Para peminat masakan, bersoraklah! BRUNO Malaysia, jenama peralatan gaya hidup terkenal yang berasal dari Jepun, kini membuka kiosk rasmi mereka di The Gardens Mall, Kuala Lumpur! Kiosk ini menawarkan pelbagai peralatan premium yang akan memeriahkan pengalaman memasak harian anda dengan ciri-ciri yang pelbagai, mudah dan mesra pengguna.
BRUNO terkenal dengan produk inovatif dan bergaya, yang direka untuk memperkaya kehidupan dengan kepelbagaian dalam setiap peralatan. Semua produk ini memenuhi keperluan memasak dengan mudah melalui kawalan yang mesra pengguna, menjadikan pengalaman memasak lebih lancar.
Jordan Chin, Ketua BRUNO Malaysia di Oliyaya Sdn Bhd, berkongsi, “Kami sangat gembira melancarkan kiosk rasmi kami di Kuala Lumpur, menjadikan produk premium kami lebih mudah diakses oleh pelanggan yang mementingkan kepelbagaian, kemudahan, dan keanggunan di rumah mereka. Di BRUNO, kami ingin menjadikan memasak lebih daripada sekadar rutin; kami mahu produk kami menyatukan orang di atas hidangan yang sedap dan tanpa tekanan.
Produk BRUNO, yang diperkaya oleh rekaan dan kemahiran Jepun, membantu orang ramai mencipta pengalaman memasak yang mudah dan menyeronokkan. Kini, pelanggan boleh mencapai pengalaman ini dan mengubah dapur mereka dengan pelbagai peralatan kami dengan melawat kiosk baru kami di The Gardens Mall.”
Ads
Sama ada anda seorang yang sibuk dan memerlukan makanan berkhasiat buatan sendiri atau seseorang yang ingin menyediakan hidangan lazat untuk keluarga, peralatan BRUNO membolehkan anda dan orang tersayang mencipta hidangan yang menggugah selera dengan mudah dan bergaya.
Ads
Dengan BRUNO, anda boleh memanggang, mengukus, dan membakar hampir apa sahaja yang anda impikan, kerana setiap produk adalah pelbagai guna, membolehkan anda mencipta pelbagai hidangan setiap kali digunakan.
Setiap peralatan juga datang dengan gaya yang tersendiri, dipengaruhi oleh akar Jepun jenama ini, yang akan sesuai dengan estetika dapur moden anda. Peralatan ini dilengkapi dengan kawalan intuitif yang memudahkan setiap sesi memasak, memastikan proses memasak anda menyeronokkan dan bebas tekanan sambil memberi inspirasi untuk hidangan yang kreatif dan lazat.
Ads
Antara produk yang ditawarkan oleh BRUNO adalah BRUNO Hotplate yang tersedia dalam saiz Grande dan Compact untuk memenuhi keperluan pelbagai saiz kumpulan, BRUNO Grill Sand Maker yang sempurna untuk mencipta sandwic hingga waffle, dan BRUNO Steam & Bake Toaster yang boleh membakar roti, pizza dan banyak lagi di atas roti yang dipanggang dengan sempurna.
Kiosk rasmi BRUNO kini dibuka di T-K06, Tingkat Tiga, The Gardens Mall, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat dan lihat sendiri kehebatan peralatan BRUNO ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang perit untuk menerima kenyataan orang yang kita sayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi banyak kenangan bersama yang sehingga kini tersimpan di lipatan hati. Justeru, pelbagai cara dilakukan bagi melepaskan rasa rindu di hati. Antaranya termasuklah menziarahi kubur yang tersayang.
Cinta agung seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan pada lelaki yang tidak jemu menziarahi kubur isterinya. Hampir setiap hari dia berbuat demikian dengan tujuan untuk melepaskan rasa rindu di hati.
Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Bukti kasih sayang, bukti cinta dia
Kadang bawak cucu teman…kadang sendirian
Menurutnya, bapanya sering membawa anak angkatnya iaitu budak-budak tahfiz untuk menemaninya membersihkan kubur arwah isteri tercinta.
Abah jaga macam mana yang cinta hati dia suka
Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah S.W.T dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Entri tersebut ternyata mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan yang baik -baik buat bapanya.
Kegembiraan bakal bergelar ibu hanya seketika. Dalam sekelipa mata. bayi yang dikandung ‘hilang’ . Itulah yang berlaku kepada wanita bernama Farah Syazana.
Dalam keterujaan menantikan kehadiran si kecil dan ‘baby bump’ semakin membesar, siap nama untuk si kecil ini juga sudah disediakan. Namun dia terpaksa pasrah menerima takdir apabila disahkan mengalami keguguran.
