Makan Gaji Sara Kehidupan, Tapi Pendapatan Kedua Untuk Kekayaan.’ Deep Pesanan Peguam Ni.

Share

Kita semua sudah tentu ingin hidup bahagia bersama pasangan dan anak-anak. Sudah tentu kita akan pastikan mempunyai kediaman dan kenderaan yang selesa. Oleh kerana itu, kita berkerja untuk mengukuhkan ekonomi keluarga.

Bagaimana pun, seorang peguam, Hayat Muhamad, berpendapat, untuk memberi keselesaan kepada keluarga bukan sahaja makan gaji tetapi perlu mencari pendapatan kedua untuk memberi kekayaan. Katanya lagi, perlu ada perancangan untuk pengurusan kewangan agar berbelanjaan tidak melebihi pendapatan.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Mula- mula kerja, apa yang patut saya beli dulu Pokyat? Kereta ke rumah?

Jawapan:

Tahniah sebab dah ada kesedaran awal untuk membeli aset.

Sebab ramai orang masa mula kerja umur 24 hingga 30 tahun, tak berfikir panjang. Duit yang ada, habis. Masuk umur 30 Tahun, baru tersedar aset tak ada. Rumah pun masih menyewa. Saving pun tak ada.

Pertama, beli kereta yang asas. Untuk bergerak. Nak pergi dan balik kerja. Myvi pun takpe. Axia pun ok. Sebab apa Pokyat kata kereta asas, sebab tujuan nak bergerak. Kereta adalah keperluan. Ya lah, semua orang tahu, starting salary kita tak besar. Baru nak mula hidup.

Kedua, dalam 3 tahun pertama. Simpan duit gaji. Tengok boleh simpan duit ke tidak. Masa ni dah boleh start survey cari rumah asas. Harga yang tak mahal. Maksud padan dengan gaji. Kalau ikut kelayakan memangla. Tapi takkanlah nak habis limit kelayakan.

Selepas 3 Tahun bekerja, biasanya ada kenaikan gaji. Pendapatan lebih stabil. Masa ini kalau saving dah banyak sikit, boleh apply loan untuk buat rumah. Kira betul betul loan berapa tahun dan berapa kena bayar setiap bulan. Kalau pasangan nak buat loan bersama, sama- sama bayar, Alhamdulillah.

 RANCANG PERBELANJAAN

Bila dah ada kereta asas dan rumah asas, simpanan pun dah ada, gaji dah stabil, bolehlah berkira- kira untuk tukar kereta dan renovate rumah atau beli aset yang lain. Biasanya selepas 5 tahun bekerja.

Kad kredit kena jaga- jaga. Jangan sampai habis limit. Pastu jangan bayar minimum 5 % je. Kalau guna, bayar banyak sikit. Supaya tak tertunggak. Interest dia sangat tinggi.

Personal loan kalau tak perlu, jangan apply. Komitment bulanan kecikkan. Loan kereta dan rumah biarlah potongan yang sepadan ngan gaji.

Contohnya kalau gaji 7k, bayar kereta 1K.

Benda ni subjektif, sebab ia bergantung pada lifestyle kau.

Loan rumah pun sama. Jangan sampai kau letak tangan atas dahi malam- malam sebab duit habis bayar loan.

BUAT BISNES CARI PENDAPATAN KEDUA

Kalau nak cepat dapat kereta dan rumah idaman, cubalah bisnes, cari pendapatan kedua. Pakat suami isteri buat betul- betul.

Makan gaji untuk menyara kehidupan.
Pendapatan kedua untuk mencari kekayaan.

Good luck adik- adik Pokyat.

Sumber: Hayat Muhamad