Menikmati sajian berasaskan ayam memang ramai menggemarinya. Pun begitu, perasan atau tidak sebenarnya terdapat bahagian-bahagian tertentu yang sering menjadi pilihan popular antara kita.
Pada bahagian peha, kepak dan dada ayam memang boleh kata semua suka. Namun bahagian leher, tonggeng dan kaki ayam tidak semua antara kita menggemarinya.
Lebih-lebih lagi kaki ayam, melihat keadaannya juga boleh membuatkan ada yang tidak sanggup menjamahnya. Dan lebih teruk, ada yang berasa jijik pula.
Namun tahukah anda, sebenarnya kaki ayam mengandungi khasiat protien dan kaya dengan sumber kolegen.
Apa yang pasti, kolegen adalah sangat baik untuk membantu melambatkan proses penuaan. Oleh itu, ‘rajin-rajinlah’ makan kaki ayam jika mahu nampak muda.
Menyentuh tentang makan kaki ayam untuk awet muda, tentu anda juga ingin tahu resipi yang ringkas dan enak untuk menikmatinya.
Jom cuba menu ini yang dikongsikan oleh Nabilah Mat Yasim.
Kerabu Kaki Ayam
Ads
Bahan-bahan:
Kaki ayam,serai, daun ketumbar, daun bawang, cili, bawang, perahan air limau nipis, halia, daun limau purut, sos ikam, cuka, garam dan tomato.
Langkah 1 :
Ads
Potong kaki ayam cuci bersih. Kemudian rebus kaki ayam hingga empuk.
Langkah 2:
Masukkan kaki ayam yang telah empuk ke dalam pinggan.
Langkah 3:
Ads
Campurkan dengan semua bahan dan gaul rata.
Langkah 4:
Memberi lebih rasa, tambahkan juga sos ikan, cuka dan garam. Gaul rata bersama tomato yang dihiris dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penekanan terhadap kesihatan penting bagi kaum wanita yang lebih terkesan dengan sesetengah masalah.
Selari dengan perkembangan usia dan penuaan, penting untuk wanita memberi perhatian terhadap isu tertentu, antaranya ketidakseimbangan hormon, kadar metabolisme rendah, masalah kulit kering, tulang rapuh dan banyak lagi.
CIRI-CIRI SIHAT DAN CANTIK
Secara luaran, seseorang wanita dikatakan sihat dan cantik apabila:
1. Bertenaga (rajin)
2. Berfikiran positif
3. Sentiasa senyum
4. Penampilan lebih menarik (contoh kulit yang bersih, tiada kedutan, putih). Tetapi ini subjektif. Pakaian kemas. Tudung sesuai. Kelihatan professional jika bekerja di agensi atau firma.
5. Tiada ada bau yang tidak menyenangkan (bau mulut, ketiak dan peluh)
Selain itu seseorang wanita juga mudah dipengaruhi oleh factor hormone. Hormon estrogen akan menyebabkan mereka kelihatan menarik. Tetapi berlebihan hormone juga akan menyebabkan badan menjadi obese dan mengalami perasaan terlalu sensitive. Jadi penting untuk wanita mendapat keseimbangan hormone. Tanda-tanda seseorang wanita mengalami ketidakseimbangan hormone adalah:
1. Kitaran haid yang tidak menentu
2. mudah sensitive (istilah sekarang “mudah sentap”)
3. sering sakit kepala, sakit badan dan sendi
4. sering rasa mahu demam (low grade of fever)
5. mudah rasa letih dan mengantuk
6. tidak berminat bermesra dengan suami atau mengelak dari melakukan hubungan seksual dengan suami. Ia melibatkan banyak factor iaitu hormone, psikologikal atau kesihatan fizikal.
7. tidak bersemangat melakukan tugas professional
8. kulit muka kelihatan kering, kusam dan berkedut. Seseorang wanita kelihatan lebih tua dari usianya.
9. rambut sering gugur (termasuk bulu mata dan bulu kening) dan beruban
10. gigi mula goyang dan tanggal.
Tanda-tanda di atas adalah tanda sebahagian dari masalah hormon. Ia juga adalah tanda bagi masalah kesihatan yang lain. Jadi buat pemeriksaan bagi menentukan sama ada ia disebabkan hormon atau kesihatan yang lain.
Sumber: Dr Zubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang cukup menitikberatkan soal penjagaan rambut. Selain ke salun, anda boleh melakukkannya sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Cukup mudah kerana menggunakan bahan di dapur sahaja. Katanya kaedah yang dipraktikkan orang Arab ini dapat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur. Jom, cuba tip yang dikongsikan Najwa Qadah ini.
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat guna.. najwa dah kali kedua guna petua ni.. mmg puas hati❤alhamdulilahhh
bunga cengkih banyak kegunaan dia selain di guna untuk masak.. salah satu najwa guna dia untuk hilang masalah najwa alami lama dah..
kelumumur rambut berminyak rambut gugur
mana2 shampoo pun boleh.. tp najwa beli untuk bby sbb ank2 boleh guna sama, bg rambut lebat sikit.. sebenarnya petua ni utk lebat kan rambut tp kesan dia banyak lagi.. najwa takdak gatal2 lagi2 time pakai tudung panas2 mcm skrg ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu? alhamdulilah rambut tak gugur berkilo?..
*najwa ambik petua ni dari org arab* bagi tahu siap2 satgi ada org bising plk?
Biasanya jika teringin makan tosei akan ke kedai mamak yang berdekatan.
Namun disebabkan masih tidak dibenarkan ‘Dine In’ ramai yang suka makan di rumah sahaja.
Jadi bagi yang teringin nak makan tosei panas-panas apa kata buat sendiri di rumah.
Rupanya cara nak buat mudah aje. Ikuti resipi yang disediakan oleh puan Fatimah Saari.
Dari arwah nanny sampai ke cucu semua belajar buat tosei Alhamdulillah lembut mcm arwah buat tapi ttp xleh lawan kesedapan air tgn arwah nanny Al fatihah utk arwah…
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...