-
Bahan Bahan:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
Sumber : Sajian Malaysia
Nak Masak Tomyam Sedap Macam Kat Kedai Ada Caranya. Ikut Resipi Yang Dikongsikan Wanita Ni Kalau Nak Kuah Sedap, Pedas & Kaw Ala Thai.

Sebut sahaja tomyam, pasti ramai yang terbayang keenakannya. Rasanya yang masam, pedas membuatkan ia menjadi salah satu masakan kegemaran ramai. Admin sendiri memang awal-awal lagi dah angkat tangan. Kalau boleh hari-hari nak masak tomyam.
Walaupun nampak mudah tapi adakalanya tomyam yang dimasak tak menepati selera. Ada sahaja yang tak kena terutama sekali kalau tersalah pilih paste.
Okey, untuk ibu-ibu yang baru nak cuba buat tomyam atau yang sudah biasa masak tapi nakkan tomyam ala-ala macam di restoran Thai, jom cuba resipi yang dikongsikan ini.Selamat mencuba!
Bahan-bahan
1. Ayam potong kecil dalam 7,8 ketul (dibasuh bersih,tos)
2. Daun limau purut 8-10 helai (dikoyak koyak)
3. Lengkuas 2-3 cm (diketuk)
4. Bawang besar 1 biji (dihiris)
5. Bawang merah 1 biji (dihiris – taknak masukkan pun xpe)
6. Bawang putih 4 biji (diketuk)
7. Perencah tomyam 4-5 sudu (kalau kuah sikit 4 sudu dah cukup)
8. Daun ketumbar sesuka hatimu banyak mana (dihiris halus)
9. Akar ketumbar 2 ketui (dibasuh bersih2)
10. Batang saderi 1 ketui (dipotong pendek2)
11. Tomato 2 biji (dipotong dua)
12. Bunga kobis sesuka hatimu banyak mana (csue hantu bunga kobis)
13. Cili 4 biji (terpulang nak ketuk atau hiris)
14. Limau kasturi 1 biji (diperah last dalam periuk – buang biji)
15. Serai 2 ketul (diketuk)
16. Susu cair 4-5 sudu (untuk kasi tomyam lemak2 gitew)
17. Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara membuat:
1. Masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan ayam yang ditos, kacau2 sekejap dan masukkan air dalam 2 mangkuk. Kemudian masukkan akar ketumbar, kacau.
3. Masukkan lengkuas, serai, batang saderi, pes tomyam dan kacau2 sampai sebati. Biarkan mendidih.
4. Dah mendidih masukkan sayur2 yang anda suka, bunga kobis, tomato, perahan limau kasturi, dan cili. Biarkan sekejap.
5. Last sekali masukkan susu cair, garam secukup rasa, ajinomoto jika suka. Kacau2 sampai mendidih dan nak masak, letakkan daun ketumbar. Kacau2 sekejap dan tutup api. Siap!
6. Boleh dihidang dan dimakan panas2. Memang kaw dan sedap seperti makan kat kedai tau.?
Selamat mencoba! ?
kredit: Hasmunierni Mohamad.
Ulam Jantung Tak Lebam, Ibu Perlu Buat 5 Tip!

Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.
Bahkan bila hidangan ini ada di depan mata, bukan sepinggan nasi dijamah tetapi pasti makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 6 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
- Minyak masak
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
- Jangan dibelah dua
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
- Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
- Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
- Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.

[su_highlight background=”#abb3a5″ color=”#d01313″]Khasiat Jantung Pisang [/su_highlight]
- Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
- Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
- Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
- Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.