Apa yang menjadi tanda tanya pada empunya diri adalah bagaimana kandungannya boleh gugur sedangkan sebelum itu dia tidak mengalami sebarang masalah dan hasil imbasan di hospital juga menunjukkan bayinya normal. Namun, dalam masa yang sama dirinya dihujani dengan pelbagai peristiwa ‘pelik’. Jelas isteri kepada Amirul Izzat itu lagi, dia berhadapan dengan pelbagai emosi di tempat kerja dan ‘gangguan’ di rumah seminggu sebelum keguguran.
25/10/2019
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI’UN.. Memori anak sulung ummi abi.. Ummi n abi namakan awak Aisyah Humaira Binti Muhamad Amirul Izzat nak.. Al Fatihah buatmu 🤲🏻😔😭 Awak tinggalkan ummi n abi di hari yg mulia sayang.. 😔🍃
SELAMAT JALAN ANAK UMMI ABI.. ALLAH LEBIH SAYANGKAN AWAK 😔😔😭😭😭 Coretan ni aku simpan kat sini untuk jadi memori n pengajaran buat semua ibu n bapa kat luar sana.. Mungkin agak nonsense tapi ni la realiti yg jd pd aku n suami 😔😔😔
2 minggu sebelum miscarriage ..
Aku scan baby still okay.. Mood aku pun okay.. Baby sihat, keadaan aku pun okay.. Sihat la nak dpt baby😂🤭
1 minggu sebelum miscarriage..(Di sini cerita bermula)
Emosi terganggu.. Penat dengan kerja.. Penat dengan mulut manusia.. Tiba2 kena marah.. Tiba2 orang reka cerita bukan2.. Tiba2 jadi sedih.. Tiba2 serba tak kena.. Sebab apa? Sebab MULUT MANUSIA.. Kesan pada sapa? Kandungan dalam perut aku ni.. Banyak pengalaman tak menarik jadi sebelum aku keguguran..
1) Suasana rumah jadi berubah.. Suram.. Tiba2 pintu kena ketuk.. Tiba2 dengar budak lari2 dalam rumah.. Tiba2 bunyi orang tarik meja kerusi..
2) Keadaan aku n husband agak tak okay.. Banyak misunderstand n so on.. Tapi still under control..
3) Tak sedap hati n rasa semacam yang jadi. Allah gerakkan hati aku untuk cari petunjuk Dia..
…
Tiba2 tok sedara yang buat rawatan islam chat, minta aku balik segera sebab ad yang nak bincang. Aku takde expect apa2.. Tapi aku xsedap hati..
Aku start buat solat sunat hajat, buat Yasin Mubin 3× selepas Maghrib, minta petunjuk Allah. Direct aku buat 5hari..
Tengah baca Yasin Mubiin, tiba2 ada suara sebijik mcm suami aku panggil aku dari belakang. Aku toleh. KOSONG. Means that iblis tengah mengganggu kekhusyukan aku. Aku ignore n teruskan. Tiba2 suami aku masuk dari luar, aku diam. Lepas siap baca yasin, aku sambung solat isyak n solat hajat. Dh settle aku tanya dia, “Abang ad panggil sy ke?” Dia kata, “Sy kat beranda rumah dari td laa.. dengar ustaz bg tazkirah, diorg pasang speaker so sy dengar la.” Aku diam.
Malam tu, aku mimpi ada beberapa orang yg aku kenal, berdiri di antara 2 pokok besar, dengan keadaan yg sangatlah berkabus n suram, gelap. Antara mereka tu ada seorang budak kecik. Muka aku xnampak. Tapi aku cam bayangan yang berdiri tu. Takpe. Aku anggap itu mungkin mimpi je.
3hari BERTURUT TURUT aku mimpi benda sama. aku tak sedap hati. Malam ketiga aku mimpi benda tu is SEMALAM.. n aku mimpi budak kecik tu jalan dengan diorang.. Seiringan.. Aku bangun dari tidur.. Demi Allah Yang Maha Esa, darah penuh atas tilam tempat aku tidur. Aku cuak. Bila aku tepuk2 pipi aku, yes aku bukan mimpi! Hati aku mula tak sedap. Tapi aku masih husnudzon.
Pegi klinik terus menangis.. Minta scan.. n Dr cakap Perut aku dah KOSONG.. On the spot.. Fikiran aku pun kosong.. Apa petunjuk mimpi tu? n apa sedang berlaku sebenarnya? Dr tanya, “Puan ada jatuh ke?” aku cakap takde. Dia sambung lagi, “Maaf puan, sy terpaksa bgtahu puan dh pun keguguran.. Tapi susah nak gambar sebab kantung pun dh xde dlm perut puan..sy xtahu apa punca dia..
