Ramai yang memilih melakukan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) sebagai jalan akhir untuk mendapatkan zuriat tanpa mengetahui pelbagai ilmu mengenai rawatan itu.
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan & Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre stres atau tekanan bakal ibu yang menjalani rawatan itu turut mempengaruhi keputusan rawatannya. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
IVF – Efek stress. “Effect of Stress on Each of the Stages of the IVF Procedure: A Systematic Review, 2024”
Kajian sistematik terkini mengenai kaitan antara stres & kejayaan IVF mendapati bahawa S T R E S :
• yang kronik & akut memberi kesan negatif kepada kualiti telur
• menjejaskan kadar kejayaan implatasi
• memberikan kesan negatif terhadap rawatan IVF
Ads
Hubungan antara stres sama ada fizikal, mental/emosi dan kejayaan IVF adalah kompleks serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Walaupun terdapat pelbagai kajian yang turut menidakkan kaitan stres & kejayaan IVF, secara peribadi, saya berpendapat stres turut mempengaruhi bukan sahaja keberhasilan IVF, malah perjalanan #ttc sepanjang kembara IVF.
Ads
Strategi pengurusan tekanan yang berkesan boleh memberikan sokongan yang berharga untuk pasangan yang bakal/sedang menjalani proses IVF.
Maka, adalah penting untuk memilih pusat kesuburan & pakar kesuburan yang memahami kerumitan ini & menyokong anda melalui setiap langkah sepanjang proses IVF.
Ads
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Bawang putih menjadi antara ramuan terpenting di dalam masakan. Bawang putih yang memiliki bau yang agak kuat kadang kala mengundang rasa tidak selesa bagi sesetengah orang. Malah tidak dapat dinafikan bila terhidu bawang yang sedang digoreng, aroma memang cukup menyelerakan!
Selain itu, sebagai mana semua ketahui bahawa bawang putih ini juga banyak mengandungi manfaat dan khasiatnya pada tubuh badan. Namun jika tidak diolah dengan baik semasa proses penyediaan makanan, khasiat bawang tersebut boleh berkurangan.
Oleh itu, ketahui bagaimana cara terbaik untuk kekalkan khasiatnya agar makanan yang dihidangkan untuk keluarga mempunyai khasiat yang terbaik. Ilmu bermanfaat ini telah dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
[su_highlight background=”#fefcee” color=”#d41941″]Tip Mendapat Nutrisi Yang Lebih Banyak Daripada Bawang[/su_highlight]
JANGAN potong bawang dan kemudian simpan di dalam bekas tanpa penutup ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan bawang-bawang tersebut diserang kulat!
2. HANYA potong bawang apabila mahu digunakan dalam masa 10-15 minit.
3. Jika ada lebihan bawang yang dipotong, RENDAM di dalam minyak kelapa atau minyak zaitun bagi mendapatkan nutrisi yang banyak.
Seulas bawang putih mengandungi:
* 1.76 gm air
* 4 kalori
* 0.19 gm protein
* 0.1 gm serat
* 0.99 gm karbohidrat
* 0.03 gm gula
* 0.01 gm lemak
Bebas kolesterol atau lemak tepu.
Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila tekak rasa tidak selesa, perit dan gatal-gatal itu yang membuatkan kita asyik rasa hendak berdehem dan terbatuk.
Jika dibiarkan, bukan boleh baik dengan sendirinya bahkan berbulan-bulan pula akan menanggung sakit batuk tersebut. Peritnya penyakit batuk ini bukan sahaja dirasa pada bahagaian kerongkong bahkan lebih kasihan jika batuk berpanjangan akan menyebabkan hingga ada yang terkucil dibuatnya.
Itu belum lagi sentuh bab tidur malam yang terganggu. Memang boleh membuatkan sesiapa sahaja akan berasa lesu jika batuk tidak dirawat.
Jadi apa kata anda amalkan 8 petua yang dikongsikan oleh Leha Yusuf dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur. Mana tahu salah satunya serasi dengan anda dan sekali gus mengurangkan masalah batuk yang dialami kini.
Selamat mencuba.
