Projek mencantikkan rumah, selain sekadar dibersihkan daripada habuk dan disusun atur semula kedudukan perabot agar selesa meraikan tetamu. Ada satu perkara yang dari dulu hingga kini, memang kita biasa akan buat bila tibanya musim perayaan. Lain tidak bukan, mestilah mengecat rumah. Maklumlah bila rumah dicat semula, barulah nampak lebih berseri-seri rumah yang dihuni.

Contohnya seperti rumah ini, tuan rumah memilih cat warna merah jambu yang digabungkan dengan warna putih sebagai tema raya kali ini. Terbukti, hasilnya memang luar biasa!

Mak Sentiasa Pesan Pada Kami Adik Beradik. Jika Rosak Perbaikilah & Jangan Robohkan!

Bercerita lanjut tentang rumah kayu berwarna merah jambu yang viral di media sosial, ini perkongsian lanjut daripada anaknya.

Okey tak warna cat macamni?
Code colour : Taupe pink 10YR 50/101 NIPPON, White on white 30GY 88/014 NIPPON.

Mak saya suka sangat bunga-bunga..Rumah kampung je. Tapi nyaman sangat.
Kg halaman tercinta saya ni di Bukit Pulau Melaka.

Ads

Mak Sentiasa Pesan Pada Kami Adik Beradik. Jika Rosak Perbaikilah & Jangan Robohkan!

Mak Sentiasa Pesan Pada Kami Adik Beradik. Jika Rosak Perbaikilah & Jangan Robohkan!

Ni lah tuan rumah (emak). Lagi sorang tuan rumah(ayah saya) tak suka bergambar. Jadi tak ada gambarnya.. Doakan ye sahabat semua moga mak ayah saya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur mereka.

Mak Sentiasa Pesan Pada Kami Adik Beradik. Jika Rosak Perbaikilah & Jangan Robohkan!

Ads

Rumah ini sudah berusia 45 tahun, ikutkan mak ayah nak warna lain, tapi saya bagi cadangan untuk warna ni. Mak ayah mula-mula risau juga sebab takut tak masuk dengan rumah papan kan.

Tapi saya yakin kan mereka, warna ni cukup cantik kalau dicatkan dirumah ni. Jadi mereka setuju. Ayah cuma pilih nak ada campuran putih. Jadi terjadi la rumah pink+putih.

Bercerita tentang kenangan masa cat rumah bila nak dekat raya memang tak kan saya lupakan. Indah sangat. Bergurau senda dengan adik beradik dan mak ayah. Sambil berkongsi pendapat untuk mencantikkan lagi rumah mak ayah. Masa tu lah dapat eratkan lagi silaturrahim sebab semua saling bantu membantu.

Mak Sentiasa Pesan Pada Kami Adik Beradik. Jika Rosak Perbaikilah & Jangan Robohkan!
Warna asal rumah sebelum dicat

Menariknya juga tentang rumah keluarga ini, siapa sangka pernah jadi lokasi shooting.

Ads

Seingat saya sudah 3 kali dah rumah kami dijadikan lokasi shooting. Tapi kami dah lupa cerita apa. Dah bertahun lamanya. Yang paling last sekali 5 tahun yang lepas.

Sekarang tinggal mak dan ayah sahaja dirumah tu. Sebab anak-anak semua dah bekerja luar. Kalau hari cuti, kami akan berkumpul sekeluarga bersama.

Mak Sentiasa Pesan Pada Kami Adik Beradik. Jika Rosak Perbaikilah & Jangan Robohkan!

Mak saya sayangkan sangat rumah ni. Memang dia sentiasa pesan pada kami adik beradik, jika ada kerosakan perbaiki lah. Jangan dirobohkan. Inilah kenangan yang tinggal nanti. Lagi satu sebab rumah peninggalan atok kami. Hasil titik peluh atok yang bina rumah tu. Jadi memang banyak kenangan di situ.

sumber : Syah Nabila 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI