Kita hanya mampu merancang, namun yang menentukan hanyalah Sang Pencipta. Kehilngan insan tersayang pastinya meninggalkan kesan yang mendalam. Lebih-lebih lagi kepergiannya dalam keadaan yang mengejut.
Perkongsian seorang lelaki yang kehilangan ibu tersayang secara mengejut membuatkan ramai yang turut berasa sebak. Sedikit sebanyak memberi tamparan yang hebat kepada lelaki ini.
Menurut cerita lelaki bernama Johan menerusi twitter, arwah ibunya dimasukkan ke hospital akibat semput sebelum dimaklumkan berada dalam keadaan tenat.
Lebih menyayat hati, si ibu seakan-akan dapat merasai masanya sudah ‘sampai’ kerana sempat memasak juadah terakhir buat si anak.
Yang membuatkan Johan sedih bila mana dia tidak sempat menatap wajah arwah ibunya buat kali terakhir. Sebaliknya, dia hanya dapat menjamah Sambal Ikan Bilis yang dimasak oleh arwah bagi melepaskan rindu.
Sebak bila membacanya!
Sambal ikan bilis. Nampak biasa, kan? Tapi pada aku, tak. Inilah air tangan mak yang terakhir, yang dapat aku nikmati.
Pagi 28 Julai 2017, dapat berita mak warded sebab sesak nafas. Tapi dimaklumkan tiada apa yang merunsingkan, sekadar semput biasa sahaja.
Kebetulan tiket penerbangan sebenarnya telah dibeli dan dijadualkan akan berlepas dari Pulau Pinang ke Johor pada awal pagi 29 Julai 2017 untuk sama-sama meraikan abang yang bakal melangsungkan perkahwinan.
So dalam hati, esok sambil datang kenduri abang. bolehlah melawat mak sekali.
Namun pada jam 11.59 pagi, dapat berita mak tidak sedarkan diri.
Aku siap sedia pack barang, nekad drive balik Johor pada masa itu juga. Jam 12.11 tengah hari dapat berita mak tenat. Allah, otak kosong. Call kakak sambil menangis.
Selang beberapa minit dapat panggilan,
“Mak dah tak ada.”
Allah, luluh hati. Alhamdulillah masih waras memandu dan teruskan perjalanan balik ke Johor dengan perasaan yang hanya Allah saja tahu.
Sampai di Kluang, Johor jam 8 malam. Mak dimaklumkan sudah selamat dikebumikan. Luluh hati, hanya nampak tilam tempat jenazah mak diletakkan sebelum disolatkan.
Sehari sebelum mak ‘pergi’, sempat mak masak peninggalan air tangan mak, ‘Sambal Ikan Bilis’ untuk aku melepaskan rindu.
Mungkin mak tahu aku tak dapat jumpa mak buat kali terakhir. Mak, Johan rinduuu….
Sumber: Twitter Megat