Mak-mak Terasa Nak Cuba ‘Membaking’, Buat Dulu Kek Cawan Yang Mudah & Sedap Ni. Memang Menjadi!

Share

Andai kena gayanya, tiba-tiba sahaja mood rajin membakar kek dikalangan ibu-ibu ini boleh datang tanpa disangka-sangka. Apatah lagi, bila ada kemahuan hendak mencuba resipi bagi menguji  keenakan rasa kek yang dimasak dari air tangan sendiri.

Jadi apa kata, kali ini anda mencuba menyediakan kek cawan yang cukup ringkas ini yang dikongsikan oleh Puan Jamiah Tulisman.  Menurutnya lagi menu kek cawan ini sering disediakan untuk tujuan bisnesnya.

Nyata, melihat gambarnya pun nampak cukup menyelerakan dan boleh dicuba untuk dijadikan antara menu istimewa ketika minum petang bersama keluarga. Jom semak.


RESEPI KEK CAWAN MUDAH

Resepi kek cawan ni sangat mudah dan sangat sedap dan gebu. Kebetulan anak nak makan kek cawan, jadi saya share resipi di sini. Boleh la cuba nanti.

 

Biasa saya buat jualan untuk goodies atau dessert table. Memang tak muak kalau makan. Selamat mencuba. Saya sertakan video supaya nampak lebih jelas.

 

Bahan-bahan: (dapat 30-33 biji)

300gm mentega@marjerin (Saya guna marjerin Latifolia)
280gm gula perang
300gm tepung naik sendiri
5biji telur A
60gm coklat chip *jika suka

Cara:
1. Putar gula perang dan mentega hingga lembut dan kembang gebu
2. Masuk telur sebiji-biji
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan masuk coklat chip ..kaup balik rata

4. Tuang 3/4 penuh ke dalam cawan kek.Tabur coklat chip jika suka
5.

Bakar suhu 160-170c selama 30 minit atau hingga masak

*boleh tabur parutan chese,kekacang dan lain-lain
*boleh letak perisa disukai (esen vanila,esen pandan atau lain-lain)
Saya tak letak sebab macam tu jek pun dah sedap sangat

Sumber : Jamiah Tulisman