Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’?
Jawapan umum untuk pertanyaan mengenai ‘angin’ dalam badan:
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya… mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose… yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside. Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan.
Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’. Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Ads
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semulajadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
Ads
Tips untuk sistem penghadaman yang baik:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
Ads
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Sumber: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mesti ada yang tercari-cari petua untuk dapat menjadikan dapur yang sering digunakan agar sentiasa nampak berkilat macam baharu walau sudah bertahun-tahun digunakan.
Kebiasaanya bila memikirkan untuk membersihkan dapur memasak, mesti perkara utama yang kita perlukan adalah sabun pencuci. Kalau tiada bahan pencuci berkualiti tinggi mesti kita rasa mana mungkin boleh menjadikan dapur memasak bersih dan berkilat.
Tapi ada yang lupa, sebenarnya walau menggunakan bahan sedia ada di dapur juga dapat menjadikan dapur memasak dibersihkan seperti baharu.
Ini sepertimana petua yang dikongsikan oleh Dapur Pak San di dalam group Masak Apa Hari Ni.
Cara Bersihkan Dapur Berkilat Macam Baru
Langkah 1 : Tabur atas dapur baking soda dan garam.
Langlah 2 : Kemudian tuang sabun cuci piring.
Langkah 3 : Lumur bagi sema rata ke semua tempat. Tutup guna tisu dan tuang cuka. Pastikan cuka meresap dan basah.
Langkah 4 : Biarka dalam 1 jam. Selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk.
Inshaallah senang bersih kotoran degil atas dapur dapur. Untuk kuali pun boleh guna tips ini.
Setiap daripada kita pasti menyimpan momen indah dan manis ketika zaman kecil kan. Malah, gambar-gambar lama yang ada pasti meninggalkan memori yang sukar dilupakan. Demikian juga dengan pelakon cantik manis, Fasha Sandha.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, dia memuat naik sekeping gambar waktu kecil bersama kakaknya, Farra Sandha.
Dalam perkongsian tersebut, Fasha menyelitkan kehidupannya waktu kanak-kanak yang tidak semewah kawan-kawan yang lain.
Perjalanan kami membesar tidak semewah kanak2 lain, namun kami sangat bahagia. Selamat hari lahir buat kakak sulung kesayanganku Farra Sandha (gambar belah kanan tu ) i belah kiri tu, sama2 comel kan.. 😇😊
Namun dia tetap bahagia dan bertuah kerana mempunyai kakak yang penyayang biarpun suka membulinya ketika kacil dahulu.
Kak, Walaupun you Always bully me when i was small, i know you love me kak… Thank You for always showering Your Unconditional love on me sejak kita kecik lagi…
Perkongsian tersebut dibuat sempena hari kelahiran kakaknya yang ke 36 tahun.
Happy 39th kakak Ku, jom dear followers ku semua doakan agar kakakku diberikan kesihatan yang baik dan sukses dunia akhirat. We love you kak. Hope to see u and family soon. Kakak kita takde IG sebab dia tak suka media sosial 😆 Kalau nak dm, boleh dm anak laki dia @dani_raiyan 💓💘 Happy birthday kakak 5th Feb
Namun apa yang mencuri perhatian adalah wajah comel Fasha waktu kecil. Rata-rata mengakui anak perempuannya Putri Raysha Jemaima memang copy paste wajah mommynya. Comel dan manis je kan!
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.