Mak tak dapat terima keputusan periksa, “Kalau result teruk, tak payah belajar, habiskan duit saja, kahwin terus.” Sebagai ibu bapa, melihat anak berjaya dalam pelajaran adalah salah satu impian terbesar. Namun, kadang-kadang keputusan peperiksaan anak tidak mencapai tahap yang diharapkan.
Perasaan kecewa, sedih, atau marah mungkin muncul apabila usaha yang telah diberikan oleh anak tidak mendatangkan hasil yang baik. Namun, adalah penting untuk memahami bahawa keputusan peperiksaan yang buruk bukanlah penamat kepada segalanya, dan terdapat cara yang lebih baik untuk menghadapi situasi ini dengan bijak dan berhemah.
Berikut perkongsian oleh Farizal Radzali
Semalam keluar result STPM semester 2. Ada seorang kawan anak saya yang sama-sama amik result. Dia kata, masa mak dia hantar ke kolej, mak dia warning, “kalau result kau teruk, takyah belajar dah, habiskan duit je. Kawin je terus senang,”
Jadi dia datang kolej dengan susah hati, sedih, takut, semua ada. Lepas dapat result, yes, result dia teruk. Pointer 1.99 Dia nangis. Hantar msg kat mak dia. Mak dia bluetick dan tak reply apa-apa.
2-3 kali dia hantar mesej kat mak dia. Minta maaf bagai. Tapi mak dia bluetick je. Dia dah nangis mcm apa kat kolej. Kalaulah saya ada di sana masa tu, mmg saya peluk dia. Dia betul-betul perlukan sokongan dan semangat.
Sampai masa nak balik, dia cakap kat anak saya, dia takut nak balik rumah. Kalau ada tempat lain nak dituju, dia tak nak balik rumah.
Allah. Saya yang dengar ni pulak rasa meruntun jiwa nak nangis sama. Kenapa la mak dia buat macam tu. Anak tu bukan org jahat tak dengar cakap mak ayah. Anak tu budak baik. Cuma dia tak pandai belajar je.
Nanti kalau anak lari dari rumah, atau buat perkara yg tak betul, dah kata anak tu anak tak guna juga. Anak dah remaja kot, bukan umur 10 tahun. Dah 19 tahun. Dah matang.
Mak ayah, jangan buat macam ni. Dia tak pandai belajar, mungkin dia pandai bahagian lain. Mana tau anak tu yang akan jaga kita masa kita dah tua nanti.
Kalau boleh guru-guru pun ambillah perhatian kat anak-anak yang dapat result tak berapa elok ni. 2 jam pertama tu mungkin excited untuk raikan murid yang result baik. Lepas tu tanya-tanyalah keadaan anak-anak yang dapat result kurang ok ni. Jangan pulaukan terus. Ada antara mereka yang nampak ok tapi sebenarnya mereka tak ok.
Kekecewaan ibu apabila keputusan peperiksaan anak yang teruk adalah perasaan yang biasa, namun cara kita menguruskan kekecewaan tersebut sangat mempengaruhi perkembangan emosi dan prestasi anak pada masa hadapan.
Sumber: Farizal Radzali
Baca artikel lain juga: Dapat Keputusan Cemerlang STPM 2021, Rupanya 2 Pelajar Perempuan Ni Ada Amalannya!
Bapa Pinjam Orang Kampung RM120 Hadir Majlis Pengikhtirafan STPM Anak Dapat 4.0 PNGK
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my