“Mak Tak Nak Sunat! Orang Kata Sakit!” Ini Kaedah-Kaedah Berkhatan Yang Patut Ibu Bapa Ambil Tahu.

Share

“Mak Tak Nak Sunat! Orang Kata Sakit!” Ini Kaedah-Kaedah Berkhatan Yang Patut Ibu Bapa Ambil Tahu.

Cuti sekolah dah nak dekat, mestilah anda semua dah ada perancangan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Mesti ada yang dah rancang nak pergi bercuti, balik kampung, etc. Ada juga yang dah mula terfikir untuk bawa anak lelaki untuk berkhatan.

Walaupun doktor pakar yang akan melakukan operasi berkhatan tetapi sebagai ibu bapa, kita juga perlu ada pengetahuan asas mengenai kaedah-kaedah yang bakal dijalankan, ini penting bagi memudahkan anda untuk menjaga anak-anak selepas proses ini selesai.

Jom kita lihat sendiri kaedah-kaedah berkhatan yang dikongsikan oleh Dr Khairul Faizie, semoga ia bermanfaat buat anda!

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia,berkhatan adalah terma yang digunakan di mana pembedahan kecil sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘circumcision’.

Secara lumrahnya kebanyakan prosedur khatan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama Islam ataupun dinamakan ‘ ritual circumcision’ di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal. Terdapat dua teknik yang digunakan untuk prosedur berkhatan, teknik “freehand” dan teknik “clamp”.

TEKNIK FREEHAND

Teknik “freehand” menggunakan gunting, forceps, etc. Teknik ini, akan memotong kulit berlebihan kemudian akan dijahit. Seiring dengan kemajuan teknologi, alatan seperti gunting telah digantikan dengan alat yang dipanggil sebagai “Diathermy”. Bukan sahaja untuk berkhatan, tetapi banyak lagi pembedahan lain yang menggunakan alat ini.

Apa itu “Diathermy”? Walaupun “Diathermy” juga dikenali sebagai “sunat laser”, sebenarnya bukanlah laser.. Pembedahan yang menggunakan “Diathermy” dipanggil Electrosurgery, kerana alat “Diathermy” menggunakan cas elektrik berfrekuensi tinggi, untuk menghasilkan haba. Haba yang terhasil akan digunakan untuk memotong kulit atau tisu dan untuk menghentikan perdarahan (coagulation) dengan cara ia meterai saluran darah.

Disebabkan itu, berkhatan menggunakan “Diathermy” meluas bagi yang memilih teknik “freehand” kerana mudah untuk mengawal perdarahan dan hasil potongan kulit pun lebih kemas. Proses penyembuhannya juga adalah lebih cepat. Proses penyembuhan kulit yang tinggal selepas dijahit dipanggil sebagai “Primary Intention Wound Healing”, dimana bekas potongan dirapatkan dengan jahitan benang.

TEKNIK CLAMP

Teknik “clamp” pula, dipanggil juga sebagai berkhatan menggunakan devices (circumcision via devices).

Berkhatan menggunakan devices clamp itu, akan sembuh lukanya dengan proses yang dipanggil sebagai “Secondary Intention Wound Healing”, di mana tiada jahitan digunakan. Teknik “clamp” akan mengepit lapisan kulit yang ingin dibuang supaya tiada aliran darah di kulit tersebut. Hasilnya, kulit akan mati dan tanggal.

Sesiapa yang berkhatan menggunakan teknik “clamp” perlu menunggu antara tujuh hingga 10 hari untuk “clamp” itu tertanggal (tertanggal sekali kulit yang telah mati). Perlu diketengahkan juga bahawa terdapat kes di mana “clamp” ini tidak akan tertanggal sendiri, maka harus ditanggalkan secara “manual” oleh doktor yang dipercayai agak sakit. Oleh kerana proses penyembuhannya ialah “Secondary Intention”, maka proses penyembuhan agak lambat berbanding “Primary Intention”. Selepas “clamp” itu tertanggal,1 – 2 minggu diperlukan untuk kawasan berkhatan tersebut pulih seluruhnya.

Ha…sekarang anda telah mengenali tentang kaedah-kaedah berkhatan. Jadi, anda tidak perlu khuatir untuk membuat pilihan untuk anak lelaki anda. Alang-alang tengah berbincang tentang topik berkhatan, BINTANG KECIL akan mengadakan acara berkhatan yang dipanggil sebagai “Jom Sunathon”! Terhad kepada 30 kanak-kanak sahaja ya dan yang lagi menarik adalah acara berkhatan ini akan menggunakan “Diathermy”! Tunggu apa lagi? Cepat-cepat tekan “link” di bawah!

https://toko.ideaktiv.com/product/jom-sunathon-bintang-kecil/

Sumber: Dr Khairul Faizie

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club