Apabila sebut mengenai buah-buahan tentu ada yang mengemari sesuatu buah akan makan dengan jumlah yang banyak.
Bagi yang ‘hantu’ durian tu dengan bangganya akan mengatakan sekali makan satu biji pasti licin!
Begitu juga dengan rambutan atau manggis, sudah pasti bila makan tentu berbiji-biji.
Tapi tahukah anda sebenarnta makan buah-buahan ni tak boleh keterlaluan nanti mudarat kesihatan diri.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh pakar ini mengenai saiz hidangan yang betul apabila menjamah hidangan buah-buahan tempatan.
Makan buah ikut saiz hidangan yang ditetapkan.
“Habis 2 biji durian aku makan tadi.”
“1 kilo rambutan beli tadi habis aku sorang makan.”
“Alah, buah-buahan kan bagus, apa salahnya makan banyak.”
Antara 3 situasi yang paling kerap dengar. Bila sampai musim, makan buah-buahan sampai tak ingat dunia.
Buah-buahan memang bagus. Kaya dengan vitamin, mineral dan serat. KKM sarankan makan buah-buahan paling kurang 2 hidangan sehari.
Tahu tak berapa banyak 1 hidangan untuk buah durian?
3 ulas sahaja tau. Jadi kalau sudah melantak 2 biji seorang, mana datang 3 ulas kan?
Sumber: Rafsanjani Zainal
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club