“Mak, Mak… Suara Anak Kecil Memanggil Ibunya Yang Sudah Meninggal. Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Menyedihkan Bawa Van jenazah!

Share

Mungkin bagi sesetengah orang melihat kerjaya pemandu van jenazah ini biasa sahaja. Namun, hanya yang mengalaminya sendiri tahu akan perasaan tersebut. Sayu, insaf,s edih dan pelbagai lagi rasa bermain di jiwa. Lebih-lebih lagi bila memandang wajah keluarga waris yang kesedihan dek kehilangan insan tersayang membuatkan hati menjadi sebak dan pilu.

Demikian pengalaman yang dilalui pemuda bernama Mohd Zulhairi Zainol atau lebih mesra dengan panggilan Hery apabila berdepan dengan situasi menyayat hati bila mana berdepan anak  yang menemani jenazah ibunya sepanjang perjalanan ke destinasi untuk urusan pengebumian.

 

ya Allah,sayu hati Hery pagi nie melihat anak kecil yang baru sahaja kematian ibunya,..walaupun ibunya hanya di sebelah tetapi ibunya telah meninggal dunia buat selamanya”….

Melihat anak kecil ini tidur lena Hery terpaksa perlahankan van jenazah supaya anak kecil selesa dan lena”..di samping pelukkan ayahnya”…

Ya Allah selamatkan perjalanan kami,..ya Allah alihkan lah hati anak ini supaya dapat menerima kehilangan ibunya”….kerana anak ini masih kecil”.,,acap kali dia memangil ibunya,..apakan daya ibunya sudah tiada”

ya Allah aku bersyukur kerana Engkau masih tidak menguji aku sebegini?mungkin aku yg dewasa ini juga tidak dapat menerima kehilangan orang yg di kasihi.

 

Demikian status yang dimuat naik oleh Hery di laman facebooknya sehingga tular dan di kongsi lebih 6000 kali.

Menurut Hery, kejadian tersebut berlaku awal pagi Selasa yang lalu ketika dalam perjalanan dari Hospital Putrajaya ke Kuala Kangsar itu untuk urusan pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat demam denggi.

Tambah Hery lagi, jenazah ditemani suami dan seorang daripada tiga anaknya dalam perjalanan yang mengambil masa hampir empat jam itu.

“Suami arwah beritahu saya anak bongsunya kena naik sekali dalam van jenazah sebab dia rapat dengan ibunya. Dua anak yang lain naik kereta berasingan.

“Biasanya kalau ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa kira-kira tiga jam, tapi saya memandu lebih perlahan daripada biasa. Bertolak dari dari pukul 2.45 pagi, pukul 6.20 pagi baru sampai,” katanya pada Selasa.

Mohd Zulhairi yang berpengalaman sebagai pemandu van jenazah sejak lebih dua tahun berkata, bapa kanak-kanak itu keletihan dan anak perempuannya dalam lingkungan tiga tahun pula didakapnya sepanjang perjalanan.

Beliau yang mempunyai tiga anak termasuk mempunyai anak kecil berusia setahun dan dua tahun, dapat menyelami perasaan kanak-kanak itu yang terjaga beberapa kali sepanjang perjalanan.

“Salah seorang anak saya berusia dua tahun, jadi biasanya anak kecil ini tidak mahu berenggang dengan ibu bapanya bila waktu tidur.

“Melihat kanak-kanak itu dari cermin pandang belakang van, saya tahu dia juga mahu tidur bersama (jenazah) ibunya. Saya sebak,” katanya yang sebelum ini tular kerana menjadi ‘runner’ yang sanggup menguruskan jenazah bermula daripada memandikan hingga ke liang lahad yang dilakukan secara percuma, menyentuh hati netizen.

Namun di tengah perjalanan pada kira-kira pukul 4 pagi, Mohd Zulhairi dikejutkan dengan suara sayup-sayup anak kecil itu yang menusuk sanubarinya.

“Saya sedang memandu ditemani rakan setugas, tiba-tiba anak kecil ini terjaga dari tidur dan memanggil ibunya, mak… mak… sedangkan ibunya ada di sebelah (dalam keranda).

“Apa yang saya perlu lakukan, ayahnya sedang tidur keletihan dan ibunya sudah pergi menemui Ilahi. Sayu saya dengar suara dia sayup-sayup, rasa nak menitiskan air mata.

“Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan keadaan seorang anak kecil yang menemani jenazah ibunya di dalam van yang saya pandu.

“Melihatkan keadaan itu, ia menjadi peringatan untuk saya sendiri bahawa setiap insan yang hidup di dunia suatu hari akan pergi juga (menemui Ilahi). Selagi mereka yang disayangi itu hidup, jagalah mereka sebaik-baiknya,” katanya dengan nada sebak.

Sumber: FB Mohd Zulhairi Zainol & Mstar