8 petua Legakan Batuk Guna Bahan Di Dapur
Batuk adalah salah satu sakit yang buat kita rasa tak selesa kan. Banyak petua untuk readakan batuk ni.
Kak Ya memang fobia dengan batuk sebab pernah kena batuk yang agak teruk dulu. Sekarang nie kalau sakit tekak je Kak Ya mesti buat terus salah satu petua yang ada ni.
Kak Ya kumpulkan 8 petua di bawah ni. Boleh cuba mana mana yang yang anda rasa sesuai dan boleh amalkan.
1.Air asam jawa
Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.
Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati.
Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.
2.Hilangkan batuk dengan madu
Caranya, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima.
Hilangkan gatal tekak dengan campurkan madu dan air
Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja.
Madu yang dicampur dengan air panas atau suam, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering serta tidak berhenti-henti.
3.Jus Lemon
Jus lemon sangat sesuai untuk orang yang mengalami batuk yang kering iaitu tidak berkahak. Boleh minum begitu sahaja, atau seperti yang dikongsikan di atas, campurkan dengan madu.
Caranya, potong dua sebiji lemon. Perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam.
Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.
Minum dan nikmatilah kelegaan tekak. Tekak yang gatal juga akan rasa lega.
4.Air garam
Caranya, tambahkan sedikit garam dalam air suam, agak-agak dalam setengah sudu besar. Kacau hingga sebati.
Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.
5.Limau nipis
Ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua.
Perahkan dalam air suam dan minum.
6.Limau nipis dan kicap
Salah satu petua menghilangkan batuk yang lain ialah dengan menggunakan limau nipis. Ambil sebiji limau nipis yang segar. Potong dua.
Ambil juga sesudu kicap. Perahkan sebiji limau nipis tadi ke atas kicap. Campurkan, gaul dan minum.
7.Kunyit
Jika batuk teruk dan gatal tekak, cara seterusnya ialah menggunakan kunyit.
Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi.
Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa.
8.Air suam
Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat.
Biase nye kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
Menikmati secawan teh panas tidak kira waktu sarapan atau lewat malam sekali pun mampu merubah mood seseorang menjadi lebih tenang.
Hal ini dapat dirasakan kerana adanya kandungan yang sangat bermanfaat yang dinamakan L-Theanine pada daun teh tersebut.
Pun begitu, ketahui juga apa yang perlu untuk pastikan anda sekeluarga mendapat manfaat dengan minum teh dan hindarkan daripada bahaya kesan terlalu banyak minum teh.
Jom semak perkongsian dari saintis ini.
MINUM TEH : APA YANG ANDA PERLU TAHU?
Teh hijau kaya antioksidan dan biasanya diminum pada kuantiti yang tinggi – untuk turunkan berat badan.
Meminum teh hijau juga kurangkan risiko diabetis dan stroke
Kajian mendapati meminum teh hijau pada kuantiti yang tinggi boleh sebabkan loya, lesu dan pening. Ini disebabkan teh hijau juga mengandungi kafein.
Menurut The 2015 Dutch Dietary Guidelines, kadar yang disarankan adalah 3 cawan sehari.
Walaubagaimanapun, meminum teh atau teh hijau pada kuantiti yang tinggi setiap hari boleh kurangkan penyerapan zat besi dan mungkin boleh menyebabkan anemia.
Meminum teh atau kopi pada kuantiti tinggi di kalangan kanak-kanak juga kurang sesuai kerana boleh kurangkan penyerapan zat besi.
Bagi pesakit batu karang, kajian mendapati bahan oksalat juga hadir dalam teh.
Pengambilan bahan tinggi oksalat pada kadar yang tinggi boleh sebabkan batu karang.
Kandungan oksalat dalam teh adalah;
a.Teh Pu-Erh (342 mg/200 mL)
b.Teh biasa (156 mg/200mL)
c.Teh hijau (80 mg/200 mL)
Menambah susu dalam teh akan kurangkan pembentukan batu karang kerana bahan oksalat kurang diserap ke dalam darah.
Bahan berkhasiat antioksidan juga kurang diserap dalam darah jika teh diambil bersama susu.
Justeru minum ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul