Ketika hendak cepat memasak di rumah, adakalanya kita terlepas pandang. Jangan sekali-sekali memecahkan telur terus ke dalam kuali, ada baiknya mak-mak pecahkan dahulu di dalam mangkuk.
Sebab apa? Banyak kemungkinan yang dikhuatiri melibatkan telur yang tercemar dan tidak boleh digunakan lagi. Perkongsian Dr Malar Santhi ini patut jadikan panduan. Beringatlah!
Nasib baik saya jenis kalau nak masak telur, memang pecahkan dalam mangkuk dulu ✅ bukan terus pecah kat dalam kuali. ❌
Ads
Telur ni baru beli kat pasaraya dalam 3-4 hari yang lepas. Beli kat pasaraya yang harga marhaen je, bukan pasaraya elit cam Jaya Grocer ke apa.
Tapi saya pernah je beli telur, ayam kat pasaraya elit, masih ada kerosakan. So takleh nak salahkan pasaraya, sebab mereka uruskan goods dalam skala yang besar.
Pada pendapat peribadi saya, kita sebagai pengguna yang kena cakna dan berhati hati. Ni lah kelebihan masak kat rumah, kita boleh jaga kebersihan dan kualiti makanan.
Ads
Sebab tu lah kami kaum wanita kaum Mak Mak ni asyik nak menyinga je kalau kami dalam dapur. Stress level tinggi tau nak memastikan kualiti mantap.
Ads
Anyways, saya nak masak bihun goreng.. so dah cuci telur ni, pecah masuk dalam mangkuk, ni haaaaa yang keluar. Hitam dan dah berkulat. Terus rasa nak muntah.
Syukur saya tak tuang dalam kuali terus atas mihun, kalau tak rugi makanan sekuali. Syukur ini telur pertama yang saya pecah.. jadik buang yang satu ni je!
Pesanan penaja: 1) SENTIASA PECAH TELUR DALAM MANGKUK DULU ~ periksa kualiti telur dengan menyeluruh dan teliti sebelum mencampurkannya dalam bahan masakan lain.
2) CUCI CENGKERANG TELUR SEBELUM MASAK ~ ni saya ada buat video. Boleh search and tengok ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penting untuk kita sentiasa menjaga kesihatan waktu hamil. Walaupun bukan anak pertama dan banyak pengalaman hamil, mak-mak perlu menjaga kesihatan diri. Lebih-lebih lagi ketika waktu demam. Jangan ambil mudah.
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman dalam tubuh badan. Jangkitan kuman baru yang kian menular amat membimbangkan terutama bagi ibu hamil. Paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah bergantung kepada pendedahan diri kepada kuman yang ada.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C, pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan.
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol.
Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Boleh jejas kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju.
Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan.
Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
Banyak perkara yang perlu diberikan selepas melahirkan anak melalui kaedah pembedahan cesarean. Ibu harus pandai menjaga diri sendiri dan mengikut kemampuan dirinya sendiri. Jangan paksa tubuh untuk bekerja lebih dari kemampuan.
Ikuti tip untuk cepat sembut selepas C-sec yang dikongsikan oleh Dr Maiza Tusimin, Pakar O&G.
Tips Cepat Sembuh Selepas C-sec
#1 Diet sihat suku Protein-suku Karbohidrat-separuh Sayur & buah-buahan.
#3 Jaga kebersihan luka – pastikan sentiasa kering & hanya sapukan ubat yang diberikan oleh Doc.
#4 Elakkan daripada mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 4 minggu pertama.
#5 Gunakan ‘abdominal binder’ untuk menyokong abdomen terutama ketika bersin, batuk, atau ketawa untuk mengurangkan gegaran. Pastikan binder tidak terlalu ketat agar aliran darah ke bahagian luka tidak terjejas
#6 Penting untuk bangun dari katil & berjalan perlahan sehari selepas pembedahan (kecuali C-sec yang ada komplikasi). Ini dapat membantu meredakan kembung perut, membantu melawaskan pembuangan air besar & mencegah masalah darah beku. Lagi lambat gerak, lebih lama masa diambil untuk sembuh.
#7 Jangan tahan untuk buang air kecil atau air besar. Lazimnya doktor akan bekalkan pelembut najis seperti Forlax selepas discaj dari wad.
#8 Teruskan pengambilan suplemen pranatal yang dapat membantu meningkatkan darah merah & proses pemulihan.
#9 Gunakan pek ais kecil untuk melegakan kegatalan di sekitar kawasan luka. Elakkan dari menggaru.
#10 Penyusuan susu ibu mempercepatkan proses pengecutan rahim.
#12 Sokongan emosi & fizikal dari suami & keluarga amat penting.
#13 Jangan takut untuk ambil ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor. Penting untuk kawal sakit luka agar ibu dapat menyusukan & boleh bergerak. Jangan risau, ubatan ini selamat semasa penyusuan ibu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.