Cuma lately ni puan ada stress ke? Tapi biasanya keguguran kalau sebab stress pun at least biasanya kantung akan ada puan.. apa pun semoga puan tabah” aku cakap banyak benda aku stress.then aku diam.. Aku buntu.. Suami cakap.. “Sayang, kita kena redha.. Biarlah yang mana nak sembah iblis n so on tu buat apa yang diorang nak.. Anak kita dah tunggu kita kat syurga..”
Allahuakbar, sebelum ni aku baca je cerita orang. Harini kena kat batang hidung sendiri. Bukan nak suruh percaya dengan sihir, but tolonglah gais kalau tengah mengandung. Berhati hati la dengan orang sekeliling tak kira sape pun dia. Serapat mana pun kita dengan dia, kita kena tahu bahawasanya kita takkan mampu tahu apa isi hati seseorang tu.
1)JANGAN PERCAYAKAN SESIAPA SEKELILING KAU
2)ELAKKAN MAKAN SEMBARANGAN
3)KAWAL EMOSI
4)MINTA PERLINDUNGAN ALLAH
5)JANGAN BG ORANG GOSOK PERUT KAU SEMBARANGAN
Berehatlah di syurga anak ummi, anak abi.. Ummi n abi akan sentiasa sayang anak sulung ummi n abi ❤️😔😭 Tunggu kami di syurga nak. Terima kasih sudi pinjam rahim ummi selama 3 bulan untuk awak berteduh.. Maafkan ummi sebab x mampu nak jaga awak nak.. 😔😔😭😭😭😭 Maafkan isterimu wahai suami 😔😔😭😭😭
Mungkin harini kau boleh guna ilmu iblis untuk jatuhkan orang. Tapi kau kena tahu kuasa Allah melebihi segalanya. Berhentilah tunduk dengan ajaran n perjanjian jin dan iblis. Demi Allah, sape pun punca, aku takkan halalkan dunia akhirat untuk perbuatan korang ni. Siapapun korang, semoga segera kembali ke jalan Allah. Tunggu la azab dekat akhirat nanti. Terima kasih atas petunjukMu ya Allah. 🤲🏻
Selamat jalan anak ummi..
Aisyah Humaira Binti Muhamad Amirul Izzat
25/10/2019
Selamat tinggal baby bump ummi 😔😭
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak kebelakangan ini, banyak pendedahan mengenai kecurangan pasangan dilaporkan. Tidak kurang juga isu ‘penyondol’ dikaitkan dengan beberapa orang artis dan juga selebriti.
Paling menakutkan apabila pasangan yang dalam proses penceraian tidak segan silu menceritakan ‘aib’ pasangan dan juga berperang di media sosial.
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun telah mengulas mengenai isu penceraian ini. Ada yang mengatakan ianya adalah disebabkan masalah hubungan intim.
Namun pendakwah ini menyangkalnya. Ikuti penerangan dari Ustazah Asma Harun mengenai punca penceraian.
Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ berkata, 90 peratus rumah tangga yang berakhir dengan perceraian adalah disebabkan pasangan itu mengabaikan solat.
Kata Ustazah Asma’, semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, fokus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh bertugas.
Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan.
Contoh, seorang suami yang tidak solat, pasti cenderung abaikan juga tanggungjawab asas sebagai suami, dan mempunyai sikap yang tidak menyenangkan.
Paling utama hilang berkat dalam hubungan dan terhalang rahmat Allah, maka hubungan intim yang sepatutnya sebagai ibadah boleh bertukar menjadi musibah.
Begitu juga dengan seorang isteri yang tidak solat, jika kewajipan paling utama sebagai muslim diabaikan dan tidak rasa berdosa, maka apa sangat nak rasa berdosa bila menolak ajakan suami tanpa sebab kukuh, walaupun amaran yang sangat berat.
Katanya lagi, masalah hubungan intim boleh dibantu dengan dua keadaan. Pertama, menjawab kepada soalan yang berkait hukum hakam hubungan intim manakala kedua adalah saranan agama dan rawatan perubatan.
Apa yang saya nak nyatakan, ilmu ini memang sangat penting. Ia boleh diperolehi daripada sumber fitrah semulajadi, atau dipelajari secara tidak langsung dengan capaian ilmu dari persekitaran atau boleh juga secara formal.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyarankan agar menggunakan ayat yang tidak menyebabkan kecenderungan untuk membayangkan secara jelas hingga boleh menaikkan syahwat selain tidak mendedahkan aib pasangan walaupun sudah tidak tinggal sebumbung.
Tambahnya, perlu juga menjemput individu yang bertauliah seperti doktor, kaunselor, perunding cara rumah tangga, peguam bagi memberi latihan khusus mengendalikan serta memberi konsultasi yang berkaitan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...