Mak tak dapat terima keputusan periksa, “Kalau result teruk, tak payah belajar, habiskan duit saja, kahwin terus.” Sebagai ibu bapa, melihat anak berjaya dalam pelajaran adalah salah satu impian terbesar. Namun, kadang-kadang keputusan peperiksaan anak tidak mencapai tahap yang diharapkan.
Mak Tak Dapat Terima Keputusan Periksa
Perasaan kecewa, sedih, atau marah mungkin muncul apabila usaha yang telah diberikan oleh anak tidak mendatangkan hasil yang baik. Namun, adalah penting untuk memahami bahawa keputusan peperiksaan yang buruk bukanlah penamat kepada segalanya, dan terdapat cara yang lebih baik untuk menghadapi situasi ini dengan bijak dan berhemah.
“Kalau Result Teruk, Tak Payah Belajar, Habiskan Duit Saja, Kahwin Terus”
Semalam keluar result STPM semester 2. Ada seorang kawan anak saya yang sama-sama amik result. Dia kata, masa mak dia hantar ke kolej, mak dia warning, “kalau result kau teruk, takyah belajar dah, habiskan duit je. Kawin je terus senang,”
Jadi dia datang kolej dengan susah hati, sedih, takut, semua ada. Lepas dapat result, yes, result dia teruk. Pointer 1.99 Dia nangis. Hantar msg kat mak dia. Mak dia bluetick dan tak reply apa-apa.
2-3 kali dia hantar mesej kat mak dia. Minta maaf bagai. Tapi mak dia bluetick je. Dia dah nangis mcm apa kat kolej. Kalaulah saya ada di sana masa tu, mmg saya peluk dia. Dia betul-betul perlukan sokongan dan semangat.
Sampai masa nak balik, dia cakap kat anak saya, dia takut nak balik rumah. Kalau ada tempat lain nak dituju, dia tak nak balik rumah.
Ads
Allah. Saya yang dengar ni pulak rasa meruntun jiwa nak nangis sama. Kenapa la mak dia buat macam tu. Anak tu bukan org jahat tak dengar cakap mak ayah. Anak tu budak baik. Cuma dia tak pandai belajar je.
Nanti kalau anak lari dari rumah, atau buat perkara yg tak betul, dah kata anak tu anak tak guna juga. Anak dah remaja kot, bukan umur 10 tahun. Dah 19 tahun. Dah matang.
Mak ayah, jangan buat macam ni. Dia tak pandai belajar, mungkin dia pandai bahagian lain. Mana tau anak tu yang akan jaga kita masa kita dah tua nanti.
Ads
Kalau boleh guru-guru pun ambillah perhatian kat anak-anak yang dapat result tak berapa elok ni. 2 jam pertama tu mungkin excited untuk raikan murid yang result baik. Lepas tu tanya-tanyalah keadaan anak-anak yang dapat result kurang ok ni. Jangan pulaukan terus. Ada antara mereka yang nampak ok tapi sebenarnya mereka tak ok.
Kekecewaan ibu apabila keputusan peperiksaan anak yang teruk adalah perasaan yang biasa, namun cara kita menguruskan kekecewaan tersebut sangat mempengaruhi perkembangan emosi dan prestasi anak pada masa hadapan.
Mangsa nahas Jeju Air, “Ketika saya sedar, saya sudah diselamatkan.” Seorang daripada dua mangsa terselamat dalam nahas pesawat yang meragut 179 nyawa pada Ahad berkata, dia hanya menyedari telah diselamatkan apabila sedar selepas kejadian, lapor agensi berita Yonhap.
Mangsa Nahas Jeju Air, “Ketika Sedar, Saya Sudah Diselamatkan”
Mangsa, seorang pramugara berusia 33 tahun yang hanya dikenali sebagai Lee, merupakan kru penerbangan pesawat Jeju Air yang terbakar selepas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada pagi Ahad.
Pesawat disyaki mengalami kegagalan gear pendaratan dilaporkan mendarat tanpa roda, menyebabkan ia tergelincir daripada landasan dan melanggar dinding pagar luar landasan. Foto Xinhua
Lee pada mulanya dirawat di sebuah hospital di Mokpo, 311 kilometer di selatan Seoul, sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Wanita Ewha di ibu negara.
“Ketika saya sedar, saya sudah diselamatkan,” katanya kepada doktor, menurut Pengarah hospital itu Ju Woong, dalam satu sidang media.
Ju tidak bertanya secara terperinci mengenai kemalangan itu kerana beranggapan ia tidak akan membantu proses pemulihan pesakit.
“Dia mampu berkomunikasi dengan baik.
“Setakat ini, tiada tanda-tanda hilang ingatan atau seumpamanya,” kata Ju.
