Makan Bersuap Antara Tip Suami Isteri Kena Buat. Barulah Makin Sayang!

Share

Pastinya semua pasangan suami isteri mahukan hubungan yang kekal hingga akhir hayat. Melalui facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad beliau memaparkan sepuluh tips kebahagian suami isteri. Perkongsian Ustaz Abu Sufyan. Memang amat bermanfaat sebagai panduan bersama.

1. Makan bersuap. Suap isteri kita makan, asing isi bg lauk yg bertulang, amik hidangan yg jauh utknya.

2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami.

3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.

4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau sesekali suruh isteri rehat kita yg masak lauk istimewa.
5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku atau kitab.
6. Kemas rumah; lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yg patut.

7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. Insyaaallah seluruh hidup isteri akan berseri pagi tu.

8. Peluk dari belakang sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sink. Bisik kat telinga “Jazakillahukhairan sygku.”

9. Berkongsi gelas yg sama utk minum/berbuka puasa.

10. Selalu mandi bersama.Gosokkan daki, scrubkan badan, syampokan rambut.

Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas2 yg dibenarkan syara’.

Inilah sebahagian usaha untuk kita buat yg terbaik utk isteri-isteri kita. Seperti kata Nabi Sallallahu alaihi wasallam

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap istriku” (HR. Ibnu Majah)

Semoga bermanfaat.