Perasan tak dengan perangai anak-anak kita ini. Bila hendakkan sesuatu atau mengadu mesti orang pertama yang dicari, kita sebagai ibunya. Menurut Parenting Influencer Mohd Fhais Salim, ada sebabnya dan ini dikongsikan di dalam facebooknya untuk info bersama.
Ada sebab kenapa anak-anak ni suka mengadu pada ibu berbanding ayah!
Bila ada masalah je mengadu meluah pada ibu. Bila ada buat salah je mesti cari ibu dulu.
Nak meminta apa-apa pun, ibu la tempat pertama dia cuba nasib. Ini kerana cara ayah nak tenteramkan anak jauh berbeza dengan ibu!
Si ayah suka gunakan logik akal
Ads
Itu la bila anak datang mengadu, si ayah akan cenderung untuk bagi solusi dan teguran terus kat batang hidung. Apa yang logik di akal, itu la dia beri pada anak.
Si ibu penuh emosi
Berbeza dengan ibu. Dia prihatin dan penuh emosi.
Pertama sekali dia akan mendengar dengan teliti. Eye-contact sepanjang masa. Empati dengan luahan hati anaknya.Dia tak terus bagi teguran sebaliknya, dia bagi anak rasa tenang dahulu. Ini la sebabnya anak-anak suka meluah pada ibu.
Sebab ibu buat anak rasa tenang dan senang hati.
Ads
Sama juga kalau anak nak meminta sesuatu, mereka pasti akan bagitahu pada ibu dulu sebab ibu cepat memahami isi hati anaknya berbanding ayah.
Kalau dengan ayah meminta, pasti akan tanya macam-macam soalan. Penting ke benda tu, apa manfaat benda tu dan macam-macam lagi. Ini betul, bab berbelanja untuk anak-anak ni ayah memang cerewet sikit tapi kalau ibu dia sanggup berhabis duit untuk belanja anak-anaknya asalkan mereka happy.
Bagi ibu, buat anak happy itu la happiness dia!
Ads
Sumber : Mohd Fhais Salim
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Menunggu detik kelahiran adalah suatu yang mendebarkan. Bagi yang pertama kali bergelar bakal bergelar ibu bapa tentu berganda debarannya.
Lebih merisaukan apabila mak ayah di kampung tidak dapat merentas negeri dengan situasi kes yang semakin meningkat saban hari.
Tentu kita tidak mahu membahayakan kedua ibu bapa. Jadi jalan terbaik adalah melakukan urusan berpantang di rumah sendiri. Jadi sudah tentu pelbagai persiapan perlu dilakukan agar tidak kelam kabut.
Salah satu persiapan yang wajib diketahui adalah cara membersihkan uri bayi. Biasanya orang tua lebih berpengalaman perkara ini.
Biarpun tiada hukum atau hadis menjelaskan mengenai pengurusan uri namun ia merupakan anggota badan.
Jadi seeloknya dibasuh dan ditanam agar tidak menimbulkan masalah lain. Malah JAKIM sendiri mengeluarkan hukum bahawa menanam uri adalah harus.
Jadi inilah masa untuk bakal bapa tahu cara yang betul untuk membersihkannya.
1.Sediakan bahan dan perkakas lengkap.
Antara bahan untuk basuh uri yang diperlukan itu adalah :
Uri Garam Asam Jawa Kain Putih Sarung tangan Besen Topeng muka
2. Baca dengan bacaan Bismillah
Setelah siap sedia semua bahan untuk basuh uri bayi ini, Sekarang bolehlah kita mula dengan bacaan Basmalah.
3.Pakai sarung tangan dan topeng muka dahulu.
Kemudian pindahkan uri bayi daripada bungkusan ke dalam besen yang telah disediakan.
4.Lumurkan garam pada bahagian dalam uri, Setelah itu biarkan sekejap. Proses ini adalah untuk mencairkan darah yang telah beku.
5. Bersihkan darah
Sementara tunggu darah beku itu menjadi cair. Kita basuh dulu bekas plastik bungkusan uri tadi. Buat sehingga betul-betul bersih. Sebab plastik tersebut kita akan buang ke pelupusan sampah. Buang segala lebihan darah yang wujud. Bagi mengelakkan terjadinya bau busuk. Menghindari daripada menarik benda asing. Terutamanya haiwan seperti anjing, kucing dan sebagainya.
6. Cuci dengan air bersih.
Kembali semula pada uri yang telah di lumur dengan garam tadi. Saat ini alirkan air secara terus pada uri untuk melarutkan darah. Serta memisah kotoran yang ada pada uri. Gunakan juga asam jawa untuk proses ini.
7. Gosok permukaan uri secara keliling.
Dari luar ke dalam dengan menghala ke arah tali pusat.
8. Urut bahagian tali pusat hingga hujung.
Kemudian urut pula tali pusat dari pangkal hingga ke hujung. Supaya sisa darah yang ada dapat keluar melalui hujung tali pusat. Hati-hati kerana proses ini boleh buat darah terpercik ke muka.
