Dim Sum yang biasa kita makan di restoan cina Muslim memang enak sekali rasanya, terasa berkhasiat dan apabila digigit cukup lembut dan juicy, maklumkan dikukus sempurna dengan ramuan inti yang enak.

Setiap kali menjamu rasa, teringin juga untuk andai dapat menyediakan sendiri menu dim sum ini. Pun begitu, terbayang juga tentu sukar untuk membalut dim sum tersebut. Seakan ada seni dan skilnya yang tersendiri. Lantas sebab ini juga, membantutkan niat awal untuk menyediakan menu istimewa ini.

Pun begitu, tahukah anda teknik mambalut dim sim ini ada yang ringkas dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Adiba Amira yang juga berkongsi rakaman video langkah demi langkah untuk memberi kefahaman buat kita bersama.

Untuk itu, ini perkongsiannya.

Memandangkan ramai yang bertanya resipi dim sum by me ni.. Benda sedap kita kongsi bersama.. Meh sini scroll step by step saya ajar buat dimsum mudah dan confirm jadi. Selamat mencuba, selamat menjamu selera.

Bahan-bahan: Ayam kisar, lobak merah, bawang merah, lada hitam, tepung jagung dan sedikit garam, dumpling pastry

 

Cara penyediaan : 

Step 1 : Gaul semua bahan hingga rata dan sebati. 

 

Step 2 : Kulit dumpling dipotong dua. Ingat yer. Kulit ni jangan terlalu kena air di permukaan tapak. Nanti dia akan melekat dengan periuk kukus. Kalau nak elak daripada melekat, letak minyak pada periuk kukus. 

Step 3 : Ambil kulit dimsum dan letakkan ditapak tangan. Ambil sedikit air dan sapukan pada permukaan atasnya. Kemudian ambil isi dum sum yang telah dibulat-bulatkan. Letak di tengah-tengh kulit dim sum tadi dan balut kemas mengikut citarasa.

Sorry suara x jelas sbb buat vdeo time anak tdo. 😂

Posted by Nur Adiba Amira on Thursday, 26 September 2019

Step 4 : Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 15-20 minit.

Sedia untuk dimakan.

sumber : Nur Adiba Amira