Makan buah-buahan sememangnya penting kerana khasiatnya sangat bagus untuk tubuh badan kita. terutamanya ketika cuaca yang tidak menentu sebegini, mudah untuk jatuh sakit.

Tapi… Pernah tak alami lepas makan buah, terus jadi batuk! Pernah tak? Haaa itu mungkin disebabkan anda basuh tak bersih atau bukan dengan cara yang betul.

Nak cuci buah, bukan sekadar lalukan di bawah air sahaja tau! Kemungkinan kotoran atau racun serangga masih melekat di buah tersebut. Nak tahu cara betul cuci buah? jom ikuti perkongsian dari ibu dan juga seorang Doktor ini, puan Mazliana Mazlan.

Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul. Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.

Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.

Dalam buah, dan sayur jugak. Ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.

Cara Mudah Cuci Buah Guna Bahan Di Dapur

Ads

Nak cuci buah, anda boleh guna salah satu bahan di bawah ini:-

  • Garam.
  • Cuka.
  • Soda bikarbonat.

Makan Buah Nak Sihat, Tapi Batuk Pula! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ni Cuci Dengan Betul

Salah satu dari 3 bahan ni, wajib ada kat rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay!

Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi.
Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.

Ratio untuk basuh buah dan sayur:- 

Ads

1. Garam
– 1 sudu kecil garam : 1 cawan air

2. Cuka
– 1 cawan cuka : 3 cawan air

Makan Buah Nak Sihat, Tapi Batuk Pula! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ni Cuci Dengan Betul

3. Soda bikarbonat
– 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air

Makan Buah Nak Sihat, Tapi Batuk Pula! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ni Cuci Dengan Betul

Ads

Kacau bagi sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit.

Makan Buah Nak Sihat, Tapi Batuk Pula! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ni Cuci Dengan Betul Makan Buah Nak Sihat, Tapi Batuk Pula! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ni Cuci Dengan Betul

Kalini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Korang tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.

Sumber : Mazliana Mazlan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI