Bahagia atau derita dalam hidup bermadu hanya mereka sahaja yang melaluinya dapat memahami dan menentukannya.

Begitulah apa yang telah dikongsikan oleh pelakon Zarina Zainuddin, mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh cinta daripada lelaki yang sudah bergelar suami orang kerana pelbagai dugaan dan rintangan perlu dihadapi.

 

 

Pada masa sama, Zarina turut memberi saranan kepada wanita di luar sana supaya elakkan untuk jatuh cinta dengan suami orang kerana pada akhirnya yang merana nanti adalah wanita itu sendiri.

“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.

“Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Korban Kasih Zarina Zainuddin’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian.

“Makan Hati Berulam Jantung..”-Zarina Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu, Bukan Semudah Disangka. Undang Sebak!

Makan Hati Berulam Jantung

Dalam pada itu, Zarina turut meluahkan rasa dan mengakui di awal perkahwinan terpaksa saban waktu  ‘makan hati berulam jantung’  kerana suaminya kurang menghabiskan masa bersamanya di rumah.

Ads

Memetik perkongsiannya seperti mana dilaporkan di Sinar Harian, ujarnya demi ‘menjaga hati’ isteri pertama, pelakon ini hanya mendedahkan dirinya menjadi isteri kedua selepas usia perkahwinan mencecah 21 tahun.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

“Makan hati berulam jantung. Bukan senang sebab suami kalau dah kahwin dengan kita, dia akan cuba untuk pujuk hati isteri pertama balik sebab dia rasa bersalah.

“Jadi kita yang akan makan hati. Saya stress tetapi perlu sabar dan kuat. Alhamdulillah segalanya menjadi baik selepas saya mengandung.

“Bahagia itu sebenarnya kita yang cipta, kita cipta kebahagiaan kita sendiri. Jangan tamak sebab tahu saya hidup bermadu maka saya perlu berkongsi.

Ads

“Saya cuba ambil hati suami, madu saya dan walaupun kadang-kadang kena perli, kita kena terima. Ada orang marah sebab ambil suami orang memanglah marah, jadi kita kena sedar diri kita sudah ambil hak orang, jangan kita pula lebih-lebih,” ujarnya yang kelihatan sebak dan menitiskan air mata ketika berkongsi kisah hidupnya.

Minta Izin Dengan Isteri Pertama

Pelakon kelahiran Bota, Perak itu menyatakan dia meletakkan syarat kepada suaminya jika ingin berkahwin dengannya perlu mendapat keizinan daripada isteri pertama.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.

“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” jelasnya.

“Makan Hati Berulam Jantung..”-Zarina Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu, Bukan Semudah Disangka. Undang Sebak!

Zarina menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya untuk meminta izin dan bertemu dengan isteri pertama.

Ads

Jelasnya, selepas pertemuan dengan isteri pertama, wanita itu menelefon ibunya dan memberi keizinan untuk suaminya berkahwin dengannya.

Sumber : Sinar Harian 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Makan Hati Berulam Jantung..”-Zarina Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu, Bukan Semudah Disangka. Undang Sebak!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI