Keibubapaan

Mak-Mak Nak Travel Tapi Menyusu, Begini Cara Nak Simpan & Bawa Balik Susu EBM!

Share

Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.

Bagaimana caranya? Tak susah jika anda tahu caranya yang tepat. Kaunselor laktasi, Pn Nad Masrom berkongsi tip buat ibu-ibu.


TIPS TRAVEL SAMBIL BAWA SUSU PERAHAN (EBM)

Saya share dulu peralatan penyusuan untuk pam susu yang perlu dibawa jika outstation/travel luar negara.

Yang saya bawa:

1. Handsfree
2. Rechargeable breastpump Numom 2 unit
3. Ice pack 2 unit
4. Storage bag 40 pcs
5. Cooler bag 2 unit
6. Powerbank 2 unit
7. Extension
8. Charger / Universal plug (oversea sahaja)

 

Cadangan barang lain yang perlu dibawa (mengikut keperluan):
1. Manual pump
2. Cooler box (ni penting)
3. Surat khabar (untuk alas bahagian bawah supaya tak basah sangat)
4. Garam (untuk tabur pada ais supaya tahan lama)
5. Soletip + gunting
6. Ais (boleh buat sendiri atau beli – kat luar negara ais biasanya mahal).
7. Marker (nak tulis di cooler box, storage bag dll)
8. Diaper baby (in case nak buat DIY ice pack)
9. Nursing cover (jika perlu)

Ada yang tanya, macam mana nak bawa susu naik flight. Baca info di bawah.
➡️ Untuk penerbangan domestik (dalam negara) biasanya tiada masalah untuk bawa susu naik sebagai hand carry ke dalam flight.

➡️ Untuk penerbangan antarabangsa, jika hendak bawa naik flight, perlu ikut polisi yang ditetapkan. Setiap negara, ada polisi tersendiri. Boleh buat bacaan mengikut jenis penerbangan masing-masing.

Q: How can passengers prepare for security checks at the airport? (Boleh rujuk di komen untuk jawapan).
Untuk saya sendiri, sebelum pelepasan antarabangsa (kastam dan imigresen), saya dah pam susu dulu. Dan saya bawa 2 plastik x 3oz. Setiap pack tidak melebihi 100 ml. Dan jumlah tidak melebihi 1000ml. Jadi memang tiada masalah.