9. Toskan sekejap
Setelah selesai langkah di atas, sekarang ini gosok pula pada bahagian dalam uri. Buat secara perlahan-lahan. Lakukan proses ini dengan lemah lembut. Bagi mengelakkan uri tidak terkoyak. Jika bahagian dalam terkoyak, dikhuatiri akan terlerai segala isi uri. Setelah siap, toskan sekejap.
10. Tunggu sebentar air turun kering
Sementara menunggu lebihan air turun, bentang kain putih untuk langkah terakhir Proses membalut ( bungkus ).
11. Bentang kain putih
Setelah uri siap ditoskan, letakkan uri di atas kain putih yang telah dibentangkan. Taburkan garam ke bahagian dalam uri secara menyeluruh. Macam yang saya tunjuk di bawah ini.
Peringatan keras! Jangan diletakkan benda asing dalam uri. Seperti paku, pensil, besi, gunting dan sebagainya. Melainkan jika ada unsur saintifik yang kukuh. Sebagai contoh meletakkan garam atau limau nipis. Bagi membantu untuk hilang bau darah atau bahan bagi uri tersebut menjadi cepat kecut.
12. Tanam uri
Alhamdulillah kita sudah pun sampai pada langkah yang terakhir, Ikatlah bungkusan uri tadi dalam bentuk bunjut dengan kemas.
Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan hidup bilamana penantian untuk menimang cahaya mata sudah dicapai.
Lengkap sudah fitrah seorang wanita bila mana bergelar seorang ibu. Rumah tangga kian berseri dengan hadirnya si kecil ini dalam hidup suami isteri.
Demikian juga dengan pasangan sama cantik sama padan Fazura dan Fattah Amin tatkala Nur Fatima Aisya dilahirkan. Kebahagian kian melatari rumah tangga mereka.
Bukan itu sahaja, peminat pun teruja, setiap kali gambar atau video Fatima dimuat naik oleh Fattah mahupun Fazuram pasti akan meraih perhatian ramai.
Terbaru, satu video dikongsikan oleh satu akaun instagram yang diwujudkan oleh peminat Fazura dan juga Fattah. Menerusi video tersebut, Fazura kelihatan tersenyum manis memakai busana rona kuning.
Manakala disebelahnya diletakkan gambar Fatima yang tersenyum sambil memasukkan jari kedalam mulutnya. Ramai yang melihat senyuman manis Fatima sama manis seperti ibunya.
Lempeng atau nama modennya crepe memang menjadi kesukaan ramai. Nak nak lagi dengan kelembutan dan rasanya yang sedap apabila dicicah dengan kari mahupun sambal.
Caranya yang mudah dan cepat pula tu menjadikan ia salah satu menu sesuai dihidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sendiri lempeng untuk hidangan seisi keluarga, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail . Cukup mudah dan yang penting lembut. Patutlah ayahnya cukup menggemari menu satu ini.
“Sedapnya lempeng ni Na. Lembuttt je. Betul sedap!”
“Ayah suka ke, lain kali Na buat lagi ya”
Haa kalau ayah kata suka tu memang betul dia suka dan sedap la pada dia. Sebab ayah agak memilih bab makan nih.
Kalau tanya nak makan apa, jawapannya nak yang lembut, tak pedas dan kenyang. Apakah bentuk menunya? Hahhh tu tugas kita la yang nak mikirnya 😅
Maka menu ni dah masuk resepi feveret kak M sebab senang nak buat, sedap dan semua orang kat rumah suka. Matching kan plak dengan sambal sardine perghhh memang sedap.
Untuk breakfast sesuai, untuk dinner pun sesuai sangat.
Resepinya taraaaa…tengok kat bawah ya. Kak M namakan lempeng cair sebab bancuhannya cair je hehehe.
LEMPENG CAIR
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 atau 2 telur (kak M letak 2 biji, tapi rasanya 1 biji pun dah cukup)
Sikit garam
2 sudu minyak
Sikit minyak lagi untuk sapu kuali
Cara membuat:
1. Blendkan semua bahan tu hingga berkrim
2. Kalau guna guna kuali biasa sapu sikit minyak dan dadarkan bancuhan sesenduk demi sesenduk .
3 . Tapi kalau guna pan, just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama.
4. Buat sampai habis dan boleh hidangkan dengan sambal sardine atau kari.
Tips:
Nak dapatkan Lempeng aka crepe yang lembut, lepas dah blend adunan biarkan selama 1/2 jam sebelum masak supaya tepung dapat kembang bersama dengan cairan dan lempeng akan jadi lembut.
Selain dari cicah dengan sambal sardin atau kari, boleh juga buat lempeng aka crepe ni sebagai dessert. Isi inti cream dan berry kat dalam sebelum lipat. Pun sedapp!