Lee kini dirawat di unit rawatan rapi selepas disahkan mengalami patah tulang.
Ju memaklumkan mangsa diberi penjagaan rapi kerana kemungkinan komplikasi termasuk lumpuh sepenuhnya.
Sementara itu, mangsa kedua yang terselamat, seorang pramugari berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Koo sedang dirawat di Pusat Perubatan Asan, Seoul.
Koo dilaporkan dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan di pergelangan kaki dan kepala. Bagaimanapun, kakitangan perubatan enggan mengulas lanjut mengenai keadaannya.
Insiden melibatkan pesawat B737-800 milik Jeju Air itu berlaku ketika ia cuba melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer ke barat daya Seoul pada Ahad.
Pesawat yang disyaki mengalami kegagalan gear pendaratan itu dilaporkan mendarat tanpa roda, menyebabkan ia tergelincir daripada landasan dan melanggar dinding pagar luar landasan.
Nahas yang berlaku sekitar 9 pagi itu menjadikan insiden ini sebagai tragedi penerbangan paling dahsyat di Korea Selatan dan ketiga paling maut yang melibatkan syarikat penerbangan Korea.
Lebih setahun mendirikan rumah tangga dan berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri, pelakon dan penyanyi, Janna Nick merayu orang ramai agar berhenti bertanyakan soal zuriat kepada dirinya.
Tambah Janna lagi menerusi videonya di Instagram, dia dan suaminya, aktor Dini Schatzmann sudah mencuba pelbagai kaedah sepanjang perkahwinan mereka malah pernah melakukan rawatan IVF setahun lalu.
Dia yang terkesan malah menangis sambal meluahkan rasa sedih dan tidak dapat menerima komen nista yang dilemparkan individu yang menuduh suaminya mempunyai hormon wanita.
“Kami dah buat macam-macam yang terbaik untuk dapatkan anak. Bila orang tanya saya bila nak ada anak, saya pun tak tahu nak jawab apa. Saya pun tanya kepada Allah bila saya boleh dapat anak.
“Macam-macam ujian kami dah buat dan bulan 10 genap setahun saya buat rawatan IVF tapi gagal.
“Saya dan Dini tahu keadaan kesihatan kami. Saya pun kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang makan masa yang panjang sebab saya nak ubah cara hidup, kerja dan pemakanan,” katanya sambil menangis.
Cuba macam-macam rawatan dan petua
Lebih memilukan kata Janna lagi, dia juga pernah mencuba pelbagai petua dan kepercayaan termasuk meminta penyanyi, Nabila Razali yang kini hamil untuk memijak jari kakinya kerana dikatakan sebagai salah satu petua mendapatkan anak.
“Orang beri saya petua suruh ibu mengandung pijak jari kaki, ya saya ada suruh Nabila Razali pijak jari kaki saya. Saya sangat terdesak nak anak.
“Nak dapatkan anak ni, adalah kerja Allah dan bukan kerja kita,” luahnya.
Menerusi perkongsian itu, Janna juga turut berkongsi pelbagai usaha lain yang dilakukannya untuk memiliki zuriat sendiri termasuk pergi berurut dan beberapa rawatan lain berkaitan kesuburan.
Terdahulu, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga di sebuah resort mewah di Pantai Chenang Langkawi pada 10 Jun lalu.
Akhirnya, terjawab sudah persoalan tentang rumah tangga pasangan pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam, yang disahkan bercerai setelah satu dekad bersama.
Cik Epal membuat pendedahan itu di Instagram miliknya dengan menyertakan sekali gambar dirinya yang sedang tersenyum berlatar belakang pemandangan di sebuah tasik.
“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.”
Dalam pada itu, dia juga pasrah bahawa apa yang berlaku pastinya ada hikmah disebaliknya dan mengakui kenangan bersama bekas suami tetap diingati
“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupon akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.”
Akhir coretannya menjelaskan setiap yang terjadi adalah ketentuan Yang Maha Pencipta dan sebagai hambanya kita hanya merancang sebaliknya Allah yang menentukan segalanya.
“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik.”
PEMINAT DOA DAN KUAT SEMANGAT
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati rata-rata peminat meluahkan sebak dengan perkongsian pilunya. Hati mana yang tidak sebak apabila harapan rumah tangga sehingga till jannah hanya tinggal kenangan. Antara komen nasihat dan kata-kata semangat peminatnya seperti berikut
“Stay strong cik epal syg. Semuanya ada hikmah.”
“My favorite couple dah tak ada. Semoga one day ada jalan utk kembali bersatu.”
“Stay strong CE u deserve better. insyaAllah soon Allah hadirkan seseorang yg selayaknya.”
“Semoga CE sabar dan kuat semangat ya .”
“Tumpang simpati. Harap baik-baik saja demi anak anak.”
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.