Ibu ratu hati anak-anak, pengorbanan mengandung, melahirkan dan membesarkan kita tidak terbalas dek harta dan wang ringgit.
Sebab itu, kita kena hargai selagi mereka masih ada di sisi kita. Perginya ibu tiada pengganti, sebab itu walau bagaimana sekali pun layanan ibu terhadap kita, jangan ambil hati apatah lagi marah. Itulah ‘syurga’ syurga kita.
Gambar hiasan
Perkongsian daripada facebook puanFarizal Radzali cukup menyentuh hati. Ada ibu yang suka menunjukkan kasih sayang ada ibu yang sebaliknya, namun percayalah tidak ada ibu di dunia ini yang tak sayangkan anak-anaknya. Cuma cara dan pendekatan mereka dalam melahirkan rasa kasih dan cinta buat anak-anak berbeza-beza.
Ads
Gambar hiasan
Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.
Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.
Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.
Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.
Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.
Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.
Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
Gambar hiasan
Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.
Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
Gambar hiasan
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.
Sekiranya Syawal yang lalu, ada ketua rumah yang kekok untuk menjadi imam Solat Sunat Aidilfitri, kini sekali lagi perasaan gementar kembali bertandang di hati menjelang Raya Haji yang bakal disambut esok hari iaitu pada 20 Julai 2021.
Memandangkan tidak semua berpeluang menunaikan solat Aidiladha di masjid dek kerana kekangan bagi menjaga SOP. Begitulah jika namanya raya, rasa macam tak kena kalau tak buat solat hari raya.
Jadi buat ketua keluarga bolehlah jadikan panduan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda bersama isteri dan anak-anak untuk mendirikan solat sunat Aidiladha di rumah.
Dikesempatan ini KELUARGA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk semua dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambutnya di dalam suasana yang lebih meriah dengan dapat berkumpul beramai-ramai di masjid menunaikan solat secara berjemaah. Amin…
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha ◎ Rakaat Pertama
– Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
– Membaca doa iftitah.
– Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
◎ Rakaat kedua
– Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
– Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
– Memberi salam.
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..
KHUTBAH AIDILADHA 2021-JAKIM (EDISI BACAAN DI RUMAH)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Masalah miss V gatal memang menjadi sebahagian masalah bagi wanita-wanita. Tidak hanya masalah wanita berkahwin, si dara single pun selalu mengalami masalah ini.
Kegatalan pada vagina biasanya berlaku disebabkan bakteria yang menyerang di kawasan ini. Ada banyak faktor terjadinya masalah ini. Antara salah satu sebabnya adalah soal kebersihan.
Bila gatal datang secara tiba-tiba, rasa merenyam dan gatal terlampau memang buat kita rasa tertekan. Sebenarnya langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah jangan sekali-kali menggaru di kawasan ini. Ini buat keadaan makin buruk dan boleh mengakibatkan keradangan di kawasan sekitar.
Selain berjumpa dengan doktor, anda juga boleh mencuba beberapa petua mujarab ini di rumah. Petua tradisional adakalanya serasi dengan kita. Rugi tak cuba dua tiga cara ni.
Bagi mengatasi masalah gatal -gatal pada vagina, elok anda cuba petua tradisional yang disarankan ini. Petua tradisional ini telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dulu.
Rebusan Daun Sireh 3 Bahan
Bahan-bahan:
7 helai daun sireh
1 ibu jari asam jawa
Air secukupnya
Caranya:
1. Basuh helaian daun sireh hingga bersih.
2. Kemudian rebus daun sireh bersama asam jawa dengan air secukupnya.
3. Angkat dan biarkan suam kemudian buatkan basuhan selepas membuang air kecil atau mandi.
4. Lakukan langkah ini beberapa kali. Pastikan ia suam.
Rebusan Daun Inai
Bahan-bahan:
Segenggam daun inai
7 helai daun sireh
Caranya:
1. Didihkan daun inai bersama daun sireh dengan air secukupnya.
2. Apabila airnya bertukar menjadi kekuningan dan semakin pekat, tutup dan biarkan sekejap.
3. Apabila airnya suam, buatkan basuhan selepas membuang air kecil.
Air Garam & Asam Keping
Bahan-bahan:
5 asam keping
Garam
Air secukupnya
Caranya:
1. Didihkan bahan-bahan ini dan tutup apinya.
2. Bila sedikit sejuk, basuh pada miss V dengan kerap.
3. Kalau terasa gatal, cepat-cepat basuhnya dengan air ini.
Selamat memcuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak walaupun sudah semakin membesar dan punya adik-adik namun jauh disudut hatinya, dia pasti rindukan belaian dari ibu dan ayah.
Terkadang mak ayah tak perasan akan hal yang semacam ini. Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah jangan terlepas beberapa tanda ini. Anak rindukan belaian dari kedua orang tuanya.
7 tanda-tanda anak sedang nak bagitahu yang dia rindu & mahukan perhatian kita
1. Dia kerap panggil kita dan minta kita tengok dia buat apa.
2. Dia ajak kita teman dia bermain.
3. Dia tiba-tiba boleh datang peluk kita.
4. Dia minta kita suap dia makan walaupun dah besar.
5. Dia nak bercerita sesuatu pada kita. Kadang kisah kawan dia, kadang kisah dia masa kecil.
6. Dia kemas mainan sendiri tanpa di suruh lepas tu tanya kita “bangga tak?”
7. Dia bawa sikat datang minta kita sikatkan rambut dia.. setiap anak ada bahasa rindu masing masing.
Jadi mak ayah jangan buat tak kisah bahasa badan yang ditunjukkan anak ini. Kadang mereka tidak pandai meluahkan rasa hati namun perhatikan tanda-tanda ini.
Biar kasih sayang tetap sama biarpun anak sudah besar!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...